Thursday, February 9, 2012

Genap sebulan... ayahnya pula menyusul....

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..

Jika awal pagi semalam cemas bila kereta yang tak mau hidup enjinnya.. tapi awal pagi ini aku dikejutkan pula dengan berita pemergian bapa mertua adikku.  Genap 30 hari pemergian allahyarham Ahmad Nazri bin Ahmad pada 9hb Januari 2012 yang mati lemas di Tasik Permaisuri Cheras... kini.. 9hb Februari 2012 giliran ayahnya pula menyusul pergi meninggalkan keluarga tercinta... 

Salam takziah buat keluarga adik iparku Norazli bin Ahmad.  Sesungguhnya sangat besar dugaan yang menimpa... setahun yang lalu beliau kehilangan ibu tercinta kerana penyakit kanser... sebulan yang lepas pula beliau kehilangan adik lelaki kesayangan keluarga yang mati lemas.. & kini genap sebulan pemergian adiknya.. beliau kehilangan pula ayah yang disayangi... Al-Fatihah buat Ahmad bin Chin.  Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama insan beriman. Amin..


7 comments:

  1. Al-Fatihah untuk keluarga allahyarham.. ada perkara yg kita x terduga.. moga redha kehendakNYA..

    ReplyDelete
  2. Assalam madiha, alfatihah buat keluarga adik madihah atas pemergian FILnya, semiga rohnya di cucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. al fatihah...semoga ditempatkan dikalangan orang beriman

    ReplyDelete
  4. innalillahiwaiinailaihirajiun...al fatihah..moga roh allahyarham ditempatkan dikalangan hambaNYA yg beriman,...

    ReplyDelete
  5. takziah.. memang berat rasanya ujian itu.. moga dapat mengatasinya untuk keluarga tersebut... al-fatihah

    ReplyDelete