Thursday, August 25, 2011

Talam Lapis Lumut lagi....

Assalamualaikum....


Bertemu lagi...




Ini kuih yang dibuat hari yang sama dengan Ayam Ala Kenny Rogers kat entry kat bawah tu... Tak puas makan Talam Lapis Lumut yang dibuat dulu tu.. jadi kali ni buat lagi.. tapi kali ni buat setengah adunan aje & kukus gunakan acuan kecik2 tu.. sebab adunan ni dapat agak banyak.. buat hari tu pun sebahagian sedekah kat pengasuh & jugak makcik..

Oklah.. letak lagi resepinya senang kawan2 nak rujuk... TQ kepada penyumbang resepi..


Talam Lapis Lumut
Resipi : Puan Azimah Mansor
Sumber : Kak Nur & MaDiHaA


Bahan-Bahan

Bahan A
300gm kacang hijau (direbus hingga kembang & agak kering airnya)
60gm tepung hoen kwe (MaDiHaA guna 85 gm/1 pek)
150gm tepung gandum
250gm gula pasir (kalau suka manis.. sila tambah gula lagi ye... bagi MaDiHaA sedang elok dah manis dia ni.. tp bg yg kuat manis mesti kata kuih ni tawar..)
1500 mlm santan
50gm tepung beras
1 biji telur

Bahan B
70gm gula merah
Pewarna hijau dan coklat

Cara-Cara
1. Kisar semua bahan A dan bahagikan kepada 2 bahagian.
2. Satu bahagian dicampur dengan gula merah dan bubuh warna
coklat dan satu lagi dibubuh warna hijau.
3. Kukus selapis demi selapis selama 10 minit bagi setiap lapis.
4. Setiap lapis lebih kurang 400ml. (MaDiHaA kukus dalam acuan kecik2 kali ni)



Nota MaDiHaA: utk satu adunan ini sesuai menggunakan loyang 10 inci. 






Selamat mencuba!

6 comments:

  1. Assalam madiha..guna kacang hijau rupanya..dah tentu sedap ni..izinkan acik ambil resepi ye..

    ReplyDelete
  2. rasa berlemak ye.... cantiklah rupa dia yang bertingkat-tingkat tu, sedapnya kalau makan sejuk-sejuk ye Madiha,

    ReplyDelete
  3. akak tau dak, resepi akak ni la saya duk simpan before puasa lagi nak buat. tapinyer selalu lupa nak beli tepung hoen kwe tu. last2 akak dah berapa kaali buat dah kan. ehhe..insyaAllah nak buat jugakkk

    kak madiha..akak balik raub bila? meh la datang lipis beraya. saya insyaAllah sampai hari khamis ada kat kampung. kampung kat raub kampung apa ye kak? kalau ikutkan raub lipis tu dlm 40 minit gitu la. jln elok sangat dah.

    ReplyDelete
  4. Salam Madiha. Raya kat mana thn ni, ALong raya kat Swk jer...huuuuu, sedey. Kasi kuih cikit ubatkan ksedihan kita ni....

    ReplyDelete
  5. salam kak.. tentu sedap kalau dah buat 2 kali ye.. hihihihi guna kacang hijau resepi ni

    ReplyDelete
  6. selamat menyambut lebaran kak madiha :D

    cantiknye lapis tu... kite layan mata ajelah...kuih muih kureng layan bulan pose ni...sume ngejo nasi je waktu berbuka hihiiii

    ReplyDelete