Assalamualaikum...
Sabtu baru ni masak sarapan atas permintaan cik abang tersayang... Kes nya.. tak lama dulu dia pernah beli benda ni dari satu kedai mamak dekat dengan tempat kerja dia.. Beli sikit je untuk rasa sebab takut tak sedap.. membazir pulak. Bila kitorang rasa.. sedaplah pulakk.. tak pernah rasa pun sebelum ni.. Cik abang aku biasalahkan.. kalau bab makanan yg ala2 mamak atau masakan India ni dia memang suka! Memang boleh masuk dengan selera dia. Janji ada rasa pedas2. Kalau manis2 bolayan!
Sebabkan sedap.. dia pun tanya ler dengan tuan kedai tu... tuan kedai tu pun bagitau ler namanya.. lebih kurang gini sebutannya.. 'suci umma' Aku pun dok fikir jugak.. apa kebenda yang suci? hehehe.. pas dok fikir2.. aku rasa.. benda ni dibuat dari tepong suji kot sebab masa tengok makanan tu memang ada nampak kasar2 sikit teksturnya.. sah2 memang buat dari tepong suji! Jadi aku pun apa lagi... gi kat google.. surf ler resepi suji umma... surf punya surf tak jumpa pun nama yang aku surf tu... terjumpa kat satu blog tu ... tapi namanya agak lain sikit.. cuma.. aku rasa mungkin seakan2 yang kami makan tu tengok dari rupa macam dah sama.... rasanya... mamak yang bagitau nama tu sebutannya betul.. cuma pendengaran kita je tak betul... upma didengar umma... hehe.. so rasanya.. nama yang betul bukan umma.. tapi upma..! Agak janggal kan? Yang selalu kita dengar masakan India yg femes2 seperti.... capati, thosei, idli, vadey.... tapi upma ni macam tak berapa glemer... tapi takpe.. tak salah mencuba ye dak?
Inilah dia percubaan pertama aku buat Suji Upma ni... Kira oklah... ala-ala makan nasi goreng jekkk.. tapi yang ini buat dari tepong suji.. mestilah rasanya lain. Kalau nak tengok resepi asal.. boleh tengok sini. Aku tak ikut seratus peratus resepi asal.. ikut versi apa yang ada aje... kalau suka lebih pedas boleh tambah cili padi lagi..
Resepi ni sesuai untuk mereka yang vegetarian. Ini resepinya kalau ada yang berminat.. resepi yang dah dialih bahasakan oleh ku...
Bahan2
1 cawan tepong suji
2 ½ cawan air
1 biji bawang besar saiz sedang~ didadu
1 ~ 2 biji cili hijau (bergantung keperluan) ~ dihiris
1 biji bawang besar saiz sedang~ didadu
1 ~ 2 biji cili hijau (bergantung keperluan) ~ dihiris
2 ~ 3 biji cili padi ~ hiris halus (jika suka) MaDiHaA tambah
1 cm halia ~ dicincang halus
1 cm halia ~ dicincang halus
1 sudu kecil biji sawi
1 cawan cauliflower yg dipotong kecil
1 cawan cauliflower yg dipotong kecil
½ cawan carrot yang didadu kasar
2 sudu kecil (sudu kfc) garam / secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara2 Menyediakan
1. Sangai tepong suji beberapa minit atau sehingga terbit aroma. Angkat & ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan biji sawi, bawang, halia, cili padi & cili hijau sehingga wangi & layu. Masukkan sayuran, air dan garam & masak hingga mendidih & sayur separa lembut.
3. Akhir sekali masukkan tepong suji yang disangai & kacau rata. Masak sehingga agak kental & bolehlah ditutupkan api. Hidang semasa panas atau sejuk bersama chutney atau sambar.2 sudu kecil (sudu kfc) garam / secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara2 Menyediakan
1. Sangai tepong suji beberapa minit atau sehingga terbit aroma. Angkat & ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan biji sawi, bawang, halia, cili padi & cili hijau sehingga wangi & layu. Masukkan sayuran, air dan garam & masak hingga mendidih & sayur separa lembut.
