Balik kampung mertua baru2 ni dapat sedikit rebung madu dari nenek biras (wan) yang datang melawat mertua MaDiHaA bersama2 dengan besan mertua. Masa dikampung dah dapat makan pajeri rebung madu yang wan masak. Sedap sungguh! Rebung madu yang belum dimasak ni MaDiHaA teringin pula nak buat acar. Lama sungguh tak makan acar rebung madu ni. Teringin la pulak. Apa2 masakan yang berasaskan rebung memang kegemaran MaDiHaA.
Acar Rebung Madu
Bahan Kisar
2 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan2 Tumis
3 cm halia ~ hiris halus memanjang
2 sudu kecil biji sawi
minyak masak secukupnya
Bahan2 Lain
550 gm rebung madu yang siap direbus ~ dikelar2
2 batang carrot ~ potong batang mancis kasar
1/2 cawan Enzim Halia (sekira tiada abaikan)
15 ulas bawang merah (sekiranya bawang merah agak besar boleh dibelah 2 tak putus)
15 ulas bawang putih (jika besar dibelah 2)
15 biji cili padi
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan air
2/3 cawan cuka
7 sudu besar gula
garam secukup rasa
bahan perasa sekiranya perlu
Bijan yang disangai ~ MaDiHaA tak letak
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak & tumiskan hirisan halia & biji sawi hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar & tumis hingga naik minyak. Masukkan rempah kari, serbuk cili & serbuk kunyit dan tumis lagi hingga rempah masak.
2. Masukkan air, cuka dan rebung madu. Kacau rata. Bila mendidih, masukan hirisan carrot, bawang merah, bawang putih, enzim halia serta garam & gula. Masak sehingga mendidih lagi. Kemudian boleh campakkan cili padi & gaul rata.
3. Masak hingga agak pekat kuahnya. Rasakan apa yang kurang boleh ditambah biar ada rasa masam, manis & masin. Bila dah cukup pekat bolehlah dihidangkan. Tabur bijan sangai semasa menghidang.
Selamat mencuba!
tak penah mkn acar rebung tp msti sedap kan... duulu penah mkn rebung madu nih... sedap rpanya takde bau mcm rebung biasa tu
ReplyDeleteFor the first time I meet such an unusual recipe, http://essay-editor.net/blog/category/how-to/page/4 but I think that it is necessary to prepare it in order to decide whether I like this dish or not.
ReplyDeleteMohon share resepinya
ReplyDeleteNak cuba resepi ni juga sbb kat peti sejuk dah ada rebung yg siap direbus..😊
ReplyDeleteNang nyaman acar rebung ya...😋😋😋😍😍😍
ReplyDelete