Tuesday, March 29, 2011

Timun Betik Bersantan


Assalamualaikum.... & selamat tengahari semua.....

Lagi resepi simple untuk hari ni....... satu-satunya hidangan yang sangat2 aku suka... nak  pulak kalau dapat jamah masa berbuka puasa... aduhaiii... tak terkira sedapnya.  Kalau di belah2 Pantai Timur... Trengganu, Kelantan & Pahang.. buah Timun Betik ni sememangnya tidak asing lagi.  Dulu2 arwah ayah pun pernah tanam buah ni.. tapi bukan untuk komersial.. hanya untuk makan2 saja...  Walaupun tanam 5 atau 6 pokok saja pun dah tak terhabis makan sebab pokoknya berbuah lebat..!  Memang rezeki jiran2 & kawan2 mak ler masa tu..  Tapi kalau buah tembikai tu memang arwah ayah tanam untuk komersial.. sampai bertan-tan sekali jual kepada pemborong.  Semua tu hanya tinggal kenangan saja... hanya gambar2 di album sajalah dijadikan sebagai kenangan...

Buah Timun Betik yang telah ranum

Oklah berbalik pada buah Timun Betik ni.... seorang adik yang sangat baik hati telah mempelawa pada aku bila mana aku menegur hidangan Timun Betik Bersantan dalam blog beliau baru2 ni.. Memang terliur sungguh dibuatnya masa tu.. hehe... Apa taknya.. dah bertahun2 tak jumpa buah Timun Betik ni.  Tak sangka pulak Zai begitu baik hati nak bagi kat aku sebiji buah ni... Umpama pucuk dicita... ulam mendatang! Terima kasih ye Zai... terima kasih banyak2... Kalau tak silap.. Zai beli buah ni masa dia pegi ke Kelantan baru2 ni.. Dah nak jadi rezeki aku agaknya.. Zai beli 2 biji.. ada pulak jirannya bagi sebiji lagi... makanya.. yang sebiji tu jadi rezeki aku ler.. hehe.. Thanks Zai!

Oklah.. resepinya sangat mudah... sama macam kita nak hidang cendol... begitulah adanya kerana buah Timun Betik ni tak manis... serupa macam cendol yang tawar tu jugak. Cuma gantikan cendol dengan hirisan Timun Betik ni.. nak sedap lagi.. boleh tambah dengan ais kiub... memang best!!


Timun Betik Bersantan


Bahan2
Buah Timun Betik yang sudah masak (bila dipicit ianya lembut & baunya wangi)
Santan sederhana pekat secukupnya (dari kelapa parut yang diperah dengan air masak!)
sedikit garam
air gula merah secukupnya
ais kiub jika suka

Cara2 Menghidang
1. Buah Timun Betik dikupas kulitnya & dibuang bijinya. Hiris kiub & masukkan dalam mangkuk hidangan.
2. Campurkan santan, garam & air gula merah/melaka yang telah ditapis ikut manis yang disukai.
3. Masukkan hirisan Timun Betik & juga ketulan ais secukupnya. Bolehlah dihidang dalam mangkuk2 kecil.  Jika tak suka ais boleh juga hidangkan tanpa ais tetapi  sila kurangkan sukatan gula merahnya yer.  Sesuai dihidang waktu berbuka puasa atau sebagai pencuci mulut.  Sedap!

Nota MaDiHaA : Aku hidangkan buah ni dengan santan & air gula merah berasingan (tak campurkan terus) sebab nak hidang sikit je coz anak2 tak suka.  Jadi tak perlulah dicampurkan sekali gus nanti kalau tak habis tak sedap pulak.  Jadi aku hanya campurkan buah, santan & air gula merah ikut kuantiti yang diperlukan saja.


Selamat mencuba!

17 comments:

  1. akak.. diana x pernah makan lagi timun betik nie... sedap ek akak? kalau terserempak nnt pasti diana beli nie.. tp mcm tak perna plak diana tgk... kena cari nie nnt.. mungkin dulu x tau tu yg kata x perna nmpk tu kan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. alahai adik kak cyg
    dah berbelas tahun kak tak dpt makan timun betik ni.kak dah minta kawan blogger kita poskan biji benihnya.. kerana kat KL ni tak pernah nampak btg/hidung hehe timun betik ni pun..kak dahsemai tpi belum tumbuh lagi..huhuuu
    sedap rasa dia seakan tembikai susu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ader kt pasar tani mega shah alam..

      Delete
  3. ziey biasa makn dengan susu segar jer,,ni mesti lemak berkrim kan kak diha

    ReplyDelete
  4. kak madihaa.. tun xpenah makan nih!! nama je org ganu. hihi.. biasa kalau lalu jln pantai dr kb ke ganu byk buah ni org jual tepi jln. ingatkn isi dia sama ngn tembikai. hihi.. ooo.. dia x manis ek.. len kali blk kg nk try.

    ReplyDelete
  5. Assalam kak,mmg betol kak buah nih belah utara mmg xda pong,mak sy kalo p kelantan mesti beli,tapi sy xsuka sgt,mak jer yg mkn..Mmg feberet dia betoi..

    ReplyDelete
  6. Salam akak,
    tak sangka timun betik ni kalau mkn dengan santan lagi sedap....mula2 tadi ingat kan bubur apa.ehhehe...

    psst, cantik la kain yg akak buat lapik cawan tu :)

    ReplyDelete
  7. selamat malam..
    salam singgah,.
    wah!!!! sukanya dapat jumpa dgn blogger masak2 lagi, ayu minta izin boh blog ratna dalam bloglist ayu yer


    PS: ayu pun tak pernah makan timun betik, mana nak cari nie??? em...mai sini hantar semangkuk..heheh

    ReplyDelete
  8. erkkk tak pernah tengok lg timun gini tau hhee...:)

    ReplyDelete
  9. uh...timun betik...sukanyaa... tp kat kampung akak, timunnya takde jalur cenggitu, warnanya hijau kekuningan jer...macam2 jenis kot...tp mmg sedap la makan ngan santan cenggitu...lama dh tak makan...kat KL ni tak pernah jumpa pun...

    ReplyDelete
  10. ni memang kegemaran saya jugak! nak sikit...

    ReplyDelete
  11. sedapnya timun betik!!! suka bau dia yg wangi tu..makan lak ngan santan yummy...campur ngan cendul pun sedap nih.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaiku Ratna

    Manalah Kak Lin nak cari buat timun tu...kat sini tak pernah nampak pun...

    ReplyDelete
  13. Nengok timun betik ni..nostalgia betullah.masa kecik2 dulu kalau tak atuk...mak selalu beli tp masa tu tak pandai mkn...tp kalau buat macam Ratna buat pasti saya suka.
    dah lupa bila kali akhir tengok buah ni...kat kg pun dah tak da...jarang org tanam.

    ReplyDelete
  14. kak...sya x pnah juma buah ni...1st time tgk...nsb x peknen klau x mna nk cari..

    ReplyDelete
  15. diana dah makan...memang sedap...mak yg buat kan...mak citer tu makanan mase mak kecik2...time tok buat bendang...sedap bila makan time cuaca panas...makan dengan ketul ais...sedap sgt...nikmat...

    ReplyDelete
  16. memang sedap makan timun betik ni. Saya punya resepi, timun tu campur susu cair,tambah gula ckit, ais batu. memang sedap la, bagi nama baru la, koktel timun betik .

    ReplyDelete