Selamat mencuba!
salam madiha,
ReplyDeletejakun lagi ni..kita tak pernah makan ni ..rasanya kita pun sama, lebih terima makanan yang ada spices macam makanan india..dari makanan cina yang banyak gunakan garlic.. heheh...
Dalam gambar rupanya seakan-akan nasi...tepung suji yg kering tanpa air tu akan bergentel dalam bahan tumisan tu ke nanti ?
ReplyDeletemakan dengan ape ni kak?
ReplyDeletemmm.. skali tengok cam kentang rebus kena penyet.. tapi bila dah kata wat dari tepung suji tu.. mesti lemak berkrim kan..
mmm tapi nani lom pernah tengok and dengar lagi.. ni la 1st time ni.. :) mmmm..
AYU: jangan kata gitu.. kita pun sama gak.. baru 2nd time makan. 1st time mkn yg hubby beli kat kedai mamak tu. Sedap... tu yg cuba masak sendiri tu.. oklah dgn tekak kita ni.. (tekak kita ni kdg masak apa pun semua sedap.. kihkihkih)
ReplyDeleteCN: a'ah.. masukkan tepong suji yg dah disangai dlm air yg mendidih tu.. dia akan kembang & masak bergentel2 berbuku2 gitu.. masak sampai nampak kering barulah dihidangkan. boleh makan dengan kuah kari jugak kalau suka.. cubalah nnt ye!
JASSNANI: akak makan gitu je nani sebab garamnya dah secukup rasa. ada rasa pedas2 sikit.. oklah.. tekak akak boleh terima.. tak tau ler org lain.. hehe..
Salam kak, nampak menarik tapi rasanya belum pernah mkn ni....pandai lak akak cuba yer.
ReplyDelete1st time tengok makanan ni. kat melawati takde pulak jual. akak suka tak rasa dia? rasa mcm couscous ke?
ReplyDeletesalam madiha, akak pun tak pernah dengar n tgok tepung suji di buat camtu...idea bagus ni tuk di cuba... kan 1 mesia..
ReplyDeleteakak memang sedara ngan inahar, tapi tak kenal ngan nurul fauzana hehe.. sedara belah lain kot.. lg pun akak ni jarang ke KL ramai sedara yg tak kenal..
salam kak.. apa ituu? ngak pernah mkn malah pestaim dengo.. hihihi.. igt td nasi goreng.. skali tgk bhn kok gune tepung..ishh jakun jakunnn...
ReplyDeleteNIEZA: taklah pandai sangat nieza.. hasil godek2 kat internet.. tergodek pulak kat dapur sendiri.. hehehe.. ni semua mr. hubby punya pasal.. kalau idak.. sampai ni tak tau lagi kewujudan benda ni.. tp oklah.. sedap.. tekak akak boleh terima..
ReplyDeleteSIZUKA: couscous tu kita pun tak sure mcmana rasa dia.. camner nak explain yekk.. alaa.. tepong suji tu.. asalnya tawar jekan.. bila diperisakan dgn garam & cili.. adalah rasa masin pedas2 sikit.. oklah.. tekak kita leh terima.. lgpun.. dengan adanya sayur tu.. kira tak muak sangatlaa..
KAKSU: betul tu kaksu.. kita kan 1malaysia hehe..
re: oo.. akak tak kenal ngan nurul ye? hehe.. mungkin sedara belah lain kot.. takpelah kak.. sy baru jumpa dia sekali je ngan nurul tu.. itupun dia yg dtg umah saya untuk ambik tempeyek yg dia order..
HANA: ini masakan India ni hana.. kat jepang tu sah sah takde menda ni.. tu pasal ko tak pernah dengor... heheeee...
kak ilah dah tgok niii..ingtkan nasi tadi.. tapi kak suka kalu ada rasa2 india ni dah org kedahhh mmg mcm tuuu..nak try laa t.kasih bg cadangan.. lapaqqqq niieee...tak poseeee heheh...
ReplyDelete