Monday, October 3, 2011

Nasi Ayam Panggang Bercajun

Assalamualaikum & selamat petang...



Bersua lagi kita yer... sementara ada sikit masa... cepat2 aku poskan n3 ni..  Kalau tak banyak masa.. memang tak sempat nak pos resepi yang perlu ditaip ni... itu yg buat gambar selalu tertunda... entah bila nak clear folder... masak rajin, ambik gambar pun rajin.. tapi tiba bab nak pos kat blog mesti tertunda2 disebabkan kesibukan & pelbagai komitmen lain yang lebih penting... 


Kalau nak tau.. Nasi Ayam Panggang Bercajun ni menu masa bulan puasa hari tu... hehehe... punyalah lama kan? Tapi sebabkan resepi ni sedap ditekak kami semua... menu dah basi pun aku masukkan jugak resepinya... Memang tak dapat disangkal lagi... Cajun ni memang membuatkan bahan perapan kita bertambah sedap, wangi & begitu lazat!  Ada jugak terasa seakan2 ayam panggang ayamas tu... gamaknya dorang pun perap guna cajun jugak.. hehe.. Rugi kalau u all taknak try gunakan cajun ni... walaupun agak mahal.. tapi berbaloi2...





Jom tengok resepinya... Resepi nasi ayamnya tu... aku ikut resepi yang biasa aku buat... ikut resepi ma tersayang... cuma resepi ayam panggang tu jer resepi ku sendiri...


Nasi Ayam Panggang Bercajun 
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan2 Ayam Panggang Bercajun
1 ekor ayam saiz sedang ~ dipotong 4 (MaDiHaA buangkan kulitnya)
1 sudu besar marjerin


Bahan Perap Ayam
3 ~ 4 sudu besar bawang merah + bawang putih + halia kisar (agak2 sendiri.. kisar lebih sikit sebab nanti nak gunakan untuk buat nasi ayam)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar rempah cajun
1 sudu besar madu
1 1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam


Cara2 menyediakan
1. Ayam direbus dengan air secukupnya. Lebihkan sedikit airnya untuk kegunaan nasi ayam & sup nanti.
2. Angkat ayam & tos. Perap ayam dengan bahan2  perapan di atas selama 1 jam.  Bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 200C. (ikut oven masing2 yer).
3. Semasa membakar ayam tadi.. sekali sekala hendaklah dibalik2kan ayam supaya garing sekata.  
4. Bahan2 perapan yang berlebihan jangan dibuang.  Masakkan bahan tersebut di dalam kuali sehingga pekat & agak kering. Tutupkan api & masukkan 1 sudu besar marjerin.  Semasa pertengahan proses memanggang ayam.. boleh sapukan bahan yang dimasak tadi pada ayam hingga rata & bakar hingga genap 1 jam. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi ayam dll.




Bahan2 Nasi Ayam
Resepi : MaDiHaA's Mum



4 pot beras
7 pot air rebusan ayam (bergantung jenis beras)
daun pandan
garam & aji
bwg putih*
bwg merah* (bahan bertanda* dikisar ~yg ni guna yg sama utk perap ayam tadi & guna 3 sudu besar saja)
halia* 
sedikit pewarna kuning (jika suka)
2 ~ 3 sudu besar planta
cengkih
bunga lawang
kayu manis

Cara
1. Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, aji & daun pandan.
2. Panaskan sikit planta dalam kuali dan tumis rempah tumis 3 sekawan hingga wangi & masukkan 3 sudu besar bahan2 blend tadi. Bila harum baunya ambil sedikit air dalam periuk nasi tadi & masukkan dlm kuali & kacau2 biar sebati.  Masukkan bahan2 tumisan tadi ke dalam rice cooker yg telah dijerang tadi. Titiskan sedikit pewarna kuning. Kacau rata & tutup penutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.

