Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...
Dah makan tengahari semua? Rasa2nya.. waktu-waktu macam ni dah ramai yang makan tengahari atau mungkin ada yang tengah duduk mengadap hidangan di meja makan betul tak? Dan mungkin juga hari ni ada yang berpuasa sunat sempena hari Isnin... syukur alhamdulillah.. semoga dipermudahkan puasa kalian semua hingga ke waktu berbuka nanti yer...
Sebelum meneruskan dengan entry masakan.. di sini MaDiHaA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah buat keluarga pakcik (Acu & Sujah... yg rumahnya ku buat majlis makan2 Alin tempohari) yang telah kehilangan ibu tercinta awal pagi tadi. Ibu pakcikku yang ku panggil Tok Esah telah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 4.15 pagi tadi di Johor Baharu & telah disemadikan di tanah perkuburan di kampong halaman allahyarham di Kg. Parit Jawa, Muar, Johor. Al-Fatihah........
Oklah.. meneruskan entry pada hari ni... aku nak kongsikan resepi Apam Pisang yang sangat2 sedap ni. Apam pisang resepi Diana ni dah lama popular... & aku pun dah banyak kali buat untuk makan2 famili. Kali ni buat lagi & ambik jugalah gambar sebab nak pos ke blog pulak. Dulu2 dah pernah pos resepi ke fotopages.. kali ni ke blog pulak... haruslah kan.... resepi best mesti nak abadikan dalam blog... lain kali anak2 nak rujuk senang semua lengkap dalam blog.. hehe...
Oklah.. kepada Diana terima kasih banyak2 untuk resepi apam pisang yang sangat sedap & gebuss ini... Resepi ni antara resepi apam pisang yang paling sedap yang pernah dibuat... Terima kasih juga pada Cik Ani (pengasuh adik Alin) yang bagi pisang embun hari tu.. maka menjadilah apam pisang yang gebus ini.. hehe.. yepp.. dapat jugak bagi Cik Ani rasa apam pisang ni... orang berbudi kita berbahasa betul tak? hee...
Apam Pisang Kukus
Sumber : Diana
Sumber : Diana
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (MaDiHa guna gula pasir yg jenis halus sket tuh.. madiha kurangkan gula dlm 3 sudu besar..)
secubit garam
Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Sementara tu.. panaskan periuk kukusan.
3. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan mentega cair/ minyak & juga pisang yang dilecek.
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (MaDiHa guna gula pasir yg jenis halus sket tuh.. madiha kurangkan gula dlm 3 sudu besar..)
secubit garam
Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Sementara tu.. panaskan periuk kukusan.
3. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan mentega cair/ minyak & juga pisang yang dilecek.
4. Kemudian masukkan tepung & gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.
Nota: Penutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.
Nota MaDiHaA: MaDiHaA guna acuan apam yang kecik2 tu.. & masa mengukus telah dikurangkan ke 12 ~ 15 minit.
Selamat mencuba!
cantik apam pisang tu...
ReplyDeletelm xjenguk ke sini...baru baik dr demam...buah tu cm ner kak, ok ke..bleh mkn tk...
wahh.. acuan bentuk lovey lovey!! suke!
ReplyDeletetakziah utk famili arwah. moge ditempatkan dikalangan mereka yg beriman iA.
memang baru pas makan lunch je ni.. kalau idak.. serbu umah kak madiha dah.. makan apam.. ekekek
ReplyDeleteuish apam pisang bentuk love...mesti ahti rindu rinduan lepas makan apam pisang ni hihi
ReplyDeletesaya memang suka pisang..must try recipe ni, macam muffin sikit rupa dia
ReplyDeletepnh makan apam ni..sedap2
ReplyDeletewah menarik apam pisang ni...byk juga pisang tu yer sure sedap kan...harus dicuba ni..:)
ReplyDeleteal-fatihah buat arwah dan takziah buat ahli keluarganya.
Amboiii Madiha, berbunga kasih apam ni ya...kak nur pun suker kalau apam yg ada perisa pisang tapi org kat umah ni bab pisang, nanti kak nur juga yg kena perhabiskan...bertambah bulat nanti kak nur...hehe
ReplyDeletekak..mana beli mould love2 tu..comel laa
ReplyDelete