Assalamualaikum..
Bersua lagi... mungkin semasa entry ni dipublishkan.. MaDiHaA sedang berada di KL & belum lagi selesai urusan kerja di sana. Jadi harap maklumlah ye yang entry kali ni adalah auto publish... hehe... Hari ni MaDiHaA mengikut bos ke pejabat kerajaan di Jalan Sultan Salahuddin (tak payah sebutlah pejabat apa yer..) di KL atas urusan kerja... & hopefully sempat pulang ke ofis sebelum pukul 12 tengahari nanti sebab nak kena jemput anak teruna ku yang habis kelas tadikanya... harap2 la takde jem yang luar biasa.. hehe.. Kadang2 tak boleh nak ramal keadaan jalan raya kat KL ni...
Oklah.. terus je ke resepi yer.. Sebenarnya.. dah lama juga masak Ayam Ala Bali ni.. kira2 selepas masak Ayam Rica Rica tempohari sebab masa tu memang baru beli daun limau purut.. Jadi kita dok asyik cari resepi yg guna daun limau purut je la.. bukan apa.. takut daun limau kering dalam peti sejuk nanti.. hehe... Lauk ni oklah.. mr. hubby boleh makan walaupun ada campuran daun limau purut sebab lauk ni kering2 & tak berkuah. Resepi ni MaDiHaA ambil dari Diana@skybluemelleymey. Rasanya dah ramai juga yang dah mencuba resepi ni & alhamdulillah... memang kena dengan selera kami semua. Cuma... tang gula merah tu je di skip sebab pada tekak ku... lauk ni dah secukup rasa dah manis yang datang dari kicap & sos tu.. Terima kasih ye Diana utk resepi ni.. akak dah cuba ni & memang sedap! Akak mintak izin letak resepi kat sini pulak tau...
Resepi : Diana@skybluemelleymey
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan²
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia _ dihiris
1/2 inci lengkuas _ dihiris
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik² (MaDiHaA letak sehelai2 takmau kuat sangat baunya)
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )
Bahan² A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka (ini MaDiHaA skip sebab dah cukup manis dah ikut selera kami & sebenarnya takut abg tak mkn kalau manis2 sgt.. hehe..)
Garam jika perlu
Cara²
1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
2. Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya. Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
3. Tambahkan bahan² A dan gaul rata. (MaDiHaA tambahkan setengah cawan air masa ni) Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
Masak seketika dan sesuaikan rasa. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.
Selamat mencuba!
nasib baik tak puasa hari ni. kalau tak meleleh air liur tengok akak punye entri...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletekakna tenggah memikirkan nak masak apa dengan ayam.
Amboi! sedapnya...menggoda jiwa menu ayam ala2 bali ni....:)
ReplyDeletehmmm...mmg nmpk sedap...xberkesempatan lagi nk mcuba...hehehe list pjg sgt...
ReplyDeleteJeles saya kak, ntah bilalah dapat membuat Ayam Ala Bali ni.. hehe
ReplyDeletebak mai seketui..
ReplyDeleteAs'salam Ratna
ReplyDeletebanyak yang ct tertinggal dah menu2 semuanya mengancam. ayam bali ni pun sedap kecurlah bagi orang yang belum sempat makan dan mencuba resipi ni kan..hehehe
waaahhh... ternganga mulut ni tengok ayam tu.. sedap nya..
ReplyDeleteagak2 bole feeling dok kt bali k kalo mkn ayam ni? hehehe..jgn mare..lari dulu!!
ReplyDeleteAdeehhh Madiha! Teringat Ayam Bakar Bumbu Bali yang Amie makan di Kampung Daun & Culture di Bandung dulu.... agaknya kalau tukar goreng kepada bakar, boleh kot...mmmm sedapnya!
ReplyDeletekelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!
ReplyDelete