Friday, August 26, 2011

Choc Oats Crisp Cookies

Assalamualaikum... 

Agak lewat masuk entry hari ni... dek kesibukan di pejabat yang perlu disetelkan sebelum bercuti raya... alhamdulillah.. semuanya dah setel & ini masa untuk berpoya2 di blog.. hehehe.. Teman2 dah ramai yang tayang biskut raya masing2. Bermacam2 jenis, bermacam2 rasa & bermacam2 nama ada... teruja betul tengok kerajinan kawan2.  Aku aje yang ketinggalan.. Sebenarnya kukis ni dah buat seminggu yang lalu..  cuma tak sempat nak ambik gambar.. rasa macam malas pulak nak posingkan kukis ni.. hmm... malam tadi sebelum tidor paksa diri untuk ambik gambar kukis ni sebagai kenang-kenangan & untuk koleksi resepi dalam blog ni... 

Resepi kukis ni dah lama aku simpan dari zaman berfotopages dulu lagi.. antara yang terawal membuatnya ialah Maklang Azie & Kak Ida Bakery... cuma aku jer yang tak terbuat2 lagi sampailah zaman kegemilangan fotopages dah semakin malap.. hihihi... Bila tengok Kak Ummi buat tempohari terus terasa nak buat jugak.. Aku ingat tulisan nota kat bawah tu memang sama dengan resepi yang pernah aku print dulu.. tapi entah kemana peginya resepi tu.. Jadi aku copy semula resepi dari dapur Kak Ummi.. T.kasih Kak Ummi.. Terima kasih juga pada Maklang & yang lain2 terlibat.  Resepi asal kurang pasti dari siapa.. kalau anda tuan empunya resepi sila2lah bagitau yer..

Berbaloi2 buat kukis ni sebab sangat2 sedap, rangup & secukup rasa...


Biskut Choc Oats Crisp
Resepi : Penyulawa @ Maklang @ Ida Bakery (sori x jumpa link dah)
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan :-

    * 130g tepung gandum *
    * 30g tepung jagung *
    * 20g serbuk koko *
    * ½ sk serbuk penaik *
    * ¼ sk serbuk kulit kayu manis * (bahan bertanda * diayak bersama)
    * ¼ sk garam
    * 90 g Quaker Oat Segera
    * 200g mentega
    * 120g brown sugar (MaDiHaA letak 100 g)
    * ½ sk esen vanilla

Cara :-

   1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
   2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
   3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
   4. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
   5. Potong atau terap dan letak atas dulang. (*akak just ketul-ketulkan, letak atas dulang dan tekan dengan garfu kasi leper sikit)
   6. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau hingga masak.

Nota:-
Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15 minit. Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi. Maklang tak terap biskut ni sbb angin malas dah datang so maklang buat jer cam bentuk choc. chip...cepat sudahnya... :-D (# akak pun just wat bulat2 dan letak atas dulang, tekan sikit dengan garfu sblm dibakar) ~ MaDiHaA pun ikut sama macam kak Ummi..



Selamat mencuba!

8 comments:

  1. kak madiha.. dapat tak mesage kat fb?

    akak.. sama lak entry kita.cume lain resepi.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam madiha.kak Ros ucapkan selamat hari raya , maaf zahir dan batin.Semuga bahagia dihari raya bersama keluarga.Kalau balik kampung,hati-hati dijalan raya ya.

    ReplyDelete
  3. alamak..tertarik lak tengok resepi kak ratna nih....memang nak perabih stok oats....boleh cuba nih...

    selamat hari raya aidilfitri buat kak ratna sekeluarga...:)

    ReplyDelete
  4. Salam kak sedap2 suka dengan kukis ni.. ita pun dah buat... menarik.. selamat hari raya kak.. maaf zahir batin

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya maaf zahir dan batin.....balik ganu ke?

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaa...akak tak buat jual ke kak masa nk raya ari tu?

    ReplyDelete
  7. bila nak letak oat?tak sebut dalam cara2

    ReplyDelete
  8. kenapa adunan saya jadi lembik?

    ReplyDelete