Assalamualaikum....
Pagi ni tak dapat nak celoteh panjang. Ada perkara yang perlu dibereskan. Masak Sup Sayur Calong ni bila ternampak di dapur Amie minggu lepas. Terus kecur air liur tambah2 memang dah lama sangat rasanya tak buat calong atau homemade fishball tu. Kebetulan pulak memang ada stok sayur sawi & 5 ekor ikan selayang atau ikan sardin. Terus jelah ku kerjakan... hehe.. Untuk pengetahuan.. homemade fishball ni tak sama dengan fishball dalam pasaran sebabnya fishball dipasaran tu dah bercampur dengan tepong dan pelbagai bahan lain. Fishball atau calong yang MaDiHaA buat ni langsung tak bercampur tepong & bila makan memang terasa ikan. Sebenarnya boleh juga kalau nak campurkan sedikit tepong jagung anggaran dalam 2 sudu besar untuk memegang tekstur supaya tak mudah hancur.. tapi masa buat semalam nak cepat sampai terlupa pulak.. hehe..
Resepi ni menggunakan resepi sendiri (resepi dari ma) tapi idea mencampurkan carrot yang didadu tu.. cedok dari idea Amie. Terima kasih ye Amie berkongsi idea. Sebelum ni tak terfikir pulak nak campurkan carrot dalam bebola ikan atau calong tu... nampak lebih sedap & berkhasiat pulak lebih2 lagi anak2 memang suka bebola ikan homemade & carrot tu. Sup sayur calong atau keluarga kami ringkaskan dengan nama 'calong' adalah masakan kegemaran arwah ayah. Syukur sebelum ayah pergi buat selamanya.. ma sempat masakkan lauk kegemaran arwah ni. Biasanya ma masak calong dengan mencampurkan bebola ikan dengan sayur sawi saja. Selepas arwah pergi.. bertahun2 juga ma tak masak lauk ni kerana hatinya terlalu sedih hinggakan tak sampai hati nak masak lauk kegemaran arwah.
Resepi ni menggunakan resepi sendiri (resepi dari ma) tapi idea mencampurkan carrot yang didadu tu.. cedok dari idea Amie. Terima kasih ye Amie berkongsi idea. Sebelum ni tak terfikir pulak nak campurkan carrot dalam bebola ikan atau calong tu... nampak lebih sedap & berkhasiat pulak lebih2 lagi anak2 memang suka bebola ikan homemade & carrot tu. Sup sayur calong atau keluarga kami ringkaskan dengan nama 'calong' adalah masakan kegemaran arwah ayah. Syukur sebelum ayah pergi buat selamanya.. ma sempat masakkan lauk kegemaran arwah ni. Biasanya ma masak calong dengan mencampurkan bebola ikan dengan sayur sawi saja. Selepas arwah pergi.. bertahun2 juga ma tak masak lauk ni kerana hatinya terlalu sedih hinggakan tak sampai hati nak masak lauk kegemaran arwah.
Jom kita tengok resepi sempoi ni.. Kalau nak tengok versi Amie.. bolehlah klik kat SINI ye.. Oh ya.. jangan tanya kenapa kami panggil calong sebab sejak dari dulu lagi bila ma masak untuk keluarga kami.. memang ma panggil lauk ni calong. Selain calong yang dicampur sayur macam ni.. di Terengganu juga terkenal dengan Mee Calong :-D Tentu ramai yang dah pernah mencubanya kan?
Sup Sayur Calong
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
1 ikat (secekak) sawi - potong & cuci bersih & tos
250 gm bunga kubis - potong floret & cuci
1/4 biji carrot - potong dadu
5 ekor ikan selayang - disiang, siat kulit & ambil isinya saja
2 sudu besar tepong jagung (optional ~ buat baru ni MaDiHaA terlupa nak letak)
2 sudu besar tepong jagung (optional ~ buat baru ni MaDiHaA terlupa nak letak)
garam secukup rasa
ajinomoto
serbuk lada sulah/lada hitam secukupnya
6 cawan air
Bahan tumbuk
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 cm halia
Cara menyediakan
1. Isi ikan dikisar dalam food processor atau blender kering hingga lumat. Campurkan isi ikan yang dikisar dengan 1 sudu besar bahan tumbuk. Campurkan sedikit garam, tepong jagung dan carrot yang dipotong dadu halus. Gaul & uli rata. Buat bebola sehingga habis.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumbuk lebihan tadi & kacau biar hingga wangi. Masukkan air & biar mendidih. Masukkan bebola ikan & biar hingga ia bertukar warna. Akhir sekali masukkan sawi, kubis bunga, serbuk lada sulah, garam & ajinomoto.
