Assalamualaikum & selamat petang semua....
Bersua lagi sekali hari ni ye... tiba2 rajin pulak nak update hari ni.. layan jerlahh...
Buat Bingka Cheese Berlauk ni bila nampak Yatie Memories tayang tempohari. Sebenarnya dah lama berkenan dengan resepi ni bila Kak Ummi dok tayang hari tu.. Cuma projek terpaksa ditangguhkan sebab dah kehabisan stok cheese! Masa pegi kedai bakeri hari tu sempatlah sambar mozarella cheese sepeket. Bila Yatie tayang je hari tu.. terus mood nak membingka datang apalagi bila semua bahan2 ada dalam simpanan. Daging kisar pun ada, kentang pun ada.. daun sup, daun bawang semua lengkap.. per lagi... projek jalan teruslah.. bukan seadunan.. tapi buat lebih sikit 1 1/2 adunan.. tamak kannn... hehehe...
Kepada peminat kuih2 savoury sangat2 disarankan untuk mencuba. Sedap bebenor kuih ni.... anak2 semua suka... kat rumah dah sarapan.. berbekal lagi ke sekolah. Haziq yang agak memilih bab kuih2 ni tapi bila bagi kuih ni dia suka sangat2. Habis licin bekalan yang dibawa kat sekolah. Cumanya.. en. hubby jer agak kureng sikit.. tapi bukan salah resepi yer.. en. hubby ku itu memang anti sangat dengan cheese2 ni... hehehehe... selalunya kalau kek2 bercheese dia memang tak suka. Cuma satu jer yang dia boleh terima makanan yang ada cheese iaitu pizza! Huh!! ingatkan dia suka bingka ni sebab dia memang lebih suka kuih2 savoury.. tp nampaknya kuih ni belum cukup utk memikat selera dia... takper takper... kitorang boleh jer perabiskan.. hehe.. Dapat juga bagi kat makcik sikit.. alhamdulillah...
Oklah untuk resepi yang best ni... nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Kak Hanieliza atau sekarang lebih dikenali sebagai Chef Hanieliza. Thanks byk2 ye kak.. Tak lupa thanks pada Kak Ummi juga yg pertama kali menggodaku & bersusah payah menyalin resepi dari buku 1 Hari 1 Resepi dari Chef Hanieliza ni & akhir sekali terima kasih pada Yatie yg menggoda ku buat kali ke dua.. hehe... kepada semua.. mintak izin letak resepi kat sini yer..
Gambar mmg tak cun.. maklumlah pagi2 nak cepat macam2 nak disiapkan termasuk diri sendiri... tapi rasa bingka ni memang marbelesss.. tip top.. ehehhh..
Bingka Cheese Berlauk
Resepi : Chef Hanieliza (Buku 1 Hari 1 Resepi)
Sumber : Kak Ummi & Yatiememories
Bahan A (bancuhan tepung):
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu makan tepung jagung
- 3 cawan santan (boleh guna 1 cawan susu cair + 2 cawan air)
- 1 sudu garam halus
- 2 biji telor
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 sudu makan parutan Cheddar Cheese (MaDiHaA guna mozarella)
Bahan B (Inti):-
- 200 gm daging kisar/cincang
- 2 biji kentang - dipotong dadu
- 1 labu bawang besar - dipotong dadu
- 2 ulas bawang putih - cincang (akak tambah ni)
- 1 batang kecil lobak merah - didadu (akak parut halus)
- 1 sudu makan rempah kari (akak letak 2 sudu) (MaDiHaA lebihkan juga)
- 2 biji cili merah (dihiris halus)
- 5 tangkai daun sup (dihiris halus)
- 1 pokok daun bawang (dihiris halus)
- 1 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa
Cara-Cara Membuat Bingka:-
1. Kacau semua bahan kecuali Cheddar Cheese dan tapiskan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah dilenser dengan marjerin.
2. Kemudian taburkan Cheddar Cheese tadi.
3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 20 minit dahulu.
4. Kemudian keluarkan dan tuangkan inti lauk dan rata-ratakan di permukaan bingka. Bakar lagi selama 30 minit/hingga masak.
5. Sejukkan dan taburkan dengan cili merah, daun sup dan daun bawang yang dihiris. Potong dan hidangkan.
Cara Memasak Inti:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masukkan rempah kari dan kacau rata lagi.
3. Masukkan kentang dahulu, diikuti dengan lobak dan garam secukup rasa. Masak hingga daging sedikit kering dan masak elok.
