Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, January 11, 2012

Hari Penuh Tragedi....

Assalamualaikum readers.... Salam hari rabu buat semua... 


Walaupun ramai di kalangan blogger mengupdate entry Wordless Wednesday pada hari ni... tapi hari ni aku nak bercerita agak panjang sikit ye... Hampir 3 hari tak bersiaran... Hari Ahad kalau tak update tu perkara biasa bagi blog aku ni.. hihi.. Tapi nampaknya.. berlanjutan hingga ke Isnin & Selasa... Kalau minggu perayaan... perkara biasa juga kalau aku tak update lama.. tapi kali ni tak update sebab ada kisah yg sangat trajis.. Terlalu banyak perkara yang terjadi sepanjang 3 hari tak bersiaran.. Meh ku ceritakan sedikit yer walaupun ianya tak berkaitan dengan entry masak2.. Sekadar untuk kenangan...

Hari Sabtu.. aku ke sekolah kakak Dini menghadiri taklimat UPSR untuk murid2 darjah 6. Pulang ke rumah & lepas tu tak kemana2... Petang esoknya hubby ajak aku & anak2 ke Taman Jaya kononnya nak berjogging. Tiba2 bila nak start kereta... enjin tak dapat dihidupkan.. huk alaa... entah apalah masalahnya.. kalau ikutkan bateri baru je tukar 2 bulan lepas.. tapi nampak tanda2 macam bateri problem saja. Terpaksalah bawa anak2 pulang kerumah semula.. anak2 semua dah frust tak dapat keluar.. apa taknya.. masing2 semua dah sarung seluar sukan & dah berkobar2 nak berjogging.. hihi... Terpaksa tunggu esok (Isnin) untuk check apa masalah kereta sebab hari Ahad semua bengkel tutup. Kedai beli bateri dulu pun tutup juga.. 

Esoknya pagi Isnin 9hb Januari... terpaksalah hubby yang hantar anak2 ke sekolah... mujur hubby kerja shift malam minggu ni. Aku pulak dari malam semalam dah sms kat bos mengatakan ambil halfday. Hubby terpaksa hantar anak sorang demi sorang almaklumlah.. hantar guna motorsikal... Mujur Haziq baru tadika & masuk kelas pukul 8.00.... Jadi sempatlah kan... Lepas hantar Kakak Dini & Haziq.. sementara tunggu kedai alatganti buka.. hubby lepak rumah pakcik aku dulu sebab kedai tu pun kat daerah situ jadi malaslah dia nak balik ke rumah semula.. bukannya dekat. Lepas tu baru pegi tukar bateri kereta sebab masih under guarantee (or warranty?)... hubby balik semula ke rumah dengan pakcik.. motornya ditinggalkan kat rumah pakcik. Bila ganti bateri baru.. tup2 tak hidup juga enjin kereta. Bila tukar pula guna bateri Unser pakcik ok pulak! Hmm... sah2 bateri kat kedai tu yang problem.. gamaknya bateri dah expired kot! 

Awal pagi tu dalam pukul 7 lebih aku dapat sms dari adik mengatakan adik iparnya meninggal dunia kerana lemas di tasik... tapi mayatnya masih belum dijumpai. Katanya.. polis dah mencari sejak malam tadi tapi hanya jumpa satu saja mayat.. iaitu mayat kawan adiknya.  Mayat adik iparnya masih belum dijumpai & polis akan sambung cari lagi pada pagi Isnin tu. Berderau darah aku terima berita tu. Terus aku telefon hubby yang masih di rumah pakcik waktu tu. Aku memang nak sangat pegi jenguk tempat kejadian tapi masalah juga nak pegi macamana masalah kereta pun belum selesai lagi.. Jadi bila kereta dapat dihidupkan bila guna bateri kereta pakcik.. terus hubby call aku kat rumah (dari parking kereta) suruh cepat2 turun katanya pakcik ajak pegi tengok tempat kejadian. Yelahh.. dah guna bateri kereta pakcik.. lepas start kena pasang ke kereta pakcik semula & enjin kereta kami tu tak bolehlah dioffkan.. Aku pun cepat2 turun.. nasib baik dah siap memasak & Alin pun dah siap mandi.. hehe.. Tapi sebelum pegi.. kenalah singgah kedai bateri tu dulu untuk tukar balik bateri lain. Sampai kedai bila ckp bateri yang tukar tadi langsung tak boleh guna... orang tu hanya bagi bateri 2nd hand saja... katanya dah takde stok bateri yang lain. Nampak sangatlah macam kedai tak berapa laku sampai stok bateri baru pun taknak order.. patutlah baterinya tahan 2 bulan aje.. pastu tukar bateri baru pun langsung tak hidup kereta.. Hubby kautim ngan tauke tu & pastikan kalau bateri 2nd hand tu mati lagi dia akan tuntut balik bateri lain sebab bateri yang mula2 beli masih under guarantee.... & orang tu kata ikut tarikh beli bateri yang mula2.. Ok set! Selesai satu perkara..

