Assalamualaikum....
Minta maaf pada kawan2 sekiranya dah lama daku tak bertandang ke blog kalian. Sekarang ni agak sibuk sikit kat ofis... biasalahkan rasanya mana2 ofis pun bila nak cukup bulan mesti sibuk punya. Sebab tu lately ni tak dapat nak blog walking sangat. Yang sempat mencelah.. sekadar update blog ni jer sebagai tatapan utk pengunjung setia ke sini. Itupun curi2 update semasa waktu lunch... Terima kasih pada semua yang masih sudi ke sini walaupun tuan rumah tak sempat nak reply komen.. tak sempat nak buat kunjungan balas.. mohon maaf sangat2 ye...
Petang semalam.. tengah dok sibuk kat ofis tiba2 pula dapat panggilan cikgu dari sekolah anak yang sulung mengatakan anak kurang sihat sakit bahagian pinggang. Bergegas pulaklah ke sekolah jemput anak masa tu lebih kurang pukul 2 petang. Memang pun kakak Dini tak berapa sihat batuk2 dah berminggu2, tapi takde pulak ada masalah kat pinggang dia sebelum ni. Pasal batuk tu dah bawak pun ke klinik tapi batuknya tak juga hilang. Alang2 dia mengadu sakit bahagian belakang pinggangnya semalam.. jadi aku terus bawak dia ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Terus mintak nasihat doktor pasal batuknya yang tak baik2 lagi tu dah hampir sebulan dah kot. Dah jenuh pergi klinik ambik ubat batuk.. biarlah doctor check betul2 kali ni.. Tapi banyak pula ujian yang perlu di buat kalau dah pegi hospital. Nak kena buat phlegm test, blood test & x-ray jugak. Tak apalah kan.. yang penting boleh tau apa sebab sebenar samada ada masalah yang kritikal atau sekadar batuk2 biasa je. Pasal masalah pinggang tu pun harap2 tak berlarutan.. So esok doc suruh pegi lagi utk ambil sampel darah dll.. seharianlah kami dua beranak kat PPUM tu.. mr. hubby pun tengah sibuk giler sekarang ni... tak dapatlah menemani kami ke hospital.. Tak kisahlah tu.. lagipun.. aku dah biasa dah kat PPUM tu.. warded pun dah 2, 3 kali.. hehe.. Masa mengandungkan ke tiga2 anak bila tiap kali nak checkup pun.. memang pegi sorang2 jer... sesekali je mr hubby teman itupun masa mengandungkan anak sulung.. yelah.. takkan tiap kali nak ke sana hubby nak kena ambik cuti kan.. so.. kenalah belajar berdikari.. mujur ler kaki ni panjang.. walaupun dah cukup bulan dengan perut memboyot nak cecah stereng.. masih lagi mampu drive sendiri... cuma bila nak naik tempat parking kat tingkat atas tu.. dulu2 agak mencabar sikit tau sebab tempat nak tekan ambik tiket tu.. betul2 dorang buat kat hujung bukit yg tinggi tu. Kalau tak betul2 cekap & cepat memang boleh terundur kereta & langgar lak kereta belakang sebab nak naik ke parking (kat bangunan trauma & kecemasan) kena naik bukit menjunam ko.. hehehe... tapi sekarang ni alhamdulillah.. tempat nak tekan tiket tu dah diubah ke depan sikit iaitu kat lantai yg dah rata.. jadi oklahkan.. taklah bahaya sangat.. mungkin ramai yang komplen kot.. ehh.. panjang lak melencong yer.. hehehe..
Oklah jom kita tengok resepi hari ni...
yang warna coklat muda tu le dulce de leche.... aku main taruk je bahagian adunan atas pastu kacau2 sikit...