3. Bila sayur layu padamkan api & pastikan sup secukup rasa. Bolehlah dihidangkan panas2.
Baru je siap masak sayur ni.. anak2 mintak ratah... sampai tinggal setengah periuk dibuatnya.. sabor je ler... heee...
Selamat mencuba!
oooo... barulah saya tau calong tu apa... hehehe..
ReplyDeletenampak sedap kak, mesti sedap dimakan begitu saja.. :-)))
memang sedap diratah2 gitu jer... tu sebab sayur akak tinggal setengah piuk dikerjakan dek anak2.. sabau jelah.. heee...
Deleteuuuuu kak, sayur mak kita syalu masak masa kita kenit2 dolu! maklumla org ganu, dlm sayurpun nk ada ikan. Tapi biasanya letak tepung ubi je sket...jaman dulu tpg jagung mahal kot...:)
ReplyDeletesamalah kita.. inilah yg selalu ma masak dari kecik sampai dah besor jalor.. haha.... tp mak akak buat takde letak tepong.. 100% isi ikan.. akak jer yg memandai tambah tepong jagung.. kasi moden sket.. kekeke...
DeleteSalam Kak Madiha...Bila akak sebut calong ni, terus plak Sue teringat kg..Kalau tumis buh sawi macam ni memang kegemaran sejak berzaman tapi calong tu mak Sue akan tambah tpg sagu siket mcm buat keropok lekor tu..Dan masa terbaca pasal buh sayur dalam tu, tetiba plak Sue terfikir utk blend sayur dalam tu, sebab anak2 Sue xsuka sayur, pantang nampak sayur mesti taknak makan...ha ha ha kan dah mama diorang buat plan...
ReplyDeletesedapnya sup ni kak...saya pun suka buat sup bubuh ikan dan sayur gini..kalau ratah gitu pun sodap ni:)
ReplyDeleteSalam kak madiha!!! kita jap g nak belanja barang dapo nak beli beras capur2 tu sekali hihihi... kat sini mcm2 jenis ada :D nmpk sup akak, kita paling suke buat2 sup, tgh hari mkn dgn nasi, mkn malam pulak lawankan dgn mee hoon atau mee kuning hihihi... bezanyer mkn malam tinggal tambah telur sahaja tp sup yg sama, dasar pemalas kikiki....
ReplyDeletekak madihaa.. nmpk sgt sedap! tun kalau bab2 perisikan ikan ni mmg lemah betul. xtahan nnti hanyir. even kalau teringin makan pun, virus M tu mengatasi. teruk kan? huhu
ReplyDeletebestnyer sup ni...saya suka sangat...selalu tak sempat pun makan ngan nasi...ratah jer...
ReplyDeletesedapnya calong tu kak long teringat zaman kecik2 klu mkn calong ni berebut nok2 ari hjn pulok.
ReplyDeleteeh kak long dok tau ke kita ada darah cina?memang moyang kita ni dari yunan lepas tu dtg niaga kat sini melalui laluan sutera tu yg ada kena darah arab sikit tu tp kita cucu cicit ni lebih ke darah cina sbb tu seme mata sepet2 walaupun kulit gelap(sib baik kita ni tak gelap sgt yer kak long klu tak takdelah org ckp cina dgn kita)
kak long balik dok dungun minggu ni klu blk blh ler buat asrong tu kat sana itupun klu kak long ada stok ler he..he..
salam kenal kak...sy dah lama kenal akak dari zaman akak ngn fotopage lagi... your cooking n recipes always inspire me...thanks ;)
ReplyDeleteSalam kak,dah kecur ayaq liur ni,nengok sayur akak,nama sayur akak ni first time iza dengar..ketinggalan bas kot...
ReplyDeletebab masak sup memang best...
ReplyDeletepernah try masukan pelbagai bebola ikan memang sedap...
saya suka sup calong ni..sdapnya..makan dgn bihun ke mee ke sedap betul...:)
ReplyDelete