Semua dah settle kami terus ke sekolah Haziq untuk jemput dia sebab masa tu dah hampir pukul 12 tengahari. Sempat juga singgah ofis untuk maklumkan kat bos yang aku terpaksa ambil cuti penuh Isnin & Selasa sebab ada saudara meninggal in case nak balik kampong. Alin pulak aku hantar ke pengasuh sebab kami akan terus ke hospital HUKM sebab masa kami di kedai bateri tu anggaran pukul 10 lebih.. adik sms katanya.. mayat dah jumpa & memang sah adik iparnya & polis hantar ke HUKM, Cheras. Adik aku hanya jadi orang perantara sebab dia sendiri pun tak dapat pegi ke tempat kejadian sebab dia ada baby yang masih kecik.. hanya suami & adik2 iparnya yang lain yang ada kat tempat kejadian. Kami pun terus ke HUKM.. bila sampai sana... tak dapat juga tengok mayatnya sebab sedang dibedah siasat.  Bila selesai bedah siasat pun aku tak sempat nak tengok jenazahnya sebab nak cepat utk urusan menghantar jenazah ke kampong pula.. Hospital bagi masa sehingga jam 4 petang mesti ada di hospital semula sedangkan masa tu dah hampir pukul 2 petang. Adik ipar terpaksa balik ke Klang semula untuk jemput adik aku & anak2nya. Masa agak suntuk masa tu.. & aku rasa macam tak sempat je dorang nak sampai semula ke hospital dalam masa 2 jam.. Cheras & Klang bukannya dekat! Selesai berbincang.. kami semua balik.. adik ipar balik ke Klang & kami balik ke PJ untuk kemas2 baju sikit & jemput anak2 kat sekolah & pengasuh. Tup2 bila sampai rumah.. pakcik pula dapat panggilan telefon dari imam masjid tempat pakcik bertugas minta tolong pakcik berjumpa dengan bos sebuah hotel kat PJ ni yang mana ada kes sabotaj ke atas makanan yang dihidangkan. Alamak!! ada pula masalah lain!  Bos hotel tu memang dah kenal rapat ngan imam & pakcik.. oleh sebab imam tak dapat pegi sebab sedang beri taklimat untuk satu majlis.. jadi pakciklah yang kena pegi bersama beberapa orang rakan yang lain. Bos hotel tu mintak di adakan bacaan yassin & sembahyang hajat untuk mohon petunjuk siapa dalang yang membuang segala benda2 yang tak sepatutnya ada dalam makanan kat hotel tu... pakcik cakap.. ada jarum & paku tekan dalam makanan2 untuk hidangan buffet... bukan sebatang dua mereka jumpa di celah2 makanan yang terhidang.. tapi banyakkkk! Nasib baiklah bukan customer yang jumpa tapi staff2 hotel tu sendiri yang terjumpa agaknya ada sebatang dua yang sesat di atas makanan.. itu yang staff ternampak... kalaulah customer yang terceduk makanan yang ada jarum tu.. tak taulah nak kata apa.. silap2 pihak hotel kena saman!  Jadi pada hari Isnin tu.. hidangan buffet semua di tarik balik & hanya dihidangkan makanan a lacarte saja.. Tukang masak pun dah nangis2 dah takut dituduh dia yang punya angkara.. yelah.. tempat dia cari makan.. tak taula sapa punya angkara.. tak berani juga nak buat tuduhan.. harap2 cepatlah masalah ni selesai & orang yang bertanggung jawap tu tampil meminta maaf..

