Assalamualaikum....
Mee Lidi Sup Sos Tiram
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
(hidangan 8 ~ 10 orang)
Bahan2
1 ½ peket mee lidi
Diam tak diam dah pun 18 hari kita berpuasa. Lagu raya pun dah mula berkumandang di corong2 radio... Seronok pulak drive kereta pagi2 bila terdengar lagu2 raya.. Terus mood nak beraya seperti memanggil2 hihi...
Dah ramai juga kawan2 yang dah mula buat kukis raya. Alahaiii... aku jer yang belum buat apa2. Entah bila nak mula buat kuih raya ni.... adeeiii...
Oklah.. terus dengan resepi untuk hari ni yer.. Ini sebenarnya adaptasi dari resepi Mee Calong resepi ma (my mum). Sepatutnya Mee Calong yang ma buat menggunakan bebola ikan buatan sendiri.. Tapi anaknya ini tak berapa rajin nak menggentel bebola ikan sendiri jadi ambil jalan mudah dengan gunakan bebola ikan ready made.. hihi.. (tak sempat sebenornya.. balik kerja sokmo lewat). Resepi ni pun adalah aku ubah sikit dengan penambahan bahan2 lain seperti sos tiram & lada hitam tu.. jadi aku pun ubah jugaklah nama resepinya.. tengok bila2 kalau datang angin rajin bolehlah aku masukkan resepi Mee Calong pulak.. tapi Mee Calong ma tak sama dengan Mee Calong yang femes kat Beserah tu.. resepi ma resepi simple jer.. bahan wajib ada mestilah bebola ikan buatan sendiri & juga sayur sawi.
Ok jom tengok resepi hari ni.. dalam bulan puasa ni aje.. dah dua kali aku buat atas permintaan anak2. Kakak Dini yang paling suka.. sampaikan siap pesan simpan mee yang lebih tu untuk dia bersahur pulak.. sanggup tak makan nasi.. hehe.. Sebenarnya.. bukan anak2 je suka.. maknya pun suka jugak.. lagi2 bila letak banyak sayur terutama sayur sawi tu.. tambah pulak dengan sambal kicap.. fuhhh!! memang best!! Sampaikan kakak Dini kata sedap betul lah mee ni.. kenapa ibu taknak jual? Kalau ibu jual mesti hari2 kakak boleh makan mee ni.. kehkehkeh...
Mee Lidi Sup Sos Tiram
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
(hidangan 8 ~ 10 orang)
Bahan2
1 ½ peket mee lidi
½ biji kubis sederhana besar/secekak sawi ~ potong jangan halus sangat
1 biji kubis bunga ~ potong floret
2 batang carrot (optional) ~ potong ikut suka
500 gm bebola ikan (MaDiHaA guna jenama Figo ~ sedap & lembut!)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada hitam
minyak untuk menumis secukupnya (anggaran 2 senduk kecil)
1 biji bawang besar ~ dikisar
4 ulas bawang merah ~ dikisar
1 labu bawang putih (sederhana besar) ~ setengah dikisar & setengah ditumbuk jangan halus sangat
2 liter air (atau lebih ikut keperluan)
Garam & serbuk perasa secukupnya
Bahan tambahan
Sambal kicap secukupnya
Cara2 Menyediakan
Selamat mencuba!
4 ulas bawang merah ~ dikisar
1 labu bawang putih (sederhana besar) ~ setengah dikisar & setengah ditumbuk jangan halus sangat
2 liter air (atau lebih ikut keperluan)
Garam & serbuk perasa secukupnya
Bahan tambahan
Sambal kicap secukupnya
Sambal kicap wajib ada... baru syok!
Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang putih yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan bawang yang dikisar & tumis hingga wangi & masak. Biar bawang betul2 masak & naik minyak.
2. Masukkan 2 liter air, bebola ikan, sos tiram, serbuk lada hitam, garam & serbuk perasa secukupnya & biarkan mendidih.
3. Bila kuah dah mendidih terus masukkan mee lidi (masukkan terus tanpa direbus) & semua sayuran yang sudah dipotong & dicuci tadi. Kacau2 & biar sehingga mee nampak lembut & kembang sedikit. Terus padamkan api. Hidang mee ini bersama sambal kicap.
Nota MaDiHaA: Istimewanya mee lidi ini tak mengembang seperti mee kuning atau bihun walaupun dimasukkan terus ke dalam kuah. Rasanya pun lebih sedap dari mee kuning. Jika anda tiada mee lidi dan nak gunakan mee kuning.. sila jangan campurkan terus mee kuning ke dalam kuah. Campur mee dengan kuah hanya apabila sedia nak dimakan.
Ini mee yang dimasak kali ke dua.. baru puas hati sebab ada sayur sawi...
Selamat mencuba!
Salam kak madiha!!! kita pun menu berbuka nak berkuah kuah gituuu, tp buat lontong lahh hihihi.. budak2 suke mkn kuah lontong tu jerr :D Mekaseh ya kak bg bhn2 tambahan dlm kukis mazola tuu, kita tak rasa lagi sbb buat td pagi hihihi...
ReplyDeletesambal kicap tu memang bertanggungjawab ke atas kelazatan mee sup! tak pernah makan mee lidi, tapi tengok gambar nampak macam sedap je...
ReplyDeletegive me 5 kak! tun pun belom stat mengukis lagi. excuse nyer sbb nk focus thesis, tp duk ngulor je sehari2, xleh nk pk sbb perut lapar. haha.. wah, tgk mee lidi teringat kampung halaman.. winduuuu...
ReplyDeletealahai.. sedapnyer la mee sup tu.. kt umah ni pon mmg lebih gemar mee lidi berbanding mee kuning tu.. lgpon mee lidi ni x cepat kembang kan kak.. slurrppppp.. hihihi
ReplyDeletesalam kak ratna...tengok mee lidi akak nih tertarik lak nak membelinya...hehhehe...saya suka makan mee2 nih...lain kali kalau gi pasar raya nak beli carik mee nih...
ReplyDeletesaya kalau mee chalong ni memang suka..masa baru pandai buat mee ni dulu..asyik duk ulang buat je..hehehhe..memang sedap kalau buat fishball sendiri...
kuih onde2 tu lebih kurang je rasanya dgn onde2 biasa cuma onde2 hijau tu ada bau pandan..:)