Tuesday, October 18, 2011

Sotong Percik

Assalamualaikum....



Ini menu lunch Sabtu lepas ni sebenarnya... pepagi lepas buat Bread Roll Sushi & goreng nugget ayam terus je rendam sotong dengan ayam yg beku dlm freezer.  Siap sarapan & buat kerja rumah yang lain2.. aku dok memerap dalam bilik depan kejap (bilik tanpa penghuni.. hehe) siapkan sebahagian hantaran adik ipar yang bakal menikah 23hb Oktober ni nanti.. Kali ni.. siapkan gubahan dari coklat pulak.. InsyaAllah.. bila dah selesai majlisnya nanti.. aku akan tayangkan hasil keras tangan ku nanti ye.. hehe... Nasib baik sekarang ni tiap2 minggu en. husband cuti sebab OT dah kurang.. jadi aku takdelah susah2 nak kena hantar & jemput Dini tuisyen.  Bolehlah aku tumpukan ngan kerja2 kat rumah ni.. Tapi Sabtu minggu lepas takde tuisyen.. tapi ada perlawanan bola jaring.  Alhamdulillah.. kumpulan Dini dapat naib johan.. hihi.. jadilahkan.. Ada 5 kumpulan semuanya kalau tak silap.  Yang tak sangka tu.. Dini jadi GS... aku masa zaman sekolah dulu.. tak pernah sandang 'jawatan' lain bila main bola jaring selain GD atau GK aje.. kehkehkeh... 

Oklah.. berbalik pada resepi untuk hari ni asalnya dari Rossitamz@myresepi.  Tapi resepi ni aku ambil dari blog Hanamemories yang dah sunyi sepi tu.. alahaii.. rindu pulak nak tengok hasil air tangan cikgu Hana ni... sejak2 pulang ke Malaysia dah tak rancak berblog.. Takkan tak masak langsung cikgu? Ker kamera rosak? hihi... Harap2.. cuti sekolah ni nanti bolehlah panaskan semula 'dapur' hanamemories yer... ramai yang rindu ni...

Ok terima kasih buat Rossitamz untuk resepi ni yer.. mintak maaf sebab akak ada tambah sikit bahan lain iaitu santan.. hehe.. Memandai je akak ni kan.. harap Rossitamz tak marah ye.. Thanks jugak pada Hana.. mintak izin letak sini resepinya.. Dah ramai jugak yang dah cuba resepi ni & bagi feedback yang bagus.. semua puji sedap.. Kak Ummi pun dah cuba juga. Juwitafariz pun dah cuba.. tapi versi Juwita ada tambah kerisik sikit.. hehe..

Sotong Percik
Resepi : Rossitamz@myresepi
Sumber : Hanamemories

Bahan-bahan

    * 8 ekor sotong yang besar (MaDiHaA guna 5 ekor je sekali ngan kepalanya)
    * 10 biji cili kering (**)
    * 5 biji cili padi (**)
    * 5 biji cili merah (**)
    * 1 labu bawang besar (**)
    * 2" halia (**)
    * 2" lengkuas (**)
    * 2 batang serai (**)
    * 1 helai daun kunyit - dihiris halus
    * 4 helai daun limau purut - dihiris halus (MaDiHaA tak letak ni sbb husband tak suka)
    * 1 batang serai - dititik
    * 1 sudu besar air asam
    * Garam dan perasa secukupnya 
    * 1 cawan santan (yang ni MaDiHaA tambah)

Cara-cara

   1. Bersihkan sotong dan potong tak putus. (MaDiHaA potong dengan gunting dapur.. lebih mudah nak potong)
   2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun didalam pinggan.
   3. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
   4. Masukkan santan, serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
   5. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!! 

Nota MaDiHaA : bahagian kepala sotong.. MaDiHaA tak bakar.. tapi dimasukkan terus ke dalam sambal percik selepas dah diambil separuh dari sambalnya untuk letak atas sotong.  Panaskan semula sambal tu & masak sehingga kepala sotong masak. Kemudian bolehlah dihidang.



Selamat mencuba!

6 comments:

  1. Waaa....ada sotong percik lak kat sini...comey je sotong kembang bunga2 tu ek...kak cek nak rasa...sedapnya...:D

    ReplyDelete
  2. salam madihaa..nmpk cam sedap jer sotong percik ni...i likeee..hiihhii
    jemput ziarah dapur liza yer..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. kak..
    hari ni nampak kat fb sorang kawan buat sotong sweet sour.. ni plak nampak akak wat sotong percik... fulawehhh sedap nampak... tapi nani on diet sotong tak leh amik.. hehehe.. hari tu gi tesco nampak sotong rm13/kg je.. tu pun tak nak amik.. lalu jauh2 sbb takot sotong panggil.. heheh nani ni suka makan sotong, suka wat goreng tepung tempura... suka wat goreng kunyit atau masak kicap.. lagi suka wat masak sambal letak petai.. hmmmm sedappnya... heheheh skrg ni say no to sotong..

    ReplyDelete
  4. Waaa...menggoda betul...eii..sedap2..

    ReplyDelete
  5. fullamak......Madihaaaaa... pengsan tengok sotong percik tu... rasa nak cungkil je skrin... hu hu huuu baliklah dulu ye...

    ReplyDelete
  6. Assalam ratna, akak pun dah pernah cuba sotong percik dolu2 ..kecur tengok sotong ratna ni..betul kata amie, rasa nak cungkil2 aje dari screen..hehe

    ReplyDelete