Kami kat rumah pakcik terpaksalah tunggu sehingga pakcik balik dari hotel membantu mana yang patut sebab pakcik ajak kami balik dengan sebuah kereta je (guna kereta pakcik). Jadi kami buat keputusan tak jemput lagi Kakak Dini di sekolah & akan menunggu sehingga tugas pakcik selesai. Selesai masalah ke dua... penyudahnya.. hampir maghrib juga kami baru dapat bertolak ke kampong. Info dari adik katanya mereka dah bertolak 2 jam yang lepas. Berdoa dalam hati agar sempatlah tengok jenazah sebab jenazah akan dikebumikan malam tu juga. Yelah.. sudahlah hampir 12 jam tenggelam di dasar tasik.. kemudian dibedah siasat pula.. tak elok kalau disimpan lagi kat rumah kan.. Masa kami sampai di tanah perkuburan tu dah hampir pukul 10 malam & waktu tu.. orang kampong sedang mengambus liang lahad... memang tak sempat jugalah nak tengok jenazahnya.. Takpelah.. nak buat macamana.. tapi ma ada suruh Abby ambil gambar wajah jenazah sebab dia tau aku tak sempat nak tengok.. Kaum keluarga mereka kat rumah pun hanya tengok bahagian muka saja sebab jenazah dah siap dikafan & disembahyangkan di hospital.

Berita TV3 (kalau tak silap) ada siarkan berita tentang kematian 2 pemuda yang mati lemas di Tasik Permaisuri, Cheras. Tapi waktu tu aku tak dapat tengok sebab masih dalam perjalanan. Hanya dapat cerita dari adik aku je. Panjang ceritanya kalau nak diceritakan.. Dan malam tu.. selesai urusan pengkebumian.. kami singgah rumah ayah arwah untuk berjumpa dengan ayahnya & kaum keluarga.. ma & adik2 aku yang lain pun ada kat sana.. mereka membantu apa yang patut memasak bihun untuk kaum keluarga mereka yang datang dari jauh. Kebanyakannya dari daerah Pahang juga & ada juga yang datang dari Kedah. Ibu arwah pun dah takde meninggal kira2 setahun yang lalu.. ayahnya pun dah uzur. Hanya ma antara besannya yang terdekat & kami semua pun dah anggapnya macam keluarga sendiri. Lepas ziarah pakcik (ayah arwah) kami semua balik rumah ma sekejap untuk mandi & bersihkan diri. Semua anak2 pun dimandikan walaupun masa tu dah pukul 12 tengah malam.. al-maklumlah kan... dorang semua di angkut sekali masa pegi ke tanah perkuburan malam2 buta tu. Berehat seketika dalam 2 jam gitu & kami bertolak pulang semula ke PJ semula sebab pakcik ada tugasan lain hari Selasa tu & lagipun.. anak2 semua sekolah.. Sampai PJ hampir pukul 5 pagi.. anak2 semua keletihan termasuklah mak ayahnya.. hihi.. dua beradik tu pun tak sihat selsema & batuk2... jadi cutilah dorang hari tu tak pegi sekolah. Haziq dapat MC sehari manakala kakak hanya tunjukkan surat mati bukti ada kematian pada ustaznya di sekolah agama & hari tu kakak Dini hanya pegi sekolah kebangsaan aje...

Allayarham Ahmad Nazri dalam kenangan.. gambar di ambil dari FB allayarham. Allayarham melanjutkan pelajaran di UKM & sekarang mempunyai agensi percetakannya sendiri. Berumur 28 tahun & masih bujang. Dari kaca mata aku.. arwah adalah seorang pendiam tetapi sangat rajin membantu membuat kerja2 rumah jika pulang ke kampong. Mengalahkan orang perempuan rajinnya! Kerja2 menyapu laman, menyapu dalam rumah, mencuci pinggan mangkuk atau kain baju kotor semua boleh dilakukan tanpa rasa kekok. Ini mata aku sendiri yang tengok masa kali terakhir aku jumpa dia masa balik Keratong tempohari. Rasa macam tak sangka ada anak bujang yang sangat rajin. Patutlah arwah menjadi kesayangan arwah ibu & semua ahli keluarga. Adik aku sendiri pun memuji kerajinannya. Selamat bersemadi wahai Ahmad Nazri bin Ahmad. Semoga rohmu dicucuri rahmat & ditempatkan di sisi insan beriman.. Al-Fatihah...

Di bawah ni aku copy & paste status dari FB allayarham.. sangat terkesan di hati bila membacanya bilamana aku mendengar adik aku ceritakan yang allayarham pernah mengatakan allayarham ingin berkahwin & mahu segera mempunyai zuriat supaya nanti bila dia dah tiada.. ada anak yang akan mendoakannya di 'sana'...

