Monday, November 1, 2010

Oreo Cheese Cake Untuk Besday Kakak Dini..


Ada lagi ni ha gambar masa bulan puasa itu hari.. teruk betul ler tuan punya blog ni kan? dok perap2 gambar lama2 buat apa... ? Kesian kat anak dara aku dah nak masuk 2 bulan lebih barulah kek harijadinya masuk blog ibunya.. maaf ye kakak Dini... bukan ibu takmo update pasal besday kakak aritu.. tp dek kebizian.. tu yg lambat sikit..

"Happy belated birthday buat anak ibu.. Semoga berjaya dalam pelajaran, menjadi anak yg baik2 & berjaya di masa hadapan.. "

Dini potong kek harijadi bersama sepupunya Ayu.. Besday ayu hanya awal 13 hari dari tarikh besday Dini.. so biarlah dorang potong kek sama2... masa ibu dalam pantang dulu pun berpantang sekali dengan makngah juga kat kampong.. hehe..

Sempena besday ke 10 tahun anak sulung ku pada 23 Ogos 2010 yg lalu.. aku ambil peluang menjemput  sedara mara terdekat datang berbuka puasa kat rumah.  Memang tiap2 tahun setiap kali bulan puasa.. aku luangkan sehari ajak sedara mara berbuka kat rumah.. Biar meriah sikit rumah bila ramai tamu yg dtg.  Kebetulan pula ma & adik nak datang.. eloklah sangat. Lagi kebetulan tok saudara pun ada datang sebab ada follow up check up kat IJN.. so ajak sekali.  Disebabkan 23hb jatuh hari Isnin.. so aku buat awal sehari.. 

Rumah sempit.. jadi makan bersila ajelah... cara orang2 kg... Yg ada dlm gambar ni pun hanya sebahagian aje ni.. terpaksa gilir2 makan.. so yg lain2 berbuka dgn kuih muih & minum2 dulu.. sementara tunggu turn utk makan nasi.. lebih baik tunaikan solat maghrib dahulu.. hehehe..

Juadah yang dihidang pada hari tersebut hanyalah nasi putih & lauk pauk serta kuih muih. Antara lauk yg sempat aku masak dengan pertolongan ma & adikku pada hari itu ialah.. Daging goreng kunyit + kacang panjang, ayam gulai asam rong, asam pedas ayam, ikan kembong bersos thai, terung + tauhu goreng taucu, ayam goreng tepong, kuih apam pisang, nekbat (sira nekbat kering yg jiran ma kat kg bagi) & karipap daging. Kazen ku pula bawa tembikai manakala makcik bawa mee kari & buah melaka.   Banyak betul hidangan hari tu. Tak sempat aku nak melayan ambil gambar sangat.. sibuk bebenor melayan tetamu.. inipun gambar2 ehsan dari kamera kazenku.. 

Sehari sebelum tu.. sempatlah buat oreo cheesecake ni.. Terima kasih untuk resepi cheese cake ni ye.. MaDiHaA copy dari rumah Kak Zai Dapur Impian.. Kak Zai pula copy dari dapur kak Ummi.. Thanks both of U! Izinkan MaDiHaA paste kat blog ni pulak ye.. rasanya dah ramai dah yg buat kek ni... aku je yg ketinggalan keretapi.. 



Resepi asal : Jthorge (thanks ya!)
Copy from : KAK ZAI DAPUR IMPIAN (Sumber asal Kak Ummi)

Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.


Selamat mencuba & jumpa lagi..

5 comments:

  1. Salam MaDiHaA, Happy Belated Birthday to Dini, moga menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat, amiiinnn....Waaa mama dia wat Oreo Cheesecake eh...hehee... MaDiHaA, tu resepi asal bkn akak tau, akak cilok dari dapur Jthorge kat link akak...hehee...cuma akak ni sumber asal je la kot..hahaha

    ReplyDelete
  2. sedapnyer..nak cuba juga..terliur tgk.

    ReplyDelete
  3. hepi beday juga kpd Dini, sama cam nama anak saya yg no 2

    ReplyDelete
  4. UMMI: Terima kasih kak utk ucapan tu.. mudah2an makbul doa akak tu.. sy dah edit sumber resepinya tu kak.. thanks again!

    LYDIA MIZA: boleh cuba dik.. mmg sedap.. tp takleh mkn byk.. cepat muak.. hihii..

    AEINIO: thanks aeinio.. sama ya nama anak kita.. sehati sejiwalah kita yekk bab memilih nama.. hehehe..

    LYA COLOURS: thanks lya.. haa.. dengar tu kakak dini.. kakak lya pesan soh belajar rajin2 tu.. jangan malas2 tauu.. hehe..

    ReplyDelete