Wednesday, January 9, 2013

Kaswi Kacang Hijau

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Yok sarapan dengan Kaswi Kacang Hijau ni... rasa yang unik terbit dari aroma daun pandan dan tepong kacang hijau itu sendiri...

sila klik gambar untuk besarkan gambar..
 

KASWI KACANG HIJAU
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
  
Bahan A
100 ml santan pekat
480 ml air daun pandan (dari kisaran 6 helai daun pandan)
160 gm tepung beras
80 gm tepung sagu/ tepong ubi)

80 gm tepung gandum
70 gm tepung kacang hijau
½ penutup pewarna kuning
½ penutup pewarna hijau epal (jika perlu)

Bahan B
100 ml santan pekat
600 ml air
200 gm gula pasir
100 gm gula melaka

Bahan Tambahan
Kelapa parut (parut putih)
sedikit garam

Cara2nya
1. Masak bahan2 B (kecuali santan pekat) hingga gula hancur. Padamkan api dan tapis. Masukkan santan pekat dan kacau rata. Biarkan suam/sejuk sebentar.
2. Bancuh kesemua bahan2 A hingga rata. Kemudian masukkan bancuhan bahan B lalu ditapis.
3. Sementara itu panaskan acuan lompang (yang telah dilengser dengan sikit minyak) dalam periuk kukusan.
4. Masak sebentar bancuhan tadi (dlm kuali besar) sehingga naik wap & terus tutupkan api. (jgn sampai jd pekat)
5. Tuangkan dlm acuan lompang yg telah dipanaskan atau boleh juga di masak di dalam loyang besar dan kukus selama 20 minit bagi acuan lompang / 1 jam untuk acuan besar atau sehingga masak.
6. Sejukkan sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yg digaul sedikit garam.  


p/s: adunan ni dapat agak banyak.. untuk keluarga kecil sila bahagi dua resepi yang diberi ye...
 
Selamat mencuba!

26 comments:

Yatie said...

Assalamualaikum Madihah,
nmpk sedap kaswi kcng hijau ni, Yatie ingatkan guna kacang hijau yg direbus..rupanya guna tepung kacang hijau..lagi senangkan....tq berkongsi resepi..leh cuba ni..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Br 2 hari lps atie masak kuih kaswi..tp lam loyang jer xrajin nk pakai acuan(^_^)

Unknown said...

akak belum pernah buat lagi ni, wah banyaknya guna tepung 4 jenis tu kan, cuma yg takde tepung kacang hijau tu je, lebihan buat crepe dulu mmg masih ada segala jenis tepung, mesti nak kena try ni thanks Madihah kongsi resepi ...

Bagels tu dah baca lagi sekali baru faham heee biasalah kelam kabut nak mengomen tak sempat nak membaca,insyaallah tunggu time santai akak cuba jugak tu..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

mesti best kaswi kacang hijau nikan, taruk kelapa banyak2 lagi best!!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Aduh sedap nya kak ratna.. dah terliur ni... meleleh jer :D

Qhaifa Nur said...

kaswi kacang hijau...sedapnya
suka letak banyak kelapa...

Mas said...

uisshhh...kaswi kacang hijau...
tak pernah mkn lagi..
tapi dah tergodaaa sangat...
nak cari tepung kacang hijau la...lalala

Unknown said...

Apa khabar Madiha? Lama tak jengah sini. Akk nk buat la kuih ni, brg pun ada. Alaaa...kelapa parut plak tkde:-(

zila norazila said...

snang la kan kak klu pakai tpg kacan g hijau..boleh dicuba jgk nnt nie..nnt nak cari tpg kacang hujau la:)

Krido said...

hem lezat sekali kaswi kacang hijau ini, makasih panduan dan resepnya.

PH said...

Sedapnya! Lagi banyak kelapa parut, lagi best!

kurus said...

sedapp nie ..
1st time dgr nie kak ;)

Azian said...

Tak pernah cuba kaswi kacang hijau ni. Kat mana nak beli tepung kacang hijau?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kat kedai runcit pun ada jual Azian..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

memang sedap ieda.. lain dari yg lain.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

I pun suka kelapa parut lebih Phong..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sama2 Krido.. slmt mencuba ya!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

a'ah zila.. senang kerja ada yang segera.. hihi..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

khabar baik kak zana..
takpe kak.. nnt dah ada stok kelapa parut bolehlah cuba.. ;-)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Wa'alaikumsalam Yatie..
a'ah guna tepong je yatie... lebih senang kerja di dapur.. nanti leh la yatie cuba.. kot2 menepati citarasa..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

guna loyang lagi senang kan atie.. akak pun kengkadang guna loyang je... bila tiba mood rajin sikit baru guna acuan kecik2 tu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

a'ah akak.. 4 jenis tepong.. tp semua tepong tu mudah nak cari.. kedai runcit pasti ada.. dah cuba nnt bagitaula ye sedap ke tidak.. hehehe...

re: ok.. dah study resepi nanti boleh la kak noor cuba plak.. hihi.. resepi diet tu kak...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kelapa parut lebih memang wajib! hehe...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sabar sabar.. nanti yati buat ye...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

samalah akak pun suka kelapa lebih kalau mkn.. kalau dpt kelapa yg muda sikit lagi sedap!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hehe... nanti bolela try ye mas.. harap2 kena ngan selera..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...