Friday, May 27, 2011

Paceri Mangga

Assalamualaikum...

Semalam tak dapat bersiaran kerana tak berapa sihat.. MC & berehat secukupnya kat rumah.  



Untuk hari ni.. update resepi yang dah lama dibuat.  Nak menghabiskan mangga muda lebihan buat kerabu tak lama dulu.. Maka terjadilah Paceri Mangga ni.  Dah lama teringin nak mencuba buat paceri/pajeri dari buah mangga.  Memang belum pernah buat sebelum ni.  Bagi mereka yang suka masam2 bolehlah mencuba.  Walaupun kuahnya secukup rasa masin & manisnya.. tapi masa 'menggonggong' buah mangga tu.. memang serius berkerut2 muka menahan masam... hehehee... Lepas ni kalau jumpa buah kedondong muda.. nak cuba pulak buat paceri dari buah kedondong.  Hidup ni hanya sekali.. jadi kita cuba masak apa yang belum pernah dicuba.. selagi ianya halal & tak memudaratkan diri... hehehe..

Ok.. ini resepinya jika ada yang nak mencuba.. Terima kasih Kak Yati yang sudi berkongsi resepi ni.. Mintak izin kongsi kat blog MaDiHaA pulak ye..!  Kalau tak silap.. Kak (Chef) Hanieliza pun pernah berkongsi resepi paceri dari buah mangga ni tak lama dulu..




Paceri@Pajeri Mangga
Resepi : Kak Yati (Resepi asal dari : Bonda Kak Yati)
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahannya:


Bahan penumis
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } Bahan2 ini ditumbuk atau dikisar halus
1 cm halia }
1 paket kecil rempah kari
Sedikit ikan bilis (MaDiHaA ganti udang kering ~ dikisar dgn bwg2)
2 sudu makan kerisik (MaDiHaA guna kerisik buat sendiri)
1/2 cawan air
2 cawan santan
8 biji mangga telur (yang masih muda)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Cara-caranya:

1. Mangga telur hendaklah dikupas kulitnya. Cucuk-cucukkan mangga tersebut dengan garpu. Ini ialah untuk membuangkan sedikit masamnya dan membolehkan kuah paceri meresap ke dalam buah tersebut. Celur sebentar buah mangga tersebut dan toskan airnya. Jangan terlalu lama kerana buah mangga akan jadi lembik dan hancur, Masam buah mangga ini akan keluar sedikit apabila dicelur.
2. Tuangkan sedikit minyak ke dalam periuk.
2. Setelah minyak panas, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan digaul dengan rempah kari dan ikan bilis. Sebaik-baiknya ikan bilis selepas dibasuh diramas2 baru dicampurkan dengan rempah kari dan bahan2 tumbuk. Tumis sehingga agak garing dan masukkan setengah cawan air.
4. Masukkan kerisik, garam dan gula dan kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan dua cawan santan dan kacau sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat sedikit.
7. Selepas itu barulah dimasukkan mangga yang telah dicelur tadi.
8. Rasakan garam dan gulanya sekali lagi. Lauk ini perlu dilebihkan gula bagi menyeimbangkan rasa masam buah mangga. Selepas mendidih bolehlah ditutupkan apinya.  


Selamat mencuba!

3 comments:

  1. Assalam akak,la xchat ke..?Yerla cuaca skang xmenentu kan..Byk minum air suam 0 yer kak,Ubat jgn lupa mkn..Xpernah lak mkn pajeri mangga,slalu terung,nenas n rebung ja..Mesti sedap,msam2 kan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak...
    tak sihat ker akak... bykkn rehat tau akak.. minum byk air kosong... moga cepat sembuh yer akak..

    diana x pernah lg masak nie... mmg nmpk sedap n menyelerakan...

    ReplyDelete
  3. first time tgk paceri mangga, biasa nenas mgan terung jer, kecur plak air liur ni... emmmm

    ReplyDelete