Assalamualaikum & selamat pagi.....
Pagi ni just a quick update... tak sempat nak sembang2 panjang... Layan nasi ayam yang dah lama dibuat iaitu selepas ternampak di entry Dayang Jack tempohari.. malamnya terus godek nasi ayam ni... Resepi Ayam Madu Lada Hitam milik Dayang Jack manakala resepi Nasi Ayam dan lain-lain tu ikut cara aku sendiri...
Jom tengok resepi! Terima kasih DJ berkongsi resepi Ayam Madu Lada Hitam ni yer.... sedapp! Ayam ni akak bakar je dalam oven... aci yer C& P ke blog akak... TQ again!
Hanya ini saja gambar yang sempat dirakam... anak2 dah tak sabar nak makan nasi ayam..
nasinya pun tak sempat ambik gambar...
Ayam Madu Lada Hitam
Sumber : Dayang Jack
bahan-bahan :
* 1 ekor ayam (dipotong empat)
* 1 sudu makan lada hitam atau secukupnya (ditumbuk)
* 1 inci halia (dikisar)
* 3 ulas bawang putih (dikisar)
* madu secukupnya
* 2 sudu besar sos cili
* 1 sudu makan sos plum (boleh juga guna sos tomato)
* 1-2 sudu besar kicap pekat
* garam secukup rasa
Cara-cara :
Rebuskan ayam bersama garam dan air secukupnya hingga 1/2 masak. Kemudian toskan. Air rebusan jangan dibuang (boleh buat sup dan masak nasi). Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Boleh juga dipanggang mengikut citarasa. (MaDiHaA panggang je dalam oven).
Nota MaDiHaA: Bahan2 lebihan perapan ayam jangan dibuang... simpan untuk dibuat kicap nasi ayam nanti.
Nasi Ayam
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
4 pot beras
6 ~ 7 pot air rebusan ayam (bergantung jenis beras) ~ gunakan pot yang sama utk sukatan beras
pewarna kuning
daun pandan
garam & aji
bwg putih*
bwg merah* Bahan2 bertanda * dikisar halus
halia*
planta
cengkih
bunga pelekat/lawang
kayu manis
Cara
1. Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, aji, daun pandan & sedikit pewarna kuning.
2. Panaskan sikit planta dalam kuali dan tumis rempah tumis & bahan2 blend tadi. Bila garing masukkan ke dalam beras yg telah dijerang tadi. Kacau rata & tutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.
Sup
Air rebusan ayam secukupnya
1 sudu besar serbuk rempah sup (MaDiHa guna Adabi) ~ bancuh sikit dengan air
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga pelekat/lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan
Cara
Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup & didihkan. Dalam kuali tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam & aji.
Sambal cili
5 biji cili merah*
10 biji cili api*
2 biji tomato*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*
air secukupnya*
1 senduk sos cili
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
Garam & aji secukup rasa
Cara
Kisar semua bahan2 bertanda* diatas kemudian dimasak bersama dengan semua bahan2 yang lain sehingga pekat & sesedap rasa.
Sambal kicap
Guna air perapan ayam yang ditapis, kicap manis & kicap cair. Tapiskan air perapan ayam tadi dan campurkan dengan kicap manis serta kicap cair. Masak sebentar hingga mendidih.
Sayuran yg digunakan
Timun
Salad
Tomato
Assalam kak,wah sedapnye,wlaupong xda pic nasi..Hubby sy suka sgt nasi ayam nih,slalu gak wat,sbb sng n simple..
ReplyDeletefavourite anak saya ni, dah lama tak masak nasi ayam...(ayam kat sabah mahal tau)
ReplyDeleteadeh, pagi2 dh tayang nasi ayam.. dh bekfes pon rasa mcm nk makan nasi pulak.. mmg x jemu mkn nasi ayam ni, kn. sedapnyer nmpk.
ReplyDeleteklau ratah saja ayam ni pun mesti sedapkan...rs cm nk cari nasi ayam jer tgh2 hari ni..
ReplyDeleteyay! boleh masuk buku for the next menu. thank akak!
ReplyDeletemak aiiii.. panjang nye resepi nya.. saya pun suka nasi ayam.. and kekadang tu jadi juadah bila ade orang nak datang umah.. sebab senang di sediakan dan complete walaupun ringkas.. yang penting sedap dah berbaloi kan.. :) bukan berbaloi apa.. kita ni kalau masak.. bukan sekejap.. berjam2 kat dapur kan... kekadang tu sampai sakit2 tumit kaki dok berdiri.. ehehehe
ReplyDeleteLaparnye tgk nasi ayam ni
ReplyDelete