Bersua lagi kita di Ramadan yang ke empat.. Hari ni hati melonjak-lonjak riang sebab tak sabar nak tunggu hujung minggu! Minggu ni abangku cuti.. (yesss.. abang ku cuti 2 minggu sekali! Bukan tiap-tiap minggu ok!) jadi kami cadang nak balik kampong ku di Keratong... Dah menjadi rutin kami setiap tahun untuk pulang berpuasa bersama2 dengan org tua di kampong. Tahun ni giliran beraya di rumah mertua.. jadi.. wajib balik berpuasa di kampong akulah kan... hehehe... Tahun lepas giliran beraya di kampong aku... so.. dipertengahan bulan puasa tahun lepas kami pulang ke kampong abang aku untuk sama2 berpuasa di sana. Adilkan gitu? Ini M.O.U kami dah ikat persetujuan sebelum berkahwin lagi tauuu... sebab apa? Sebab kami takmau gaduh2 pasal hal2 yang berkaitan balik beraya ni... ada sesetengah suami isteri tu.. sampai bermasam2 muka sebab masing2 takmau mengalah... padahal hari raya adalah hari yang mulia & hari untuk bergembira... tapi sebaliknya yang terjadi sebab ada yang makan hati.. Bagi kami.. eloklah sama2 bersetuju akan balik beraya bergilir2... hehe... Hati masing2 puas... Mak & ayah masing2 pun tak kecik hati & faham pasal giliran beraya anak menantu mereka........ hmmm.. kalau ada duit lebih.. selepas raya ke dua atau ke tiga.. barulah boleh balik beraya di kampong sebelah pulak.. maksud aku.. kalau tahun ni raya pertama di kampong suami.. lepas raya kedua atau ketiga.. barulah balik ke kampong isteri (akulah tu...) tapi itu bergantung pada ekonomi & juga pada cuti raya jugaklahh.. Tapi yang pentingnya.. raya pertama tu yang harus menepati perjanjian.
Eh.. panjang pulak cerita pasal balik kampong & beraya ni kan.. puasa baru je masuk 4 hari.. ni excited nak balik kampong punya pasal lah ni..... apa2pun.. ini kisah kami yang jarak kampong agak jauh dari kampong masing2lah kan.. kalau korang kampong dekat2 atau sekampong memang takde masalah ler kan.. cuma.. (ada cuma gak tu..) pandai2 ler masa nak buat persiapan raya tu.. jangan asyik dok membantu di rumah sendiri ajer atau dirumah mertua ajer.. bantu2lah jugak di rumah mertua atau dirumah sendiri.. ehh.. pening tak dengan tulisan aku ni..? haha.. maksud aku.. ada isteri2 yang lebih suka tolong mak ayah sendiri aje masa persiapan malam raya tu tanpa memperdulikan kat rumah mertua yang tonggang langgang.. mentang2lah rumah dekat2 sekampong kan.. & ada jugak dikalangan isteri2 yang dipaksa oleh suami masing2 berhempas pulas buat persiapan raya kat rumah mertuanya aje tiap2 tahun (ni kes rela dalam paksalah ni) sedangkan.. kat rumah sendiri... mak sorang2 buat semua kerja.. kesiankan gitu? jadi.. pandai2lah mengambil hati orang tua masing2 ye.. jangan sampai ada yang tersinggung dengan sikap & apa yang kita buat.
Berbuka semalam (iftar ke 3) pun kami masak simple2 jer.. itupun semalam abang yang siapkan semua.. Balik kerja petang semalam agak jem jalan di Federal Highway.. sampai rumah tu memang dah lewat sangat dah. Aku cuma sempat sediakan 2 jenis air, panaskan sambal tumis & tapaukan bekalan untuk abang jer.. tau2 azan dah berkumandang. Semalam abang masak nasi lauk ikan cencaru masak taucu, kubis goreng kunyit. Ada nasi lebih semalam yang tak habis dia gorengkan aje.. so kami berbuka dengan nasi goreng ajelah. Aku makan dengan sambal tumis yang dipanaskan tu. Nak goreng keropok pun dah tak sempat. Haziq dengan Alin belasah bubur lambuk aje.. air pulak.. macam biasa feberet abang.. air teh O & untuk aku & Dini aku buat sirap bandung.. alhamdulillah.. sempoi kan berbuka kitorang ni? Minggu ni memang tak singgah bazar pun.. minggu depan abang kerja siang (balik kul 8 malam) jadi aku kenalah singgah bazar Ramadan beli kuih muih sikit untuk berbuka dengan anak2 sementara nak siap masak. Biasanya memang tak sempat siap masak dah masuk waktu berbuka. Jadi sambung masak lepas solat maghrib. Macam nilah rutin aku tiap2 tahun.. rutin orang bekerja.. hmm.. bukan tak boleh beli lauk siap masak kat bazar tu.. tapi abang aku tak berkenan sangat dengan lauk2 kat situ.. lagipun.. dorang masak sejak tengahari lagi kan.. kami pulak biasanya makan nasi lewat sikit lepas2 solat.. kadang tu..lauk2 yg bersantan atau kerabu2 tu.. dah berbau lain macam kalau lambat di makan.. apalagi nak disimpan sahur? Memang tak sesuai!
Oklah... mehlah nak share resepi untuk hari ni......maaflah ye panjang pulak membebel di bulan2 puasa ni.. tiba2 je idea datang mencurah2 hehehe... Berbalik pada resepi untuk hari ni.. kita layan menu ikan lagi yer.. Sebenarnya.. ini lauk yang di masak dah lama dah ni... masa sebelum puasa lagi.. tak berpeluang nak habiskan semua gambar2 dalam simpanan.. jadi kita keluarkan jelah bila2 waktu yang sesuai.
