Monday, April 2, 2012

Sambal Ayam Udang Kering

Assalamualaikum....

Apa khabar semua? Moga semua sihat2 belaka hendaknya.  Pagi tadi hujan lagi... tapi syukur tak lebat sangat masa kami turun dari rumah.. tak bawa payung pun sebab tengok renyai2 je... tp bila tiba kat sekolah agama kakak Dini.. tiba2 hujan lebat. Mujur ada payung spare dalam kereta.. hehe.. 

Pagi tadi ada kejadian lagi.. cemas pun ada.. kelakar pun ada... Lepas hantar Dini macam biasalah terus menghala ke Jalan Klang Lama nak hantar Haziq & Alin pulak.. parking depan sekolah tadika konon takmaulah jauh sangat sebab masa tu hujan masih turun. Parking pula sebelah teksi milik tuan rumah yg berhadapan dengan tadika tu... kedudukannya dekat corner.. tapi tidaklah menghalang lalu lintas (muat sebuah kereta jelah) walaupun aku parking sebelah teksi tu... teksi tu boleh keluar dengan cara mengundurkan kereta tu... masa nak hantar Haziq.. Alin aku suruh tunggu dalam kereta sebab hari hujan takmaulah bagi dia keluar.. enjin kereta ku matikan & ambil kuncinya sekali (takut gak kalau2 kereta di bawa lari sekali ngan budak bambam tu.. hehe).. siap hantar abangnya bila masuk semula ke kereta.. cuba hidupkan enjin... tup2 kereta tak mau hidup... wawawaaaa... ini mesti kes bateri kereta sudah kong. Memang dah agak bateri kereta yg tukar dulu tu pun bateri second hand (ada cerita mengapa dapat bateri second hand dari tauke kedai tu... leh la baca kisahnya kat SINI) memang sah2 tak sampai setahun sure kong punya...

Hati dah mula cuak.. sudahlah aku parking kereta tak berapa betul (sebab konon nak parking sekejap je kan).. kereta pulak takmau hidup.. nak tolak mana mungkin.. sudahnya terpaksalah telefon hubby.. mujur dia kerja malam & pagi tadi memang dia ada kat rumah. Hubby kata nanti dia datang & akan pegi ke kedai yang beli bateri dulu sbb masih under warranty. Kemudian telefon bos pulak khabarkan aku mungkin lambat sikit. Bos kata nnt dia jemput aku.. hehehe.. padahal aku kata takpe aku boleh jalan kaki.. payung pun ada.. sebab dari tadika dah tak jauh sangat kalau nak ke ofis tu.. kena jalan sikit.. tp sebelum ke ofis kenalah lintas jalan & hantar Alin bambam dulu.. So okaylahh.. lepas hantar Alin call boss & boss jemput aku kat depan masjid sebelah rumah baby sitter tu. Pukul 11 tadi hubby datang ambil kunci kereta & buka bateri then pegi ke kedai bateri tu utk tukar balik bateri sebab bateri tu belum sampai setahun.. rupa2nya kedai apek tua tu dah tutup.. hahaha... tauke kedai bateri sebelah kata kedai sebelahnya tu dah tutup sebab taukenya dah tua.. takde siapa nak jaga.. hmm.. patutlah masa kitorang nak tukar bateri yang tak hidup dulu tu dia kata stok baterinya dah takde.. memang dia dah nak tutup kedai rupanya.. tu pasal dia bagi bateri second hand tu... hmmmm... rugilah macam ni.. beli bateri hanya tahan 5 bulan.. cettt!  Makanya terpaksalah kena beli bateri baru lagi... adeeiii.. tapi mujurlah dia buat hal pagi tadi.. kalaulah dia buat hal pagi esok.. memang betul2 cemas ler jawabnya sebab esok pagi kakak Dini ada perlawanan bola jaring antara sekolah.. kena pegi awal pulak tu ke sekolah.. hmm.. panjang lak celoteh hari ni...


Oklah terus ke resepi hari ni ye... resepi ni memang sedap!! Suka mencuba resepi2 berasaskan ayam dari Diana sebab semua resepi yang ku cuba sedap2 belaka... memang tak mengecewakan... Terima kasih ye Diana akak share kat sini pula resepinya ye...

Sambal Ayam Udang Kering
Resepi : Diana
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan²
900 gm ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah _ dicincang
2 ulas bawang putih _ dicincang
1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
2 biji cili merah _ dihiris menyerong
2 biji cili hijau _ dihiris menyerong
3 tbsp cili kering kisar
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa (MaDiHaA tak letak)
Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis

Bahan² Perap
1/2 tsp minyak bijan
1 tsp seasoning Maggi
3/4 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1/2 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung

 Cara²

  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  5. Masukkan gula melaka dan gaul rata..Tumis sehingga pecah minyak. 
  6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.

 Selamat mencuba!

    10 comments:

    1. Salam kak madiha!!!! sedapnyer samballllllll tu!!! mkn ngan nasi lemak pun sedap ni kak :D kita sihat2 ajer kak :) mekaseh :D

      ReplyDelete
    2. Assalamualaikum Madiha,

      aduh2 sedapnya namap sambal ayam tu...kalau kak Nur yg mkn
      pasti bertambah nasi....hehehe.

      ReplyDelete
    3. Salam kak madiha....merahnya.....mak ngah
      Ayam tu...Mesti sedap ni.Masakan kering2 gitu memang jadi kesukaan iza.Makan ngan nasi panas2 uuuuh mesti terangkatlah.

      ReplyDelete
    4. salam kak madiha
      keta mmg mcm tu klu nk buat ttba jew..x bagi signal btul..dia dh tau tuanya dapat gaji kot..h ehee hee..
      sedap sambal ayam tu kak..ratah gitu jer pun sedap ..terliurr btul:)

      ReplyDelete
    5. Madiha..sedapnya aym.Kak Ros pun nak cuba buat la.

      ReplyDelete
    6. perghh mantopsss kak
      akak selalu membuatkan saya laporr
      curi resepi akak lalalallaa ;))

      ReplyDelete
    7. Salam Ratna.kalau pagi2 kereta meragam mmg susahkan sbb waktu paling sibuk.tp baguslah boss Ratna sanggup dtg jemput.
      merah elok ayam sambal ....sesuai utk yg suka pedas ni...

      ReplyDelete
    8. aduhhh
      mmg dah tualah apek tu kot..
      hehehhehe
      bateri kong mmg problem,

      kak.. nampak sambal ayam udang keringmu sangat nyami..

      rugi tak dapat datang awal.. kalau idak boleh tumpang makan malam

      ReplyDelete
    9. dapat bayangkan betapa sedapnya...

      ReplyDelete
    10. Bgs btw boss akak....Kali asz sure cuak la kak time tgh sibuk plak tue...ayam tue mesti bleh buat cicah nasir impit time raye nnti kak.....mabeles !!

      ReplyDelete