"Ya Allah, Engkaulah Sumber Kebahagiaan kami. Tolonglah kami, kuatkan kami dgn cintaMu, menjadi sadar akan cinta kami, kehilangan kami, kedukaan kami, mengatasi perasaan marah, kecewa, luka perih dihati, agar kami rela menerima ketetapanMu yg membentuk pribadi kami menjadi lebih kuat & sabar dlm menjalani kehidupan ini"
Status Ahmad Nazri pada 22 December 2011

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan". - [al-Tahrim 66:06]
Status Ahmad Nazri pada 21 December 2011

Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin..
Status Ahmad Nazri pada 12 November 2011

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku meyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidah terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMU...

Ya Rabbul Izzati..
Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah..
Jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah..
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah..
Jika kau halalkan aku menjadi kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu...Amin.
Status Ahmad Nazri pada 10 November 2011



Hmm... panjang lebar ceritanya kan? Untuk berita kematian Ahmad Nazri bin Ahmad berserta gambar2.. bolehlah klik SINI untuk baca berita selanjutnya. Di SINI juga ada.

Sekian.

29 comments:

Ibu Aina Iman said...

salam kak,

takziah ye. arwah ni org keratong gak ke?

Nieza said...

salam takziah buat akak sekeluarga dan al-fatihah buat arwah.

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum.. kak.. panjang betul citernya..
takziah untuk keluarga arwah.. semoga arwah di tempatkan bersama para2 mukmin di sana.. aminnnn..

macam2 hal dalam 1 hari kan.. memang tak puas baca citer ni.. ada gak yang tak lengkap tu.. rasa cam nak dengar cerita tu lebih terperinci.. ada nani nampak berita tu kat tv bape hari lepas.. pasal mati lemas tu.. dah jumpa mayat yg mati lepas sorang lagi.. tak tahu lak bersangkut ngan akak rupanya.. hmmm.. lepas 1 ke 1 masalah.. hanya allah tahu kenapa di duga macam tu kan... alhamdullillah.. :)

HomeKreation said...

innalillahiwainnailaihirojiun..... muda2 lagi Allah dah jemput, semuga bersemadi di kalangan org2 beriman.

Ctnaemah said...

salam takziah kak..kita ada baca berita ni kat forum Cari pagi tadi...tak sangka itu sedara akak.Al fatihah buat arwah..mudah-mudahan Allah tempatkan dia dikalangan org2 yg dikasihinya.

ALoNa CintamaniszLite said...

Salam takziah. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh beliau..

Baca entry akak kali ni...huh!! semput gak ye..semua tu Allah nk uji kesabaran kita.

anymz said...

al fatihah buat ahmad nazri..semoga dia bersemadi dgn tenang di sana dan rohnya di tempatkan bersama para solihin..insyaAllah amin..

MULAN said...

Innalillah.. Al-fatihah..

Moga rohnya dicucuri rahmat..

Amie said...

al-fatihah.Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat. Teringat Amie sepupu dan anak buahnya lemas dalam tasik di Puncak Alam bulan Novemver 2011... tragis!

Antan Bertingkah said...

Al-Fatihah... semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan para solihin....

Ayu said...

salam takziah ..semuga roh arwahnya ditempatkan disisi orang2 yang beriman..

quinnie said...

salam takziah jugak dari saya..tak sangka pulak kenalan akak rupanya...memang ada tengok kat tv...Alfatihah

Mamasya said...

Salam takziah . moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi org beriman. Alfatihah..

tun_telani said...

innalillah.. semoga rohNya ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.

makcikmanggis said...

takziah..alfatihah..akak tengok beritanya kat tv dan baca dalam paper..rupanya sedara Madiha....

hazila said...

Takziah, semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.

Ruziawati Yusof said...

macam2 cerita ye kak? bertimpa2 yg berlaku.. Al-Fatihah kpd arwah.. budak lagi.. Allah sayang kepada mereka yang baik2 ni kak.. semoga Allah merahmati Arwah dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Amin..

akak sendiri apa kabar? maaf dah lama tak tanya khabar akak dan family. tq visit blog t ye kak? sayang kak ratna! muah!

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Kak..
Takziah buat keluarga arwah. Semoga Allah permudahkn perjalanan arwah di sana. Al-Fatihah..

Hani said...

Salalm akak
Takziah dan al-fatihah

Izan said...

Takziah dan al fatihah..

CT Delima said...

AS'salam Ratna

Salam takziah dari ct sekluarga. Sedih juga bila baca mengenai arwah ni..sama2lah kita berdoa dan sedekah kan Al-Fatihah buat arwah Ahmad Nazri semoga rohnya tenang disana..A-minnn

Al-Fatihah..

~K Ham~ said...

Al fatihah buat arwah....salam takziah dari kak ham sekeluarga..