Dah lama berkenan nak mencuba resepi dari Dulce de Leche yang begitu famous satu ketika dulu. Tapikan.. aku ni kan jenis yang berjimat cermat & tak suka membazir.. kalau nak buat sesuatu tu mesti fikir 10 kali.. hahahah.. Bab nak masak susu pekat tu selama 3 jam tu aku rasa macam membazirkan gas jer. Tu yang projek asyik tertunda. Kadang2 terfikir nak tunggu bila ada projek mengukus kuih aku nak tumpang masak susu pekat tu sekali. Tapi setiap kali buat kuih asyikkkkkkkk jer terlupa nak masukkan tin susu pekat tu. Huhh! Tibalah pada satu hari tu... mr. hubby bawak balik 2 peket kacang tanah. Ahaaaaaaa.... kali ni aku tak boleh lupa.. mesti kena ingat! Jadi masa merebus kacang tanah tu.. aku pun tumpanglah sekali rebus tin susu pekat tu sebabnya.. kalau nak rebus kacang tanah tu memang perlu merebus berjam2 barulah kacang tanahnya empuk. Jadi sedang moleklah kan.. hihihiiiii....
Cer tengok gambar kat bawah tu... aku tumpang jer rebus tin susu pekat tu bersama2 dengan kacang tanah selama 3 jam! Itulah cara kalau nak berJIMATTTTTTT GAS....! 2 in 1 gitu.. haha...
Resepi Dulce de Leche Brownies ni aku copy & paste dari blog Kak Zai. Sebelum2 tu dah tengok juga kat blog Alongroz, Hana & Kak Ayu... tp lom terlintas nak print resepi. Bila tengok kat rumah Kak Zai baru rasa mcm tak tahan godaan.. hehe.. Terima kasih pada nama2 yang disebut tu yer... mintak izin copy resepi terutama pada Hana yang merujuk resepi brownis ni kat SINI & SINI. Minta maaf kalau ada nama yang tak disebut ye mungkin terlepas pandang agaknya...
Dulce de Leche Brownies
Sources 1: Hana & Ayu S'pore
Sources 2: Kzai@Teratakimpian
Bahan-bahan
Sources 1: Hana & Ayu S'pore
Sources 2: Kzai@Teratakimpian
Bahan-bahan
- 115g butter
- 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
- 25g serbuk koko
- 3 biji telur L
- 200g gula - leh kurangkan-(Ayu gunakan 100g - MaDiHaA guna gula perang & guna 120 g)
- 1 sk esen vanila
- 140g tepung gandum
- 100g kekacang - hana x ltk (MaDiHaA letak walnut)
- 250g dulce de leche - hana kurangkan. main agak2 je amik gune sudu-(Ayu pun agak2, tapi lain kali nak scoop lebih sikit.)
Cara-cara
- Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
- Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
- Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
- Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
- Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan. Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
- Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.
kurang gelap! kurang masa merebus atau salah guna susu sebab susu pekat tu ada byk jenis jugak.. tapikan.. rasa memang sedapp!! pernah tak makan gula2 toffee? rasa benda ni sama mcm krim toffee yg ada dlm gula2 tu.. best!
Dulce de Leche
Bahan-bahan
- Susu pekat manis (guna susu jenis tin yg perlu buka guna pembuka tin ~ bukan yg jenis boleh buka pakai tarik mcm tin coca cola tu yer.. bukan apa.. takut jugak kalau2 tin tu meletop!)
- Pengukus
- Air
Cara-cara
- Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
- Masukkan tin susu ke dalam pengukus. Letak ditengah2 rack. (hana baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
- Tutup pengukus dan kukus selama 3jam atau lebih! lagi lama kukus, kaler akan makin gelap. Pastikan air kukusan tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
- Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
- Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.
Selamat mencuba!
salam kak madiha
ReplyDeletebz yer kak..almaklumlah dh nak ujung bulan nie..he hee sy ada jgk tgok resepi nie kak..tp mmg bab yg rebus sampai 3 jam tu yg x larat..camner rasanya kak?..mesti lbh sedap brownies tue
suka cara Ratna rebus dulce tu..hehehe...sama la mcm saya, sambil buat apam,boleh rebus nasi impit..hehehe... lepas ni saya nk rebus susu pekat macam Ratna buat tu...
