Assalamualaikum & selamat petang...
Hari2 memasak kadang2 sampai tak tau nak masak apa. Bila takde perancangan awal nak masak apa.. makanya...kita tengok ajelah apa yang ada dalam petiais... & hasilnya jadilah begini........
Kembong Tauchu Dengan Kacang Panjang & Petai
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
2 ekor ikan kembong saiz besar
garam & serbuk kunyit (untuk goreng ikan)
6 urat kacang panjang ~ kerat 2 inci (actually.. MaDiHaA letak lebih sebab nak habiskan kacang panjang yg ada dlm esbox)
3 ~ 4 papan petai ~ kopek kulit & belah 2
1 labu bawang besar ~ hiris memanjang
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inci halia ~ hiris nipis batang mancis
5 biji cili padi ~ diketuk
3 biji cili hijau ~ dihiris
2 sudu besar taucu kasar
1 keping asam gelugur
sedikit aji
sedikit gula
air anggaran 1 cawan atau lebih
minyak masak
Cara2 menyediakan
1. Ikan dicuci bersih, dikelar & dilumur garam & serbuk kunyit. Goreng ikan (tak perlu garing sgt.) angkat & ketepikan dulu.
2. Panaskan minyak yang lain dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, cili padi & bawang besar hingga layu & wangi. Masukkan air, taucu & asam gelugur. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kacang panjang, petai & cili hijau.. kacau hingga kacang & petai layu & lembut. Masukkan ikan, gula & aji. Balik2kan ikan & pastikan kuahnya secukup rasa. Tak perlu tambah garam kerana tauchu dah cukup masinnya. Bolehlah dihidang dengan nasi panas & lauk pauk yg lain.
Selamat mencuba!
Salam kak madiha!! tumpang makan sini boleh tak kak? lamanyerrrr tak mkn ikan kembong sini ikan dia tak byk jenis mcm mesia asyik2 ikan pelaing jerrr hihihi pastu ikan siakap byk lerrrr kerapu pun byk huh! puding kat bwh yg cantek tu ada lagi tak kak? org tempah mesti akak buat jugak mkn2 kat rumah kan kan :D
ReplyDeleteKak..meriahnya sayur!
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeletesedap ni ratna..
masak lauk ni aje dah cukup pada akak..
boleh bertambah nasi lagi ada..
As'salam Ratna
ReplyDeleteMemang sedap lauk2 ringkas macam ni, tapi kalau petai tu ganti dengan taucu boleh gak kan. Maklum lah seisi keluarga ct memang tak ada yang makan petai.. hihihi
sorilah Ratna, dua hari tak dapat nak jalan2 kesini, hari ni aren tak ada tambah tenet slow dah tu nak lodding punyalah lambat.
selalunya yang tak dirancangkan tu lah yang sedapnya.Jika dapat lauk macam niFuuhh Cm tolak ayam ke daging ke..lauk kembung petai ni kira balance diet hehe
ReplyDeleteMasak tauchu!!! I like 3X... Sedap lah kak... Rasa cam nak gi umah akak jer sebab lauk-pauk akak sedap2 dan kena dgn selera Naz.. Jarang entry lauk akak yg naz tak suka... Semuanya suka...heheheee
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeletesedapnye kembong tauchu dengan kacang panjang & petai..betul2 menyelerakan..
btw MaDiHaA a.k.a Ratna thank you so much for your birthday wishes...
Salam Madihaa...
ReplyDeleteLauk2 yg cam gini lah yg menambah kan selera..senang dimasak sedap dimakan..Thank for sharing :)