Assalamualaikum & salam sejahtera...
Sesekali datang keinginan nak makan kuih-kuih manis pula. Kita pilih yang mudah nak dibuat aje. Bukan saja mudah, modal pun tak begitu mahal & bahan-bahannya mudah nak cari. Sedap dijadikan sajian minum petang.
Puding Kastard Jagung ni dah banyak kali MaDiHaA buat & rasanya dah beberapa kali juga dikongsi resepinya di dalam blog ini dan juga di dalam fotopages sejak lama dulu. Resepinya pun MaDiHaA ambil dari kawan cyber sejak berfotopages dulu iaitu Ana Elianas atau lebih dikenali sebagai Suzana Rahman yang sekarang dah jadi sifu baker yang juga mengendalikan kelas baking & masak2. Kalau dulu sama2 hobi berkongsi resepi di fotopages, tapi sekarang kawan MaDiHaA ni sekarang dah pun melangkah jauh meninggalkan MaDiHaA dalam bidang masakan. MaDiHaA jugalah masih ditakuk lama tiada perkembangan. Yang kembang hanya badan semata-mata... hahahaha.... Apapun tahniah buat sifu Ana yang telah berjaya jadi baker yang berjaya serta dah pun menjadi cikgu masak2 yang dikenali ramai. Semasa Ana mula2 nak mengorak langkahnya di dalam dunia baking, MaDiHaA masih ingat lagi waktu itu beliau sanggup naik bas dari Penang ke Pekan, Pahang untuk menuntut ilmu dengan sifu Amaruszati di sana. Sekarang ni Ana sendiri dah pun menjadi cikgu baking. Tahniah Ana...!
Jom MaDiHaA kongsikan resepi puding kastard jagung yang sedap ni... moga pahalanya berpanjangan buat pemilik resepi ini serta Ana yang berkongsi resepi ini apabila ramai yang mencuba resepi ni.. tak silapnya resepi ini adalah resepi dari ibu saudara Ana...
PUDING KASTARD JAGUNG
Resepi : Ana Elianas
Sumber MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahannya:-
1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad
Cara :-
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad
Cara :-
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
Selamat mencuba!
Waalaikumussalam madiha..
ReplyDeleteLama akak tak singgah..
Sedap pulak akak tengok puding jagung tu..
Waalaikumussalam...
ReplyDeleteWahhh...best ni.. tq sharing.. boleh try balik rumah ni
Thank you so much for sharing such a superb information's with us. Your website is very cool. we are impressed by the details that you have on your site. Using the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pictaram right now!
ReplyDelete