Assalamualaikum...
Sambung entry lagi dengan menu lauk pula... Pernah dengar ikan garaman? Mesti ada yg geleng-geleng kepala... hihi... Sebenarnya.. ikan garaman yang dimaksudkan ialah ikan yang digaramkan semalaman lalu dimasak gulai... pernah makan?? Tentu juga ada yang geleng-geleng2 kepala buat kali kedua... hahaha... tapi.. aku percaya kalau anak-anak yang berasal dari Pantai Timur tentu saja ada yang pernah masak lauk gini... betul tak?
Gulai macam ni.. ma ku yang pernah masak. Tidaklah kerap sangat.. tapi bila dia terasa jemu makan gulai ikan fresh.. dia akan garamkan ikan yang nak digulai tu.. pastu esok barulah digulai... memang sedap!! Cer bayangkan makan gulai ikan masin.. haa.. lebih kurang gitulah rasanya.. cuma bezanya.. ikan masin tu isinya tak banyak macam ikan garaman ni sebab ikan garaman ni tak dikeringkan & lagipun.. ikan garaman ni dibuat dari kepingan ikan yg tebal berbanding dengan ikan masin yang biasanya dinipiskan isinya. Disebabkan kesedapan tu ler tiba2 je tekak aku rasa teringin yang melampau nak makan. Kebetulan pula ada beberapa keping ikan rohu yang hubby beli dah terlampau lama dok bertapa dalam peti tu... Nak masak rasa macam dah tak fresh & ditambah pula rasa macam dah jemu pulak ngan si rohu tu.. hihihi.. tu yang dok bertapa lama dlm peti tu. Jadi aku pun teringatlah kat gulai yang ma pernah dok masak dulu... so.. apalagi.. terus defrost ikan rohu yang sememangnya dah dibersihkan tu.. & bila dah lembut aku pun toskan & gaulkan dengan garam halus kemudian simpan semula dalam peti sejuk bahagian bawah je.. tak perlu letak dekat frozen pun.. Bila dah jadi gulai... isi ikan ni jadi macam kejung gitu.. tak mudah pecah2 ataupun berderai... yang penting sedap! Boleh je gunakan apa2 jenis ikan tapi lebih sedap guna ikan jenis besar macam ikan merah, tenggiri dan lain2. Setakat ni.. cuma ikan tongkol jer yang belum pernah dicuba buat gini sebab fikiran aku rasa macam hanya ikan jenis isi putih je yang sesuai.. hihihi... itu cuma imaginasi aku jer... memandai2.. hihi..
Oklah jom tengok resepinya yer.. sempoi jer.. actually resepi ni lebih kurang je dengan resepi gulai kunyit lengkuas versi Terenganu tu... adalah ubah suai sikit ikut selera sendiri.. Selain dibuat gulai.. ikan garaman ni pun sedap digoreng macam tu jer.. cubalah!
Gulai Ikan Garaman dengan Belimbing Buluh
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
3 kepingan isi ikan (apa2 jenis ikan yang besar ~ MaDiHaA guna isi ikan rohu)
3 sudu kecil penuh garam halus
Bahan gulai
4 cawan santan sederhana pekat
10 biji belimbing buluh ~ belah 2 (kalau takde sila masukkan 2 keping asam gelugur!)
1 batang serai
2 hiris lengkuas
garam sekiranya perlu
serbuk perasa
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili merah
8 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Cara2 menyediakan
1. Ikan dibersihkan & tos kering. Gaulkan dengan garam halus rata2 kemudian masukkan dalam bekas (MaDiHaA guna bekas aiskrim terpakai je) kemudian tutup rapat & simpan dalam petiais. Biarkan semalaman atau selama 24 jam.
2. Esoknya.. cuci bersih ikan & toskan.
3. Campurkan santan, bahan kisar, serai, lengkuas & didihkan dengan api sederhana sambil senantiasa dikacau supaya tak membuak. Bila santan mendidih masukkan kepingan ikan tadi & biarkan ikan hampir masak. Masukkan belimbing buluh, serbuk perasa & jika perlu masukkan garam. (rasa dulu kuah sebelum letak garam). Kacau2 sebentar & bila belimbing nampak layu & kuah secukup rasa bolehlah dipadamkan api & dihidangkan.
Selamat mencuba!
akak.. buah kat bawah tu kan, kalau sebut ginko ni teringat syampoo. hehe. dengan blog akak ni mcm2 makanan pelik saya belajar. susah la nak dapat menda2 alah tu.
ReplyDeletegaraman..memang masakan dulu2 ni kan. sedap lah pulak dengar kalau mcm ikan masin. kalau ikan salai lagi best bunyi nya kan
lamanya tak makan ikan gulai cam ni..orang kampung Cm kat Kelantan panggil Ikan Bekok(bengkak)..ada bau seperti ikan masin lagi sedap.Jika ikan kerisi pulak buat ikan garaman bukan untuk di gulai tapi untuk di goreng garing..sedapnya Madiha!!!!Rasa nak nagis sedap!
ReplyDeletelama tak makan ikan mcm ni...skg ni pun dah mula kurang2kan garam! tp kalu ada bantai aje je
ReplyDeletesalam kak, rasa terliur je baca penerangan kt atas. sbbnya dh terbayang2 kesedapan ikan garaman ni. yg best tu isinya boleh dicubit mcm ikan biasa tp rasanya masin se enak ikan masin. lama sungguh x makan. reti mkn je, x penah buat. cuma lumur garam camtu je yer? perap tu semalaman je ke atau lg lama lg sdap? betul ckp cik manggis kt atas klu ikan kerisi garaman mmg best goreng. lepas tu perah plak asam limau nipis. perrh! ada jgk yg meleleh air liur ni kan, hehehe...
ReplyDeletex penah n x penah makan..sesuatu yg baru boleh dicuba..kene masuk list yg berjela tu..hehehe
ReplyDeleteTak pernah makan ikan gaya ni. Ingin nanti nak cuba dan merasa kesedapannya. Dimasak dengan belimbing buluh tu, alahai.. kecur air lio..
ReplyDeleteSalam. Saya hanya goreng sahaja ikan garaman. Insya-Allah akan cuba nanti, nampak mengancam!!
ReplyDeletesalam madiha...
ReplyDeleteMemang pernah dengar, sebab mak pun selalu buatkan, anak-anak aima suka tau..tiap kali balik kuantan mesti mintak mak buatkan..sedapkan..
kelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!
ReplyDeletesedap...isi jd pejal tp lembuy
ReplyDelete