Friday, March 30, 2012

Orange Marble Cheese Bar Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pagi Jumaat yang dingin... awal2 pagi lagi bumi sudah dibasahi hujan.... syukur alhamdulillah... hujan rahmat di pagi Jumaat yang barakah... hilanglah haus pokok2 & rumput2 di taman & halaman rumah masing2 ye..  hari ni tak perlulah ibu2 atau suri2 rumah nak menyiram pokok bunga masing2 lagi.. bolehlah ibu2 meneruskan kerja2 dalam rumah... cepat siap kerja.. cepat boleh rehat.. betul tak? hehe.. 


Bagi aku pula.. bila hujan di pagi2 hari macam hari ni.. agak menyukarkan juga sebab pagi2 ketiga2 orang anak semuanya aku yang uruskan sendiri.. sorang dihantar ke sekolah kebangsaan, sorang ke tadika & sorang lagi ke pengasuh sebelum aku sendiri ke pejabat selepas itu. Yang jadi susah tu sebab perjalanan nak ke parking kereta yang jauh.. sedikit sebanyak.. basah jugalah kami 4 beranak walaupun masing2 berpayung.. maklum sajalah.. rumah di apartment ni parkingnya kira nasib sapa cepat dia dapat parking dekat.. kalau dah lambat alamatnya dapatlah parking yang jauh.. Lain cerita kalau tinggal di rumah teres atau rumah yang ada tanah.. kereta terus parking di dalam garaj.. takdelah timbul masalah nak masuk kereta walaupun hujan sedang lebat.. heheeh...

OKlah.. hari ni tak boleh nak bebel panjang2 sebab ada kerja sikit perlu disiapkan. Jadi kita teruskan jelah dengan resepi untuk hari ni ye... 



Dah dua hari tayang lauk... jadi hari ni kita sajikan dengan pemanis mulut pulak la ye... Resepi Orange Marble Cheese Bar Cake ni ku ambil dari blog sepupu ku Ida Marlida... Lantaran pujiannya yang meletop2 mengatakan kek ni sedap.. jadi aku pun teringinlah juga nak mencuba.. lagipun.. bahan2 semua pun dah tersedia kat rumah.. so.. tunggu masa terluang & mood baik datang terus le aku godek kek ni.  Ternyata benarlah bagai di kata.. kek ni memang sedap! Kalau peminat cheese pasti akan menyukainya.. tapi kalau bukan peminat cheese tu.. dia cebik jerlah tengok kek gini.. hehe.. contohnya en suami ku sendiri.. dia memang bukan peminat kek2 yang berasaskan cheese... sepotong pun dia tak sudi nak menjamahnya.. tapi anak2 pulak.. semua pun suka... berpotong2 di makannya.. tak sempat pun ibu nak simpan dalam peti sejuk lama2.. baru simpan 1 jam masing2 dah suruh potong sebab tak sabar nak merasa..  hehe..

Terima kasih pada Ida berkongsi resepi & terima kasih pada Kak Maz Ilham Dapur untuk resepi yang diadaptasi dari resepi red velvet cream cheese brownies sehingga menjadi cake bar berperisa oren & lemon yang begitu menawan & sedapp.. Mintak halal ye kak Maz kita letak resepi kat sini pulak..



Orange Marble Cheese Bar Cake
Sumber :  Ida Marlida
Kak Maz Ilham Dapur

Bahan-bahan (loyang 7x7) (MaDiHaA buat 1 1/2 adunan & gunakan loyang 8" x 8")

Bahan A

  • 40ml sunquick orange
  • 50g mentega - cairkan dan sejukkan sekejap
  • 2 kuning telur saiz A
  • 60g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1-2 titik pewarna orange

Bahan B

  • 2 putih telur saiz A
  • 40g gula halus
  • 1/8 sudu kecil garam

Bahan C

  • 200g cream cheese suhu bilik
  • 1 biji telur saiz A
  • 50g gula halus
  • 1/2 sudu kecil lemon jus

Cara

1. Panaskan oven 160 C. Alas loyang dengan kertas baking dan biar kertas lebih tinggi dari loyang agar senang nak keluarkan kek nanti. Sediakan air mendidih untuk waterbath.

2. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan A dan kacau sebati.

3.Putar bahan B sehingga kental/bertanduk.

4.Masukan bahan no.3 dalam no.2 sikit-sikit dan kaup balik hingga sebati. Ketepikan 2 sudu besar dan masukkan dalam plastik bag, gunting sikit hujungnya untuk buat marble.

5. Tuang dalam loyang dan bakar secara waterbath selama 30-35 minit.

6. Sementara menunggu kek masak. Sediakan lapisan cheese.

7. Putar cream cheese hingga sebati, kemudia masukkan gula, putar lagi. Akhir sekali masukkan lemon jus dan telur dan putar sebati.

