Assalamualaikum...
Hari Jumaat yang sangat sibuk! Tak sempat nak update pagi tadi... dah petang barulah boleh layan blog ni. Oklah.. terus jelah ke resepi yang nak dikongsikan hari ni. Takde resepi pelik2 pun.. ini resepi yang dah selalu orang lain buat. Aku sendiri pun dah beberapa kali dok buat. Tapi.. selalu tu dok buat takde sosnya.. kali ni baru terasa rajin sikit nak buat sosnya.. makan pun sedaplah sikit kan? Sedap banyak sebenarnya... hehee.... Kuih ni buat waktu hari pertama ma & adik2 datang tempohari. Dengar je kata ma on the way nak datang rumah... aku terus kerjakan roti & bahan2 yang memang dah standby. Alhamdulillah.. semua dapat rasa termasuk adik bongsu aku yang tukang jadi driver hantar ma.. pastu.. sampai adik yg kat Klang pun dapat rasa jugak.. semua kata sedap! Berbaloi2..
Resepi asalnya dari Maya Zakri MyR.. kali ni aku ambil dari blog Hana. Sebabnya resepi ni sekali dengan sosnya.. Dulu yang aku selalu dok buat gunapakai resepi kazen aku yang tanpa sos... bab puding tu buat lagumana pun.. rasanya lebih kurang sama aje.. Tapi yang ada sos ni lebih lemak berkrim ler kan? Oklah kepada Maya & Hana... TQ share resepi.. akak copy & paste simpan dalam blog akak pulak yer... Terima kasih! Macam biasa.. puding ni aku buat 1 1/2 adunan dari resepi asal... maklum.. ramai tukang makan...
Sumber Hana
Bahan-bahan
8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
Cara-cara
1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4. Taburkan kismis diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga agak pekat.
7. Hidang puding roti bersama dengan sosnya.
Selamat mencuba!
salam madiha
ReplyDeleteterliur kak ilah tgok .. nak buat stok roti tak de la pula.. barg2 lain semua ada.. pagi tadi kat kedai kem ni gardenia lom masuk lagi..awal sgt kot.. tolong hantau sini sikit ada lagi ker klu tak de tolong masak yee. heehee..
salam kak...amik la resepi mana2 tak kesah sememangnya utk dikongsi sesama... kiter cume panjang2kan resepi org je.. hihi... terliur banyak tgk puding akak.. camne nih! roti da abess.. adehhhhh....
ReplyDeletesedapnyaaaaaaa!
ReplyDeletesalam kak, memang mengancam nengoknya ni...bila nk merajinkan diri wat ni.
ReplyDeleteClass gitu pudding roti ni.
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeletekalau ikutkan perut, mlm ni jugaak naak buat puding roti tu. tapi oleh kerana tgh diet, maka terpaksa la kuburkan dulu hasrat.. huhuhu..
tak tahan tengok sos yang meleleh leleh tu..meleleh air liur Cm ni hehe.
ReplyDeletewaw...bestnye bila nak cuba buat ni...terliur sy.
ReplyDeletefuiiyooo kak madiha...memangg peberett aue nie puding ader kuahh...so yummyy
ReplyDeleteILAHJY: takpe kak.. nnt bila dah ada stok roti bolehlah buat.. memang sedap pun kak.. nak kena buat lagi ni...
ReplyDeleteHANA: TQ Hana... berbaloi2 buat roti & sosnya.. semua puji sedap!
NOORMASRI: memang sedap kak..
NIEZA: ala.. bukan susah sangat nieza.. kejap je siap buat puding ni.. cepat2 buat.. tak elok terliur lama2.. nanti kempunan.. hihih...
PATY'S KITCHEN: kalau hias cantik2 memang nampak kelas puding ni kan? rasa dia pun kelas jugak..hihi
ReplyDeleteSIZUKA: kalau tengah diet memang kena tahan nafsu kejap.. cuci mata jelah yek..
CIKMANGGIS: sos dengan air liur sama naik meleleh ye kak.. hehehe.. kes berat ni kak.. baik cepat2 buat.. hihi..
ADIEWIYAH: kena cepat2 cari roti & cepat2 cuba sebelum kempunan.. hehe.. sedap sangat ni..
AZUE: akak pun suka azue.. cuma selalu tu buat malas nak buat sosnya.. kali ni buat sosnya memang berbaloi!!
salam. nk tanye. klu nk bakar dlm oven tu kn, klu guna oven lama yg bleh set nk bakar atas bwh/bakar bwh je/bakar atas je tu camne ye? sbb aritu ade try buat tp mcm x jd. prob dgn oven ke. huhu
ReplyDeletesaalam ramadhan. nak tanyalah serbuk cinnamon tu apa ya saaya tak pernah tengok. boleh dapat di semua kedai ke. kalau tanya mereka dia orang tau ke? tq
ReplyDeletesalam...sedapnya puding roti bersos kastard nie. memang lama nak cuba, lum dapat resepi jer. skrg dah dapat Insayallah boleh buat dah. terima kasaih kerana berkongsi resepi... (^_^) anak saya mesti suka.
ReplyDelete