Salam & selamat petang semua...
Semalam sengaja ambil cuti sebab nak 'dating' berdua-duaan dengan mr. hubby... hihihi... dah lama jugak tak keluar berdua2 gitu. Ni.. kalau anak3 tau ni.. sure dorang jealous... berjaya jugak ibu berlakon semalam konon-konon lepas hantar dorang pegi sekolah, tadika & rumah pengasuh (3 orang anak.. 3 tempat ibu kena singgah!) ibu teruslah pegi kerja macam biasa. Padahal.. ibu terus balik rumah & bersiap2 keluar dengan ayahnya... (Oh.. lupa nak cakap.. mr. hubby minggu ni kerja malam.. pasal tu siang2 dia boleh merayap sorang2 pegi sana sini.. ).
Ni semua kes cik abang cerita dia pegi ke Jusco Sunway Piramid beli sikit barang sebab baru2 ni dia dapat voucher Jusco masa lucky draw company annual dinner aritu. Pastu katanya nanti nak pegi lagi sebab kat Jusco tengah offer.. dia nak cari satu lagi tali pinggang. Aku memang dah lama nak pegi Jusco (alahaii.. kesian.. Sunway Piramid tu dekat je ngan rumah.. tapi aku jarang nak pi window shopping/jalan2 ke sana sebab aku kurang suka tempat2 yang sesak lagi2 kalau bawak anak2!). Tujuan utama aku nak kesana sebab nak pegi cari bahan2 untuk buat takoyaki.. heheheh.. mengidam kalahkan orang peknen pulak. Alhamdulillah.. dapatlah sudah bahan2 yang aku idam2kan itu... tapi cuma 2 bahan je yg jumpa.. itupun cukup punya susah nak mencari! Syukurlah jumpa jugak..
Disebabkan mengidam yang terlampau.. sempat jugak aku pegi tapau takoyaki yang ada jual kat situ... (dah tak sempat2 nak tunggu buat sendiri!) 3 biji harganya RM4.50. Aku pilih filling octopus.. cik abang pilih unagi/belut. Ada 4 pilihan fillingnya termasuk ayam & udang juga. Hilang kejap kempunan aku nak makan takoyaki.. hahahaha.... ni kira first time ler aku makan takoyaki ni sejak2 kenal dari kawan2 kat tenet ni.. memang darat sungguh! Oklah.. tekak aku boleh terima benda ni.. komen dari cik abang pulak... hemm.. rasa macam cekodok lembek aje... ni kalau buat cekodok letak lauk2 & sayur pastu picit mayonis dll.. serupa je rasanya.. hahaha.. Dalam pada komen gitu.. sekejap jer licin 3 bijik bahagian dia kena bedal!
Disebabkan mengidam yang terlampau.. sempat jugak aku pegi tapau takoyaki yang ada jual kat situ... (dah tak sempat2 nak tunggu buat sendiri!) 3 biji harganya RM4.50. Aku pilih filling octopus.. cik abang pilih unagi/belut. Ada 4 pilihan fillingnya termasuk ayam & udang juga. Hilang kejap kempunan aku nak makan takoyaki.. hahahaha.... ni kira first time ler aku makan takoyaki ni sejak2 kenal dari kawan2 kat tenet ni.. memang darat sungguh! Oklah.. tekak aku boleh terima benda ni.. komen dari cik abang pulak... hemm.. rasa macam cekodok lembek aje... ni kalau buat cekodok letak lauk2 & sayur pastu picit mayonis dll.. serupa je rasanya.. hahaha.. Dalam pada komen gitu.. sekejap jer licin 3 bijik bahagian dia kena bedal!
Sempat ambik gambar dalam kereta on the way nak ke Mydin pulak ni...