8. Tuang terus atas kek yang baru dikeluarkan dari oven. Amik bancuhan kek yang diketepikan tadi dan buat garisan memanjang atas lapisan cheese, kemudian tarik turun guna lidi.

9. Masukkan dalam oven dan bakar lagi secara waterbath selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti selama 8 jam atau semalaman sebelum dipotong. 



Selamat mencuba!

21 comments:

  1. salam k.ratna wahhh menarik npk kek cheese rasa oren lg sdp kita dok pikir ni..kalau dpt masuk mulut alangkah sdp nya...rasa oren yg pehhhh leleh lahhhhh

    kejadiyan yg sangat cantik.....

    ReplyDelete
  2. Salam kak madiha!!! cantekkknyerrrrrr potongan kek akak! menarik ku tergudaaaaaaa hihihi.. sedappnyer kalau dpt angkut 1 bar tuuu :D kita masuk list eak, kot2 nak terbuat kek ni kita buat sbb sgt2 comel :-)

    ReplyDelete
  3. salam kak madiha.
    warna dia sekata jew..nampak kemas..:)suka tengok.

    ReplyDelete
  4. alamak..cantiknya...tergudanya..sy suka rasa citrus ni segar je...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum K.Madihah,
    menariklah kek ni...lain dari yg lain...cantiklah pulak kaler oren...leh cuba ni..tq berkongsi resepi..

    ReplyDelete
  6. Salam kak madiha,
    kak... cantiknya kek ni. Suka tengok kaler dia. mesti masa buat tu, harum oren semerbak. :))

    ReplyDelete
  7. asslm Kak Madiha...
    cantikya OMCB tu...corak kt ats tu pon cntik...1st time tgk resepi ni...teruja pulak nk cuba nti...sbb lain dr yg lain...nk tnye ni...akak guna pisau no bpe tu yer...kemain cantik lg potongannye..hehehe...tajam betul 4segi tu...

    ReplyDelete
  8. cantik kek k.madhiha nie..jarang jmpa cheese kek yg dgabungkan dengan oren..nk try jg lah..minta angkut resepi yer..tq

    ReplyDelete
  9. salam Madiha...sedap,sedap...sangat.leleh air liur dah ni,boleh bayangkan dengan rasa orennya,cheesenya.Ummmm mesti sedap.Tak sabar nak cuba ni.

    ReplyDelete
  10. Slmt berhujung minggu Ratna.menarik marble cheese orange...belum pernah cuba lagi.masuk senarai dulu.
    re; ohh Alin pun suka di dapur...bagus peneman ibu .Syakirah kalau dok dapur...sayur....bawang semua nak potong juga...kenalah bagi pisau plastik buat dia main...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum akak...
    Wah! Cantiknya warna n corak kek nie akak... Ska diana tgk... Menarik sgt!

    ReplyDelete
  12. salam ratna...mksih ye sdi cba rspi yg xbrapa ni..harap kena dgn citarasa ratna sklrga..sori ye bru prasan ratna buat kek ni..kmaz dh 2 hri xon laptop..sbuk sngat dgn aktvti karnival surau kat tmpat kmaz ni smpai esk..ni pun bru blik..nk jenguk hb kat skype sat...cntik dan kemas kek ratna tu...memang mewah dgn rsa oren kan...

    ReplyDelete
  13. assalam
    cantiknya OMCC ni, yum yum terasa kesedapannya k.Madiha..
    rasa oren isshhhh sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  14. Salam k.madiha...waduhhhh nmpk sedap...asz mmg peminat cheese...dapat sebar best jugak nie kak :))

    ReplyDelete
  15. Kak Madiha.. kesiannya. Pagi2 dah berbasahan yer..

    Cantiknya warna orange marble cheese bar akak.. Terpana dan terpegun Naz seketika bila tgk gambar tu. Kalau dapat makan tak taulah. Kot terkaku lak..heheheh

    ReplyDelete
  16. salam,teruja la..kita tngk orange marble cheese ni...terasa kat tekak..hi hi..tq madiha kongsi resepi....

    ReplyDelete
  17. Salam Madiha.....eeeehhhhh pasti sedap dengan rasa buah orangenya....kena cuba ni.....

    ReplyDelete
  18. kak ratna........
    aduh.. tadi pi rumah kak dayang dia syer cheese cake..
    mai sini orange cheese bar pulak...

    pehhhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  19. salam diha,akak ambik resepi dulu ya..mesti sedap ni sbb ada rasa masam2 oren dan cheese...cam dah terasa2 je kat tekak..nak try lah nanti.

    ReplyDelete
  20. sgt mengiurkan...akak terima tempahan ker?

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete