Assalamualaikum...
Bertemu kembali setelah 3 hari menyepikan diri...Jumaat lepas aku MC lagi... (pecah rekod tau bulan September sampai 3 hari MC dengan sakit yang berbeza) Pagi Jumaat tu pepagi subuh bila nak bangun tiba2 terasa kepala berat & pusing2... terasa nak muntah.. cuba juga bangun untuk ke bilik air.. lepas tu.. terus muntah... adushhhh.. cemana nak pegi kerja ni..? cemana nak hantar anak2 ke sekolah...? Cepat2 telefon abang kat tempat kerja dia mintak dia balik awal sebab aku betul2 tak mampu nak drive... nak berdiri pun terhuyung hayang macam nak tumbang... Cepat2 kejutkan anak2 suruh bersiap... dua minggu berturut2 aku jadi macam tu... betullah tekaan ku.. bila tak cukup tidor.. mesti aku jadi macam tu... malam sebelum tu aku tak dapat tidor lena sebab Alin pun tak sihat... meragam perutnya kembong... memang betul tak cukup tidor punya hal lah ni..... Macam ni rupanya bila usia dah makin bertambah yer... Dulu2... bereksperimen (dapur) sampai kul 1, 2 pagi pun takde apa2... Sekarang ni.. memang takde chan lagi... betul2 kena bab2 tu semua...
Oklah.. panjang pulak intro.. Terus jelah dengan resepi untuk hari ni yer.. bak kata Tun Telani... Kak MaDiHaA lepas ni kena marathon udang kering lah.. hehehe.. inilah dia menu dari udang kering selepas Bergedil Udang Kering.... Perrghhh.... sedaplah sangat2 Cucur Udang Kering ni.......... huishhh.. kalah cucur ikan bilis kalau macam ni... haha... jangan marah yer si ikan bilis.... nanti bila stok udang kering dah surut sikit... dirimu pasti berguna juga... kihkihkih....
Ok.. jom tengok resepi sempoi sarapan kami hari Sabtu dua minggu lepas ni yer... sapa2 ada stok udang kering lebih tu.. bolehlah mencuba.. Resepi ni sukatannya agak banyak... untuk family kecil... buat separuh resepi pun dah okay....
Cucur @ Jemput2 Udang Kering
Resepi : MaDiHaA a.k.a RatnaBahan2
4 ½ cawan tepong gandum*
1 sudu besar baking powder* ~diayak bersama tepong gandum
1 cawan udang kering ~ rendam hingga lembut & tumbuk kasar
3 ½ cawan air
Garam secukup rasa (jika guna udang kering jenis masin.. tak perlu garam terlalu byk.. MaDiHaA gunakan udang kering jenis tawar.. jadi garam diletak ikut kemasinan yg diperlukan)
½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.
3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4. Bila minyak dah agak panas.. bolehlah goreng cucur seperti kita menggoreng jemput2 ikan bilis. Ulangi proses sehingga cucur atau jemput2 memenuhi kuali.
5. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7. Hidang cucur udang kering dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 (MaDiHaA hidang dengan sos lebihan sos cucur udang masa buat jamuan makan2 hari tu..)
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.
3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4. Bila minyak dah agak panas.. bolehlah goreng cucur seperti kita menggoreng jemput2 ikan bilis. Ulangi proses sehingga cucur atau jemput2 memenuhi kuali.
5. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7. Hidang cucur udang kering dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 (MaDiHaA hidang dengan sos lebihan sos cucur udang masa buat jamuan makan2 hari tu..)
Selamat mencuba!
ish kalau ada geragau sedap kan kak. yum yumm buat cekodok geragau la pulak.hehehe
ReplyDeletesedapnyer.. sedapnyer.. sedapnyer...
ReplyDeletesedapnya..haritu pernah wat ikut CMG punya rsp..ni kena dok sblh rumah akak lak nih..huhu
ReplyDeletearghhhh sedap...sedap...
ReplyDeleteAs'salam Ratna
ReplyDeleteni alau dapat kat ct jangan harap nak toleh kiri kanan dah, memang fav sangat2 jemput2 macam ni. tambah pulak ada pencecah lagilah sombong nak menoleh.. hehehe.
lama juga tak memnbuatnya ni.