Hari ni tayang menu yang dimasak long long time ago.......! Rindu banget mau makan Laksa Sarawak... Mula2 masak laksa ni dulu.. terasa sedikit pelik kerana kuah laksa ni bau rempahnya agak 'kuat' & seakan2 seperti bau rempah jamu ibu bersalin.. hehehe... tapi bila dah makan dua, tiga sudu.. ternyata ianya sangat2 sedap!
Laksa Sarawak bukan seperti laksa di Semenanjung yang gunakan laksa sebagai bahan asasnya sebaliknya Laksa Sarawak di makan bersama bihun yang dicelur. Sedapppp!!
Kat bawah tu resepinya yer.. tapi ini resepi yang menggunakan rempah segera. Belum ada kerajinan nak buat laksa Sarawak guna rempah buat sendiri... nanti2lah... orang Sarawak pasti lebih pakar masak Laksa Sarawak.. jadi jika ada kekurangan di sana sini dalam resepi ini.. sila2lah tegur yer.. hehe...
Laksa Sarawak (instant paste)
Sumber : MaDiHaA's Fotopages
Bahan Untuk Kuah Laksa
1 peket (200g) perencah laksa Haji Manan
500 gm udang segar ~ dicuci bersih tapi jangan buang kulitnya (MaDiHa guna 800 gm)
1 ketul dada ayam / boleh gantikan dengan kiub ayam (MaDiHa guna 1/4 ekor ayam ~ guna bahagian dada)
2 batang serai ~ diketuk
500 ml santan (MaDiHa guna santan kotak 400 ml + 100 ml air
2 liter air biasa
garam secukup rasa
Bahan2 Tambahan Lain
1 peket meehon (400 - 500 gm) ~ dicelur hingga lembut & tos
Taugeh secukupnya ~ dicelur sebentar
Daun ketumbar ~ untuk hiasan
4 biji telur ~ dijadikan telur dadar, digulung & hiris (MaDiHa guna 6 biji)
beberapa biji limau kasturi ~ dibelah 2 & buang biji
Bahan2 Sambal
5 biji cili merah
6 biji cili padi
sedikit belacan
Cara2
1. Jerang 2 liter air bersama2 dengan 1 ketul dada ayam tadi. Tunggu hingga ayam masak. Masukkan pula udang bersama2 dengan kulitnya dan biarkan hingga udang masak. Angkat isi ayam & udang lalu toskan. Ketepikan & tunggu hingga ayam & udang sejuk.
2. Sementara itu.. dalam air rebusan ayam & udang tadi.. masukkan serai yg diketuk serta perencah laksa sarawak Hj. Manan tadi. Kacau rata.
3. Biar hingga kuah mendidih. Masukkan pula garam & santan. Kacau sentiasa hingga kuah masak. Rasakan kuahnya biar secukup rasa. Tutupkan api.
4. Isi ayam rebus tadi disiat2kan halus2 & kopek kulit udang dan letakkan berasingan semasa menghidang.
5. Sediakan pula sambal dengan menumbuk semua bahan2 sambal.
Cara Menghidang Laksa Sarawak
1. Hidangkan meehun yg dicelur tadi bersama2 dengan isi ayam, isi udang, telur dadar yg dihiris, taugeh yg dicelur dan curahkan kuah laksa secukupnya.
2. Taburkan dengan daun ketumbar, sambal belacan & perahkan limau kasturi. Sedia utk dimakan.
Silakan.... Laksa Sarawak dah siap dihidang... hehe...
dh lama x buat laksa sarawak.. rempah ada lagi dlm fridge tu, ntah2 dh nk expired agaknya lama ngat bertapa dlm peti. hihi..
ReplyDeleteakak pun dah lama tak masak laksa sarawak ni tun.. rindu sungguh nak mkn.. nak buat sendiri paste dia tu malas ya amat.. hehe..
Deleteemmm..macam sedap je kak madihaa. saya lum pernah makan rasanya laksa sarawak ni..
ReplyDeletemang sedap tau Faiz laksa ni... tp tak taula kot selera kita tak sama kan.. hihi.. sbb laksa ni kuah dia berempah mcm laksa johor tu.. tp kuah laksa s'wak ni lagi kuat baunya..
Deletemcm mn plak kalo rasa cam rempah bersalin tu kak ratna..(dok tringat jamu bersalin x abih lg..kui..kui..kui)
ReplyDeletesy ni pmant laksa tegar..tp x penah rasa laksa s'wak...huk..huk
Salam kak, tlg bg nama penuh, alamat lengkap dan phone no akk ye.. Akk menang GA hadiah utama.. :)
ReplyDeleteAssalam madihah, anak2 akk cukup suka mkn laksa sarawak, kali pertama buat mmg terasa rempah2 tu kuat sangat. pas tu buat lagii guna pes hj manan mmg sedap, sejak dari tu anak2 teramat2 suka mkn laksa ni, selalu minta suruh buat, nak buat pes tu yg mls nak cari yg segera payah lak dptnya.
ReplyDeleteTgk pun sedap laksa tu
siap ada udang ngan telur dadar potong lagi dlm laksa tu yer...x pernah mkn lg...nampak mcm sedap jer....:)
ReplyDeletekak Madiha, naz pun ada paste laksa sarawak ni. siap duduk dlm freezer lagi tp tak buat2 jugak..hehehe...
ReplyDeleteperggghhh sedapnya, laksa sarawak tu peberet Liza tauuu...ihihhihi
ReplyDeletesalam kak....
ReplyDeletemana nk dptkn pes hj manan tu kak?
teringin nk mencuba resepi2 dr akak tp buat masa ni tgh mabuk..so copy resepinya dululah ye...hehehe
thanks kak
my fevret ni.. memang sedap, mula2 pun tak pandai makan lepas tu, hantu laksa plak. mana dapat laksa paste tu.
ReplyDeletefuhhh.... sedap tu...
ReplyDeleteutk dptkan paste laksa sarawak hj manan, hubungi kami
ReplyDeleteaura ceria ent.
013 912 1776
013 993 4577
loc. klia, sepang, nila, bbst n kwsan yg berdekatan..
assalam...mohon izin saya share resepi ni..terima kasih
ReplyDeleteBlog yg bagus..banyak info.
ReplyDeleteNak dapatkan pes laksa sarawak haji manan boleh klik balik pada nama di atas atau whatsapp 0138174163.