4. Seimbangkan rasa dan tutup api. (*kalau terlalu banyak minyak, toskan inti daging sekejap). (akak masukkan sebahagian bahan hirisan semasa membakar, dan sebahagian lagi ditabur semasa menghidang).
Selamat mencuba!
x kisah.. resepi saya boleh share dgn sesiapa pun..
ReplyDeletenampak sedap bingka tu.. ada beli buku 1 hari 1 resepi.. tapi x cuba2 lagi..
Assalam Ratna....tu diaaaa...akhirnya terbuat sudaaahhh ehhh...sedap kan...mengenyangkan....Simpan tuk akak 2 ketuii utk berbuka nnt eh...hehehhe
ReplyDeletesalam kak ratna..tak leh nak komen la..saya tumpang komen kat ruang reply ni ye.akk sungguh menggoda la kuih akak ni.kegemaran saya tp lum pernah mkn yg ada cheese.nmpk menarik.
Deleteakak, nnt klu akak blk kg blh la nk kirim rempah tu.mmg berjahat nk beli.sbb nk blajar buat nasi dagang.terima kasih ye kak ratna sudi belikan rempah kari tu.hugs
salam kak madihaa.. sedapnyer bingka berlauk! tun x pernah makan lagi nih.
ReplyDeleteAssalamualaikum Madiha,
ReplyDeletecantiknya bingka cheese berlauk dia, Amie suka makan yang berlauk-lauk termasuk taam berlauk tapi entah bila nak buatnya.... tumpang jamu mata di sini ye Madiha....sedapnya!!!
KAK! sedapnyer... =)
ReplyDeleteAssalam kak,sy pernah wat bingka nih pas kak umi pos rcp dulu,mmg sedp bagi tekak sy,tapi cik abg sy pon xsuka gak,nape tah,pastu bagi jiran lah juga,kalo x,jenuh nak perabis..
ReplyDeleteSalam Kak MAdiha... sedap dan nampak sungguh menggiurkan.. macam terasa2 kat dalam mulut ni.... *sambil pejam mata membayangkan rasanya yang lemak dan enak tuuu..
ReplyDeleteSalam kak madiha...bingka cheese berlauk..nampk sedap je...nak try buat tapi takut anak x makan,anak2 iza ni pelik sikit,kalau makanan yg x pernah tengok,depa tak makan.
ReplyDeleteWaduh!..tak tahan gue tengok bingka cis ni..mesti terasa sangat lemak sedapnya...
ReplyDeletealahai...saya kalo bab cis mengecis ni mmg lemah anggota badan...mesti nk mengulang makan... lepas makan mula la menyesal :(
ReplyDeleteaduhh mana lak komen saya menghilang nie akk huhuh
ReplyDeletex per2 .. taip balik allalala
adoiii akkk , menu akk nie menggoda saya tul .. suke nyee kalau dpt cuba buat .. duk belek2 entah bile nak cuba buat bingka nie .. dah lah tuu cheese lak tuu .. umakkk aihhhhhhhhhh ;))
salam Madiha
ReplyDeletealahai.. sedapnya nampak..
Teringin jugak nak merasa.. nanti kalau ada masa nak cuba jugak lah!
best tu kak Ratna..br nk plan berdiet..bli baju baru..tp bila disarung tak muat pulak..mmg tanda2 membesar di sana sini...tp tekak ni pantang tgk mknn sedap2 semuanya nk ditelan!
ReplyDeleteSalam kenal kak,
ReplyDeleteSedap nampak bingka ni, prnah buat tp tak bubuh cheese.maybe lg up rasa dia kalau ada cheese ni..
salam kak madiha
ReplyDeletedah malam baru dapat singgah..dh habis la nie..he hhee aiiissshhh sedapnya kak..ada cis lg..x pernah rasa lg bingka yg camgini..memanggil2 pulak suruh menerai..:)
Assalam kak, sedapnya.saya pun rasa teringin gak nk buat bila tgk kak Yatie tayang dulu tapi belum berkesempatan lagi nak cuba.
ReplyDeleteSalam Ratna.belum pernah buat bingka berlauk gini.letak cheese tu lagi penambah rasa....buat lagi sedap.tadipun ada potluck ...masing2 bawa kuih.ada kwn bawa kuih...nampak mcm bingka berlauk mcm Ratna buat ni tp bila mkn rupanya tidak...sbb bawahnya mcm campur kentang sikit...lembik2..
ReplyDeletesedap nyer kak.. cam nak gigit gigit jekk.. huhuhu
ReplyDeletecheese2 ni yg tak tahan ni..............
ReplyDelete