Bahan2 Sup
Resepi : MaDiHaA

Guna air rebusan tadi (sukahati nak buat byk mana.. agak2 jelah)
1 batang carrot (kalau suka...) ~ potong kecik
Sedikit serbuk rempah sup anggaran ½ sudu besar (MaDiHa guna Adabi)
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan

Cara
1. Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup. & Masak hingga mendidih.
2. Dalam kuali panaskan sikit minyak & tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah carrot, garam & aji.
3. Masa menghidang.. hias dengan hirisan daun bawang & daun sup.

Bahan2 Sambal cili
Resepi : MaDiHaA

5 biji cili merah*
 10 biji cili api*
2 biji tomato*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*
air secukupnya*
1 senduk sos cili
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
Garam & aji secukup rasa

Cara
Kisar semua bahan2 bertanda* diatas kemudian dimasak bersama dengan semua bahan2 yang lain sehingga pekat & sesedap rasa.

Bahan2 Sambal kicap
Resepi : MaDiHaA

Campurkan kicap manis & kicap cair secukupnya. Campurkan dengan sesenduk sup & masak sebentar hingga mendidih.

Sayuran yg digunakan
Timun
Salad
Tomato


Selamat Mencuba!

12 comments:

  1. mesti lg enak nasi ayam versi cajun ni...emmm sedapnyer

    ReplyDelete
  2. Aslmkum Ratna

    Samalah pula entry kita kisah nasi Ayam...tp berbeza resepi. Rempah cajun ni tak tahu ada ke tidak kat sini..kalau tidak boleh cuba nasi ayam Ratna ni.
    re; betul tu Ratna kalau nak buat mkn2..masak sendiri kena rancang apa yg perlu disiap awal...mana yg dimasak kemudian.kalau tidak kelamkabut hari yg sama nak masak semua.sy nasib baik ada yg membantu kalau tidak mmg tak menang tangan.

    ReplyDelete
  3. Assalam kak Ratna, sedapnya tgk menu nasi ayam ni ada cajun lagi tu memang menyelerakan.

    nieza dah buat dah apam lady bird tu ..tqvm yer krn berkongsi resepi dan step by step tu kak..:D

    ReplyDelete
  4. kak nak order..kasi nasi ayam 20 bungkus..hehehehe

    ReplyDelete
  5. salm kak..nak nasik..nak nasik..
    akak nak tahu tak? masa saya pantang haritu, suami yg masak bekal anak2 kan..nnak tau apa dia buat ngan cajun saya? Dia tuang dalam adunan telur untuk salut kat roti & juga utk buat roti ala2 benjo tuh..ank2 saya suka, rupa2nya bau dia kak..sedap..takde bau telur dah..hihi..kisah cajun..

    ReplyDelete
  6. akak..nak sepinggang lengkap semuanya ada...
    ngan teh o sekali..kikikikiki
    sedappnya tengok set nasi ayam tu...
    mas lama dah tak buat nasi ayam..
    bila nak rajin ni...

    ReplyDelete
  7. salam madiha..dah ramai kawan kawan yang guna rempah cajun ni untuk perap ayam.Entah bila lah nak sampai ke dapur akak ni:)makin hari makin slow kat dapur sebab hanya tinggal kami tiga beranak je kat rumah.Insyallah nak cuba try test resepi Madiha ni.Terima kasih ya

    ReplyDelete
  8. Assalam Madiha,
    tak kisahlah resepi bulan puasa ke atau bila-bila ke... sebab tengok je NAPB tu dah terliur....sedapnyaaa..

    ReplyDelete
  9. lamanya tak main2 dgn cajun.. :)

    ReplyDelete
  10. ita sejak kakak hantar cajun seronok je masak apa2 kadang suka je tambah.. sedap .. hihihihih

    ReplyDelete
  11. Assalam ratna, waduh sedap nampaknya nasi ayam cajun ni..harus dicuba nikan..memang pun cajun mahal sikit harganya..tapi kalau pandai mengadaptasikan bahan2nya tu memnag berbaloikan..hehe

    ReplyDelete
  12. waduh waduhh... nmpk sedap bangat niihh... ada lg rempah cajun nih.. nnti blh dicuba ^^

    ReplyDelete