Tuesday, December 20, 2011

Tart Kentang

Assalamualaikum...


Alahaii.. hujung2 tahun ni sibuk betul kat ofis ni.... terpaksa curi2 masa update blog kesayangan ni.. idak nanti kang berhabuk pulak.. hehe...

Oklah.. takmau bebel panjang2.. masa pun terbatas.. jadi terus ajelah dengan resepi untuk dikongsikan hari ni yer.. Resepi yang aku cuba ni diambil dari blog Puan Ros ni telah menjadi kegemaran anak-anak.  Dapat agak banyak & puaslah anak2 berangkut.. Maklum sajalah musim2 hujan anak2 semua kelaparan kat rumah tu... Sebenarnya anak2 memang sukakan makanan jenis2 macam ni.. kalau kuih2 manis tu.. dorang pilih2 sikit.. Tu yang seronok buat kuih2 gini sebab kejap aje licin.. Bukan setakat anak2 aje suka.. ayahnya pun sama jugak.. ibu dia jer yg malas sikit nak prepare kuih2 gini.. maklumlah byk keje sikit berbanding kuih2 manis yg boleh masak 'bedebok' kata orang Terengganu.. hehe.. Bedebok tu maknanya masak seketul besar gitu macam kita kukus kuih seloyang tulah... tak perlu nak buat satu2 atau sebutir2 mcm kuih2 savoury.. kan ke remeh kerjanya tu.. ehh.. byk lak menceceh.. ok layanlah gambar & resepinya yer..


Terima kasih ye Puan Ros untuk resepi Tart Kentang yang sedap dan mengenyangkan ni.  Saya minta izin letak kat sini pula resepinya.. Ada sikit ubah suai sebab saya gunakan kentang yang agak besar saiznya jadi terpaksa tambah lagi kuantiti bahan2 terpilih untuk seimbangkan resepi. Saya juga menambah sedikit tepong sebagaimana saranan Puan Ros tempohari.. Yelahkan.. Puan Ros buat dulu tu rasanya eksperimen pertama kali jadi tentulah ada kekurangan di mana2.. Alhamdulillah bila dah tambah tepong tu.. elok tartnya tak melekat pada acuan.. Senang nak keluarkan.. Terima kasih banyak2 ye kak...


Tart Kentang
Resepi : Puan Ros
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
(MaDiHaA dapat 24 biji tart saiz muffin pan yg besar)

Bahan-bahannya
5 biji kentang ~ dikupas, basuh bersih dan diparut halus (MaDiHaA guna 4 biji saja sebab kentang kat rumah bersaiz besar kira2 700 gm plus berat semuanya)
1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
1/2 biji bawang besar juga diparut (letak sebiji didadu halus)
Sedikit potongan daun bawang (takde stok!)
2 batang crab stick dipotong kecil (MaDiHaA letak 5 batang.. anak2 suka)
1/4 cawan susu segar (dilebihkan sikit)
3 biji telur (MaDiHaA guna gred A & tambah sebiji lagi jadi total 4 biji)
1 packet mozzarella cheese
garam dan serbuk ladaputih ajishio secukup rasa
2 sudu besar tepong jagung (yang ni MaDiHaA tambah ikut saranan Puan Ros kat bawah tu)


Nota Puan Ros: boleh tambah sedikit tepong

Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas. Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi. Kacau rata. Masukkan daun bawang isi ketam dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan. Masukkan sesudu besar adunan (atau hampir penuh) ke dalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan. (Yang ni bergantung oven masing2 ye.. MaDiHaA guna suhu 180C) Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Sedap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja. 


Selamat mencuba!

13 comments:

  1. ada susu segar lagi sedapkan..
    boleh cuba la..

    ReplyDelete
  2. cantiklah kejadiannya tu Madiha, makan tart kentang ni boleh kenyang tau,

    ReplyDelete
  3. susu segar tu camne ye..boleh bagi brand ape

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak..
    wonder cemana rasa dia. mcm piza? ke piza campur tart. nampak sedap tu

    ReplyDelete
  5. sedapnye...
    minta copy resepi ya..tq

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.. waahhhh kak, sedapnya... ni dah balik rumah baru nampak resepinya.. nampak menyelerakan sebab ada cheese, suka lah.. :) nak wat gak ni.. nak nak nakkkkkk sangat.. patut lah mira cakap cam senang..

    ReplyDelete
  7. Madiha..sedap ke.Thank u sudi cuba.Budak2 memang suka kan.Kak ros pun kalau boleh nak buat bedebab tapi abang suka makan yang kecik-kecik.Tak pe la banyak kerja sikit janji dia orang suka dan kenyang makan kan.

    ReplyDelete
  8. Wah mesti sedap ni sbb Naz suka kentang.. Kuar dah tart kentang lak.. Baru buat tart telur..

    ReplyDelete
  9. Ratna, rajinnya mengetart....rasa kentang eh..mst lg best gitu...mana best dgn tart telor eks... :)

    ReplyDelete
  10. ANONYMOUS: boleh gunakan sebarang susu segar. biasanya akak gunakan brand Dutch Lady (kalau tak silap) atau H&L fresh milk..

    ReplyDelete