Hmm.. oklah ini resepi yang nak dikongsikan hari ni.. baked potato ni buat sama hari dengan Suji Upma tempohari. Anak2 tak suka upma tu.. dorang cuma makan baked potato ni. Ketiga2 anak semua suka benda ni.. sebabnya 3 elemen yang diguna dalam benda ni iaitu kentang, brokoli & daging ayam burger tu memang benda kesukaan dorang. Tambah2 bila ada cheese tu.. lagilah sedap! Ok.. kalau nak tengok resepi asalnya boleh tengok sini. Adalah aku buat sikit pengubahsuaian bahan2 ikut bahan2 yang ada & apa yang sesuai dengan kita umat Islam... By the way.. thanks Angie for the lovely recipe... hope u don't mind I share it here...
Ok.. ini resepinya jika ada yang nak mencuba...
Bahan2
6 biji kentang saiz sederhana ~ digosok bersih kulitnya
1 ketul (250 g) Broccoli ~ ambil bahagian atas sahaja & potong floret kecil
mozarella/cheedar cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella)
3 ~ 4 keping daging ayam burger ~ dimasak dahulu & potong kecil
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Cara-cara menyediakan
1. Panaskan oven 200˚C.
2. Letakkan kentang di atas baking tray yang besar. Bakar kentang selama 45 minit. Selepas 25 minit pertama balikkan kentang supaya ia masak rata. Sambung bakar lagi hingga genap 45 minit atau sehingga kentang lembut. Keluarkan kentang dari oven & sejukkan sebentar.
3. Celurkan brokoli lebih kurang 1 minit & toskan. Kemudian masukkan brokoli dalam air sejuk berais selama 5 minit. (tujuan untuk merangupkan brokoli) Toskan hingga kering.
4. Campurkan brokoli, daging ayam burger yang dipotong kecil, garam & lada hitam & gaul rata.
5. Setiap kentang dibelah dua. Korek isinya keluar & hanya tinggalkan kira-kira ¼ ~ ½ inci isi kentang (bergantung saiz kentang yang anda guna) pada kulitnya. (isi kentang yang dikorek jangan dibuang.. boleh diolah /buat benda lain ~ jangan membazir) Sementara itu.. panaskan oven ke 250˚C.
Cara-cara menyediakan
1. Panaskan oven 200˚C.
2. Letakkan kentang di atas baking tray yang besar. Bakar kentang selama 45 minit. Selepas 25 minit pertama balikkan kentang supaya ia masak rata. Sambung bakar lagi hingga genap 45 minit atau sehingga kentang lembut. Keluarkan kentang dari oven & sejukkan sebentar.
3. Celurkan brokoli lebih kurang 1 minit & toskan. Kemudian masukkan brokoli dalam air sejuk berais selama 5 minit. (tujuan untuk merangupkan brokoli) Toskan hingga kering.
4. Campurkan brokoli, daging ayam burger yang dipotong kecil, garam & lada hitam & gaul rata.
6. Intikan setiap kentang yang dikorek tadi dengan daging burger, brokoli & parutan cheese. Aturkan kentang di atas baking tray. Bakar lagi kentang selama kira-kira 8 ~ 10 minit, atau sehingga cheesenya cair. Hidang semasa suam2 atau sejuk. (Masa nak makan tu.. barulah kopek kulit kentang tu.. pastu kalau suka boleh tabur ajishio sikit kalau kurang masin/pedas!)
Selamat mencuba!
hehe sekali sekala nak juga berdua duaan kan...cm ni mmg selalu berdua duaan sb anak anak dah besar dan tak mo ikut kita dah..kira pecah kongsi gitu..eh akak suka sangat takoyaki ni..sedap sungguh.pernah buat tapi tak jadi sb tak cukup bahan bahan.
ReplyDeleteSedapnyoo kentang tu..kalo ade poket doremon lame dah amik kentang dalam gamba tu. Tunjuk2 je terus dapat makan. Hujan2 mcm ni bestnye dpt makan baked potato panas2..yummy!