Menu yang semua orang pandai masak... ini untuk koleksi sendiri & anak2 jelah ni..
Ikan Bawal Masam Manis
Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal sederhana besar (ku guna kepingan ikan bawal sebab ikan bawal tu agak besar takut tak abis kalau masak sekor)
Garam & serbuk kunyit
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1 biji lobak merah saiz sedang ~ dipotong dadu
1 biji timun saiz sedang ~ dipotong dadu
sejuring nenas ~ dipotong dadu (tak letak malas pulak nak beli)
1 biji cili merah ~dibelah dua
1 pokok daun bawang ~ potong 2 inci
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Bahan2 tumisan dihiris/mayang
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Menyediakannya
1. Ikan dibersihkan & dilumur garam kunyit & digoreng hingga garing. Angkat & ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak & tumiskan bahan2 tumisan yang dihiris tadi sehingga layu & wangi.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato serta sedikit air. Masukkan semua sayuran yang didadu. Kacau2 sikit. Masukkan garam, gula, hirisan cili & daun bawang. Kacau2 sebentar pastikan secukup rasa lalu tuangkan sos di atas ikan yg digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.
2. Panaskan sedikit minyak & tumiskan bahan2 tumisan yang dihiris tadi sehingga layu & wangi.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato serta sedikit air. Masukkan semua sayuran yang didadu. Kacau2 sikit. Masukkan garam, gula, hirisan cili & daun bawang. Kacau2 sebentar pastikan secukup rasa lalu tuangkan sos di atas ikan yg digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
slurpppp. lambat lagi nak berbuka ni. huuwaaaaa
ReplyDeleteamboiii kak... dah plan nak balik Raya mana dah... hihi
ReplyDeleteita tiap kali raya tak kisah beraya mana2 pun.. tapi bila anak2 dah sekolah semua raya bergantung pada cuti anak2.. kalau anak2 periksa mcm tahun ni beraya kat rumah sendiri aje le... tunggu org datang..hehe... ketawa dlm tangisan... huwaaaaaa....
wa pun dah bincang ni psl blk raya dgn usben..hehhehhe
ReplyDeletekak ikan kelah tu paksu wa dpt dr kwn dia kat raub..byk gak dia dpt tu yg dia pos kat wa seko..
Hari raya pertama, kami sekeluarga mesti ada kat dua-dua kampung. Dalam sebulab berpuasa mesti ada sekurang-kurangnya sekali berbuka dalam perjalanan. Sahur 1 ramadhan mesti makan yg paling ringkas mcm telur goreng je. Tu trend keluarga saya heheheh
ReplyDeleteSalam kak madiha,
ReplyDeleteSaya kalau ikan masam manis macam ni laju jer masa sahur. masa sahur suka masam skit.
betulla tu kak, kalu tak dapat balik beraya kampung kita taun ni, mesti kena balik jg masa bulan pose. kalu idak, rasa teringat jer... paling kurang kena bantu bersihkan rumah kampung ataupun beli keperluan raya mak ayah. Insya Allah.
sedapnyaaaaaaaaaa kak .. mengelodok perut saya nie kak .. nantikan entry lauk pauk umah saya lak ekekkekek
ReplyDeleteeh, ingatkan balik kg kt dungun..
ReplyDeletebetol2.. raya mmg ikut giliran. thn ni raya johor... uwaaaa... sedih2.. tp iA xde masam2 muka. umah mertua pun umah kita jugakkn.. iA raya ke 3 blk kemaman. nasib baik laa segamat tu 3jam dr kemaman, kalau x jenuh gak laa.
sedap nyer sweet sour. dh laa bawal! fuhhh.. pekene 2-3 ekor pun xpe.. hihi.. xpenah dpt ikan bawal yg besar gini smp kene kerat2.
Weeee Ratna, komain citer nak raya dah dia...hahahaa...Xpa, akak pun amalkan hal yg sama gak..no gaduhhsssss. Apapun ikan masam manis mu menggoda.. Nasib akak dah buat awal2 berbuka lgk..hehehe.. Selamat Berbuka dan Selamat Balik kampung la yea Ratna..
ReplyDeletesalam kak.. huwaa nangis dulu kita dah 3 tahun raya kat jepun kak.. huhuuhu tak pe la nak buat macam mana dah tahun ke3 dah rasa lali plak.. hihihhih na kena cari ikan ni sebab nak buat masak macam ni best
ReplyDeleteRatna dah citer giliran balik raya....bagus bincang awal2 tak gaduh2 nanti...senang nak plan cuti. thn ni beraya di rantauan lagi...tak da fikir giliran raya. setuju dgn Ratna ttg tlg rumah MIL dan rumah mak sendiri...yalah balik sesekali tambahan raya apa salahkan membantu...
ReplyDeletesypun masa di msia tak suka sgt lauk beli wpun param dkt sgt dgn rumah. sbb kdg2 tak kena dgn selera.kalau kuih tu mmg beli juga sbb mkn setakat 2-3 ketuii je.
ikan sweet and sour ni mmg favorit...mudah dan sedap..
Balik kampung....ooooo....balik kampungggg....bestnya balik kampung kan....
ReplyDeleteKak cek 21 tahun khawin....1 tahun je sambut raya rumah sebelah kak cek ...he he ...sedih kan...selebihnya....sebelum settle down kat seremban kak cek sambut raya rumah mak mertua...skrg ni sambut raya rumah sendiri...pagi raya pertama ziarah rumah mertua...raya kedua balik kg kak cek...abah ...mak dah tak de...cuma ada mak tiri kak cek kat kg....ngan sedara mara je...kalau ditanya sedih ke...dah tak rasa ape....alah bisa tegal biasa....kak cek ok je selagi dpt beraya sama suami dan anak2.... :)