Monday, June 13, 2011

Mee Lidi yang digunakan...

Assalamualaikum....

Dalam entry Mee Lidi Goreng Hijau yang lalu... ramai yang bertanyakan pasal mee lidi yang aku gunakan. Ada yang tak berapa kenal rupa mee lidi & ada yang bertanya samada ianya sama seperti spagetti... jadi kat sini MaDiHaA kongsikan gambar mee lidi yang ku gunakan baru2 ni.  

Mee Lidi ni aku beli khas dari kampung ku kat Keratong masa kami balik kg baru2 ni.  Kat PJ ni.. rasanya macam tak ternampak pulak kat kedai2 runcit berdekatan rumah.. Tak pastilah kalau ada kat pasaraya2. besar yg lain spt Tesco, Giant atau Carrefour.. sebab aku memang jarang beli barang kat pasaraya besar sejak2 ada budak kecik ni.  Lagi satu.. sebab malas nak berangkut2 barang naik ke rumah coz kami tinggal rumah apartment... parking agak jauh dari rumah.  Dengan keadaan kami yang ada budak kecik ni... memang leceh kalau gi shopping barang sebulan sekali sebab malas nak angkut barang 2, 3 kali naik rumah... Jalan penyelesaian.. kami beli sikit2 bila perlu di pasaraya2 kecil spt 99 Speedmart.. hehehe... Ehh.. macam beriklan pulak yer.. hehe.. 

Oklah.. kat bawah ni lah mee lidi yang aku gunakan.. Biasanya kalau balik kampong.. kena beli lebih untuk stok.  harap2 dapat beri gambaran pada kawan2.  Mee lidi memang tak sama dengan spagetti... mee lidi ni juga sesuai untuk masak mee jenis berkuah & campur sekali dalam kuah sebab mee lidi ni tak mengembang seperti mee kuning.


12 comments:

jemarioren said...

ahaa..kecik2 dulu selalu makan mee ni. goreng pon sodap.. kat sini tak penah jumpa. balik kampung baru le ada

Wanieyra said...

Oh...macam ni rupanya. thanks ye....

ijayuji said...

haaaaa...dulu2 mak kita buat laksa kuah putih tu suke guna mee lidi yg ni tp dah lama tak de org jual rasanyer payah dpt kot skrg ni

tun_telani said...

kat ganu banyak nii... mama tun selalu guna wat mee goreng atau mee sup =)

Anna Qawina said...

oooooooooooooooooo....mmg tercari2 rupa mee lidi sblm jd mee goreng..hehe..gitu yer..t.kash bgtau...

CT NoArIzAh ArIs said...

Arrr baru le tau rupanya igtkan spagheti tapi sy mmg tak pernah jumpa mee ni kat pasaraya2 kat sini..hr tu lepas tanya kamu ada gak sy g servey melilau bijik mata mencari yg nmpak spagheti je.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Jemarioren: salamlah akak pun.. mak akak mmg selalu masak guna mee lidi ni.. betul tu.. kat kl ni mcm tk pernah nampak aje kan? kat kg baru ada..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Wanieyra: sama2....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Ijayuji: kat KL ni mmg payah nak dpt mee lidi ni.. akak tak pernah nampk lg.. tp kalau blk kg akak kat pahang tu... byk jer org jual... mmg sedap kan mee lidi ni.. akak balik kg selalu beli stok bwk balk KL.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Tun Telani: gamaknya.. mee lidi ni popular kat pantai timur je kot ehh? coz kat KL/PJ ni mmg payah nak nampak la..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Anna Qawina: sama2 anna... tulah ramai yg tanya pasal mee lidi ni.. tu yg akak masukkan gambarnya ni.. ok sama2..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

CT NoArIzAh ArIs: a'ah.. mmg tak pernah nampak mee lidi kat KL/PJ.. sy pun sama puas dok tercari2 mee ni kat sini.. mmg tak jumpa.. tu yg bila blk kg terus beli simpan stok... kdg tu terputus stok tu yg dok cari2 kat sini.. tp mmg tak pernah jumpa pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...