ReplyDeletejenuh nak fhmkan apa fungsi rebus susu tu. baca byk kali bru fhm..hahaha
ReplyDeletemesti sedap nih..tp nk mmbuatnya tu mkn masa gk kan..
wahh kak madiha lame tak berdulce de lece...kt sini kene jimat susu pekat..sbb susu pekat org arab mcm susu cair pon ade...ehe..nmpk best aje brownies tuhh..kene kiv ni resepi nihh
ReplyDeleteSalam kak Madiha....Amboi..berbelit lidah nak menyebutnye tapi tak pa asal sedap dah leee...
ReplyDeleteKak Madihaa...sedap yer brownies ni...QH nk simpan resepi ni yer...tp mkn masa jugak ekkk nk rebus susu tu yer..
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeletesedAP sgt klu tgk versi2 coklat niee
hai dah menjadipun benda leche ni yer.sy tak terfikir lak nak rebus tin susu masa kukus apam lain kali kena wat lah ni.2 in 1
ReplyDeletelama dah yatie teringin nak buat brownies mcm ni, tapi tulah takut lecehlah plk nak wat susu mcm tu...tak confident gitewww....bila tngk k.madihah buat ni jadi terujalah pulak nak menerai...he3..
ReplyDeleteAssalam Ratna...adeeii rajinnya wat mende leceh2 nih...hehe... Akak smpai sekrg x terbuat2 dan x terpkir pun nak buat...Tengok je nampak sedap sekali brownies tu....tambah2 mood berblog dah mcm ke laut jer...kena stop dah nampaknya....ada hal yg perlu difokuskan dulu...
ReplyDeletekretif sungguh cara akak buat dulce le leche tu... tambah sedap brownies ada dulce le leche ni ye.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletemmg tabik dgn akak, sy x sanggup nk tunggu lama2 mcm tu...
kak,utk batuk anak akak tu try la bg madu original secara konsisten setiap hari..insyaallah akan hilang
Kak! Saya penah gak buat DDL ni dulu...penangan dak hana masa dia kt jepang lagi dulu tu...lama gila nk merebus...siap ada episod sambungan...heheheh..last2 buat cicah roti jer..sedapla sgt...berbaloi... Ni pulak buat bronis...apo laie..sah! Errr...sah kena hulur sini sikit! tak baik kedekut tau kak...kekeke...
ReplyDeleteSalam Ratna.nampak menarik brownies dulce de leche ni.nak cuba tak tahu bila sbb nak kena rebus tin susu lama betul.tp jimat Ratna rebus sekali dg kacang...
ReplyDeleteAslmkm. Mmg sedap giler broni.... eeeek tak tahan godaan... teingin lak nak buat lagi tapi sayang lak nak bazir gas.
ReplyDeletewahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... sedapnya
ReplyDeletekak, moga tak ada apa2 atas anak kak ratna ya...
ayu doakan y baik2
sdpnyalah terasa kcg2nya tuh hihhi..
ReplyDeletekak yg psl order tuh kalau kt area slayang boleh ker
Assalam ratna,
ReplyDeletewah miss this ddl brownies..sedap pada akak..akak dulu rebus dalam pressure cooker aje 45 minits..rebus sekali 4 ..heheh..the more ddl in the brownies, the more sedap ..rasa macam nak buat lagi ler...hehe
fai sanggup beli kak madihaa... x larat nk rebus sampai 3 jam... x cukup sabar, hihi...
ReplyDeletesuker tengok orang rajin masak dan buat kueh2 nie.. jeles giler tuuu... biler lah agaknya boleh camni ekk... nampak sedap..emmm.. :)
ReplyDeleteAs'salam Kak Madiha ....
ReplyDeleteNina pun dah lama terperam resepi nie. Bila nak buat mmg fikir 1000x bab merebus susu tuu...
Haii ..... bila lah turn Nina membuatnyer~~~
hehee
Sedapnya brownies tu Ratna..hulur2 la kat sini 3 slice tu..hehe..
ReplyDeleteOh ya,jangan lupa singgah ambik kat dapur Rahel ambik kalender bulan May ye..tq.