Thursday, December 8, 2011

Quiche Daging Bersosej

Assalamualaikum....


Bertemu lagi... minta maaf kerana semalam tak dapat nak update sebarang entry. Hajat di hati memanglah nak update hari-hari.. tapi semalam begitu sibuk dengan kerja2 rumah sambil melayan kerenah anak2 di rumah hingga tak sempat langsung nak on lappy. Sebenarnya semalam aku bercuti sehari disebabkan baby sitter ada hal yang perlu diuruskan. Kebetulan pula minggu ni en. husband kerja shift siang.. jadi memang takde orang yang boleh jaga anak2 di rumah.  Hari ni alhamdulillah.. semuanya dah selesai & dapatlah aku kerja seperti biasa kerana anak2 dah ada orang jaga.


Ok.. jom teruskan dengan resepi untuk hari nii iaitu Quiche Daging Bersosej.. tapi ni bukan hari ni punya menu.. macam biasalah menu ni menu sarapan yang dah berhari2 & berminggu2 dah ni.. hehe... Blog aku ni susah nak tengok entry menu2 terbaru.. semuanya boleh dikatakan entry basi belaka.. takpelah kan.. biar lambat asalkan semuanya berupdate & resepinya disimpan dalam blog ni sebagai rujukan.


Apa2pun.. menu ni sebenarnya menu ulangan juga ni. Cuma belum berupdate di blog ni saja. Dulu dah pernah update di fotopages di SINI.  Memang menu kegemaran anak2 kalau jenis2 savoury gini.

Jom tengok resepinya! TQ pada Ida Marlida utk perkongsian resepi ni ye. Dah banyak kali pun buatnya.. malas aje nak ambik gambor. Kali ni klik2 jugalah mengenangkan nak update di blog pulak..




Quiche Daging Bersosej
(resepi ini telah diedit kuantiti dari resepi asal untuk sesuaikan dengan acuan pai bersaiz 24cm)
Resepi : My cousin Ida Marlida 
Source : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Dasar Quiche
3 biji kentang sederhana besar (anggaran berat 600 - 650 gm) ~ rebus & dilecek halus
4 keping roti - dibakar hingga garing (balik2kan semasa membakar) kemudian dipotong2 & dikisar halus menjadi bread crumb (MaDiHaA guna roti wholemeal.. kebetulan roti tu je yg ada) 
½ sudu kecil garam halus (atau secukup rasa)

Bahan2 Inti
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 ½ labu bawang besar - didadu
5 sudu besar daging kisar (ku guna daging kisar Ramlee)
6 batang sosej - potong nipis
1 batang carrot besar ~ didadu @ disagat memanjang
5 sudu besar sos black pepper
1 ½ sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili (ku tambah )
garam secukup rasa
minyak utk tumis

Bahan2 Topping
3 biji telur (gred A)
1½ sudu besar tepong kastard
125 ml air

Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kentang lecek, garam dan serbuk roti sehingga menjadi doh.
2. Lengserkan acuan pai dengan marjerin. Letakkan doh kentang di atas acuan pai dan ratakan doh sehingga memenuhi dasar & keliling tepi acuan seperti dalam gambar. Ketepikan.

3. Panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
4. Masukkan daging cincang & biarkan seketika sambil dikacau2 sehingga kering air daging.
5. Kemudian masukkan carrot sagat, sosej bersama dgn sos2. Tambahkan ½ cawan air jika terlalu kering.
6. Perasakan dengan garam & masaklah hingga intinya kering.
7. Biarkan suam seketika sebelum dituangkan ke atas dasar quiche.

8. Untuk topping pula.. satukan semua bahan hingga rata dan bolehlah di tuang ke atas inti quiche yang telah dimasukkan ke dalam acuan tadi.
9. Bakar menggunakan suhu 180 @200ÂșC (bergantung oven masing2) sehingga masak. (MaDiHaA bakar dengan suhu 175C selama setengah jam)

Nota : Untuk tahu quiche masak ialah dengan melihat jika bahagian topping/ telur tadi tidak lagi bergoyang itu maknanya quiche sudah masak.



Selamat mencuba!

17 comments:

  1. salam madihaa...bestnya tgk quiche ni...resepi yg mengenyangkan...Liza masuk list dulu yer...thnx

    ReplyDelete
  2. Cantek dan kemas macam pie...tapi resepi ni masi asing lagi bagi Rahel..hehe..ketinggalan kete..