..::Zue::.. said...

Takziah... alfatihah..

KSWSK said...

Al fatihah..

wati said...

Salam,

Takziah dan Al fatihah

ieda said...

salam takziah dari saya
sedihh
semoga arwah bersama mereka yg berimann
aminnnn

EmbunRosaliza said...

Takziah n alfatihah, semoga beliau di kalangan org2 yg beriman

mokwo® said...

salam madiha...moga Allah cucuri rahmatNYa dan tempatkan rohnya di kalangan orang2 yg soleh..amiiin! terharu baca status nya di fb...
dan moga segala urusan madiha di permudahkan Allah
seriously mcm tak nak makan buffet dah lepas ni..sapa lah punya angkara tuh..nak peraniaya org

Anonymous said...

salam...saya adalah kenalan arwah mohd rasul yg bersama arwah nazri pada mlm kejadian itu...saya cukup mengenali arwah mohd rasul dr beliau kecik lagi...memg arwah suka memancing dari kecik...tapi pembetulan tuk semua,arwah mohd rasul yg saya kenali tidak pernah menjala ikan mahupun menjaring ikan.hanya memancing lah hobinye dr kecik smpilah dia bekerja DBKL dan part time JPAM...arwah yg saya kenali memg suka membantu org tidakkira muda mahupun tua..arwah seorang yg ceria dan susah untuk melihat marah...sebab tu lah ramai yg suka berkawan bersama arwah...sebut saja nama arwah di kaw kami ni,semua nye mengenali beliau...bercerita mengenai malam kejadian,saya ada disana pada waktu itu...untuk cerita sepenuhnya saya bertanya pada ibu arwah..mengikut pada cerita ibu arwah,mlm sebelum kejadian itu,arwah banyak mendapat panggilan dari rakannya bertanya mengenai memancing..arwah terkejut kerana rakannye sudah sampai di bawah flat,tp arwah masih belum mandi lagi.sampaikan arwah men loudspeker kan telefonya smbl membuka baju untuk menjawab panggilan rakannya itu..dr situ lah ibu arwah mendengar perbualan atr arwh bersama rakannye..cuma ibunya tidak tahu dgn rakan yg mana satu yg arwah bebual.setelah siap,dgn terkejar2 arwah meminta izin dgn ibunya untuk pergi memancing.ibu arwah memesan supaya pulang segera.tapi arwah menjawab pergi sekejap je...esok tidak kerja..apa yg mengharaikan ibu arwah,arwah pergi memancing tanpa membawa sebarang alatan memancing..hanya membawa dirinya saja...kemudian,lebih kurang jam 10 malam ketika saya meronda di tasik permaisuri saya ternampak kelibat 2 org dgn meaiki sampan di tgh tasik itu.lalu saya menjerit naik...naik...jagn bermain disitu..tetapi arwah menjawab ini acoilah jepun...saya pun tidak jadi memarahinya..lalu saya pun berlalu pergi..bila saya jalan kedepan sedikit,tiba2 saya terdgr org meminta tolong..tolong..jgn tarik kaki aku...dengan secepat mungkin saya berpatah balik dan berlari ketepi tasik itu...saya terkejut melihat arwah bersendirian terkapai2 meminta tolong dgn menjerit jgn tarik kaki aku..sangkaan saya rakan yg bersama arwah td itu telah melarikan diri.rupanya rakan arwah telah tenggelam dahulu sebelum arwah.kami yg berada disitu sedaya upaya menolong arwah dgn membaling tong2 sampah disitu.ada yg cuba membaling pelepah..tapi semuanya tidak kesampaian...akhirnya arwah juga tenggelam...seketika kemudian,bomba dtg setelah mendapat panggilan telefon.saya amat terperanjat apabila bomba menjumpai arwah dengan kakinye bersangkut di jaring..cuma arwah kedua masih belum dijumpai..keesokkannye barulah mayat kedua dijumpai...ITULAH DIKATAKAN TAKDIR...AJAL MAUT SEMUA DI TANGAN ALLAH..JGN LAH KITA MENYALAHI ATR SATU SAMA LAIN..KITA JUGA JGN MENUNDING JARI KEPADA SESIAPA..SEMUA ITU KETENTUAN ALLAH..KITA TIDAK DAPAT MELAWAN NYE...kepada keluarga arwah,takziah pada kuarga arwah,saya amat bersimpati dan turut rasa sedih.kenangan bersama arwah tidak dapat saya lupakan..kepada keluarga rakan arwah takziah juga di ucapkan..salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...