ReplyDeletemmg la 'darat' sbb kita duk kat darat kan, bukan kat laut!! heheh.. hanya org ganu jer tau makna 'darat' kut.. :)
ReplyDeleteCIKMANGGIS: betul tu CM.. selalu bila keluar time weekend tu mesti dengan anak2.. tulah sesekali tu teringin jugak nak kuar berdua2an.. tu sebab kena ambik cuti tu.. kalau tidak memang tak merasalaa.. sy baru 1st time kak rasa takoyaki tu.. padahal dah lama dah tengok kawan2 dok tayang.. insyaAllah lepas ni nak cuba buat sendiri pulak..
ReplyDeleteWAN RYNA: kentang tu memang sedap ryna... kalau nak jadikan side dishes utk steak or chicken chop ke pun boleh jugak tu... kalau ada jual poket doremon tu.. akak pun nak beli gak.. hahaha...
K.NOR: tulah kak.. terkeluar pulak bahasa t'ganu kite.. hehehe.... saya lebih selesa guna perkataan 'darat' daripada 'jakun' sebabnya.. jakun tu nama suku kaum orang asli.. sensitif woooo...
Salam Kak Madiha, sedapnya nengok menu kat atas tu...terliur dh saya dibuatnya ngan takoyaki tu..mau saya lak kempunan tak dpt mkn ni...hehe
ReplyDeleteWah shopping ye kak!! Takoyaki...I likeeee ;)
ReplyDeleteBaked potatoes betul mengancam ngan broccoli & cheese...haishhh laparnya! :D
Terliur habis nii!!
ReplyDeletetapau 5 ketul! :D
NIEZA: menu mana yg sedap ni nieza? heee.. kalau takoyaki tu memang sedap... tp baked potato tu pun syedap jugak.. ahaks! jangan tunggu lama2 macam akak.. cepat2 pegi jusco carik takoyaki tu yekk!
ReplyDeleteLOVE2COOK: abang akak yg shopping lebih2nya love.. akak shopping barang masak2 jer.. hehe.. (tak abis2 dengan masak2 kita ni kan?)
TOPSYTURVYMUM: alamakkk!! camner nak tolong nih? nak tapaukan pun dah lama abis.. TTM kena wt sendiri gamaknya nih! hehe...
baked potatoes..emmm peberet su tu.Kalau jumpa mesti beli..tapi sini macam2 dia isi dalam tu.akak oklah juga..su langsng tak pernah makan takoyaki tu..macam manalah rasanya.Balik nanti boleh cari dan cuba makan.
ReplyDeletehihihi... aritu famili kiter pong kata cekodok lembik! kikiki... tp sebenonyer leh ejas sendrik kelembikan tuh.. akceli dlm adunan tuh kdg org jepun buh ubi kayu jepon.. lagiiii ler lembik tp bg diorg itu yg paling sodap! mahal lak tuh! btw, nanti nak try la kentang bako nih! suker kentang! hihi
ReplyDeleteSalam kak Madiha..
ReplyDeleteSedapnye potato tu.. Suka sangat dengan kentang ni..tak kiralah dimasak apa pun..Yummyyyy nampaknya tu..
SAMSULAILI: kat sini rasanya tak pernah nampak org jual baked potato ni.. taktaulah kot akak je yg tak pernah nampak sbb jarang berjalan.. hehe.. syoklah ehh kat sana mcm2 versi ada jual.. takoyaki tu pd selera akak oklah.. tp kalau org yg tak suka dengan bau hanyir2 ikan memang takleh mkn kot.. sbb seaweed/nori dengan bonito flakes tu memang bau ikan/hanyir sikit..
ReplyDeleteHANA: tulah.. abang akak tu memang kuat komplen.. hehe.. kat sini pun boleh tahan mahal 4.50/3 biji... kira boleh tahan mahal ler kan? serupa gak ngan sushi... pun boleh tahan harganya.. nak mkn kena wt sendiri jer makanan jepung nih.. hehe... kentang bakor tu boleh cuba.. mmg sedap..
NAZ: salam naz.. baked potato tu mmg best.. samalah ngan akak & anak2 akak.. kalau kentang semua suka!