    ReplyDelete
  3. Kak Sy xpernah mkn quiche ni,tapi kalo baca bhn2,mmg dah leh agak betapa sedapnyer quiche ni..Sy mmg suka savoury2 ni..Msk list lagi kak,adeiii byk sungguh yg msk list..

    ReplyDelete
  4. sedapnya..pepagi kat sini dah singgah dapur akak buatkan saya lapar blk..hehe nk try jugalah nanti..tq kak:)

    ReplyDelete
  5. As'salam Ratna

    Tak kisahlah menu semalam atau kemarin, yang penting ada update kat blog kan. CT ni kena update macam orang bekerja, sabtu dan ahad Hubby suh cuti sebab kena luangkan masa dengan anak dan suami..hihihi. kalau keja juga(update) nanti pihak buruh potong gaji..hahaha

    nampak ringkas jer nak sediakan nya ni Ratna. rasanya kalau buat anak2 tu ada tak kuis2 carot tu agaknya :)

    ReplyDelete
  6. wah menariknya resepi ni kak ratna....teringin nak cuba...roti pulak tak dek...ishhh

    ReplyDelete
  7. Liza: sama2 liza.. memang mengenyangkan quiche ni.. nnt buatlah ye.. anak2 akak semua suka..

    Rahel: memang lebih kurang pai juga quiche ni.. cuma quiche ni tak ditutup bahagian atasnye.. mungkin itu bezanya dgn pai agaknya kot.. hehe.. entahlah.. akak pun kurang arif juga..

    CT Zaliedana: samalah ngan org2 kat rumah akak semua suka yg savoury2 gini kecuali yg kecik tu.. tp yg ni tak pedas sgt so bolehlah dia mkn.. hhe.. nnt buat yer.. mmg sedap ni..

    Nieza: hehe.. ok nnt buat yer.. biasalah kdg2 akak singgah kat dapur nieza akak pulak yg rasa lapar.. hehe..

    CT Delima: itulah CT.. kalau time cuti akak mmg takde masa nak update.. sibuk betul kat rumah tu.. kat rumah lebih sibuk dari kat ofis lah CT.. salute kat CT walaupun sibuk2 sempat juga update..

    mmg ringkas je menu ni.. & yg penting anak2 suka.. alhamdulillah.. dorang tak pula kuis2 carrot tu sebab carrot antara sayur yg dorang suka.. kalau dlm sup selain kentang sengaja juga letak carrot sbab anak2 mmg suka..

    ReplyDelete
  8. Saya pun dah lama nak cuba resepi quiche tapi belum sampai seru lagi.

    ReplyDelete
  9. wahaaaa bestnyer..msti sedap nih... dana nih kalu yg makanan western mmg suke tgk n tingin nk cube... heheh suke jd kan blog akak sbgai tmpt cari resepi hehehe

    ReplyDelete
  10. wah sedapnya, terliur akak tengok....nak mintak sepotong confirm dah lama abis kan hehee

    ReplyDelete
  11. salam kak madihaa...sedapnye quiche ni.... saye da lame teringin nak buat tp kan asyikla bertangguh.. huhu..suke bertangguh...tunggu dah teringinnn sangat2 br buat.. hehe...klo ikutkn ati, pegi BW je rasa nak wat sume satu mase... sbb sume nmpak sedap.. huhu..

    ReplyDelete
  12. Assalam Madiha,
    memang kenyang jamu mata sampai rumah Madiha, rajin Madiha buat QDB tu...anak-anak mesti suka makan,iyelah... kalau di rumah pelanggan utama kita yang paling ramai tentulah anak-anak ye...memang kalau ada sosej anak-anak tak tolak.

    ReplyDelete
  13. Saya seorang boleh habiskan setengah tu...hehehe...dah lama nak buat quiche juga tapi tak terbuat-buat. Quiche selalunya banyak pakai telur ya..

    ReplyDelete
  14. sedapnya!!yum yum..mmg cuti sekolah begini pastinya sibuk dengan anak anak..terkenang masa dulu dulu..tak menang tangan ....asyik di dapur je...tinggal kenangan sb anak anak dah besar panjang..dah ada keluarga sendiri:)

    ReplyDelete
  15. bertuah laa anak2 akak dpt mak yg pandai memasak mcm2 masakan...

    ReplyDelete
  16. ini sangat nice..saya mencari resepi resepi dari cheese...

    ReplyDelete