Tuesday, May 8, 2012

Mee Rebus Cik Ani (Bonda Chef Wan)


Assalamualaikum...


Salam sejahtera buat semua... Alhamdulillah.. masih berkesempatan untuk menjenguk di sini sekejap.  Tak dapat nak berceloteh panjang sebab masih ada kewajipan lain yang perlu dilunaskan.

Entry ringkas saja kali ni... sekadar berkongsi resepi Mee Rebus Cik Ani yang dibuat hampir 2 minggu lepas.  Cik Ani ni sebenarnya bonda kepada selebriti chef kita yang terkenal iaitu Chef Wan.  Resepi ini MaDiHaA ambil dari blog Yatie Memories yang sangat rajin memasak pelbagai menu untuk keluarga tersayang.  Memang tak rugi kalau masuk ke blog Yatie sebab ada ribuan resepi yang sedap2 belaka.  Tambah2 kalau nak mencari resepi2 kuih kukus... ada bermacam2 resepi kuih kukus yang Yatie hidangkan di sana... pilih saja mana yang berkenan.. hehe...

Menurut Yatie.. resepi ni telah dikongsi oleh saudara Che Mat Gebu.  Jadi kepada kedua2nya diucapkan terima kasih.  Terima kasih juga kepada bonda Chef Wan yang perturun resepi mee rebus yang sedap ni.  Bertambah2 anak2 makan..


Mee Rebus Cik Ani
Resepi : Bonda Chef Wan
Sumber : Mat Gebu & Yatie

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg mee kuning
  • 150 g taugeh, buang ekor
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 pokok daun sup, hiris
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
  • 6 biji limau kasturi, belah 2 (MaDiHaA guna limau nipis)
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus*
BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
  • 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
  • 5 - 6 cawan air
  • 500 g keledek
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 sudu besar udang kering*(Yatie tambah) (MaDiHaA tak guna)
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH MEE REBUS :-
  1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
  2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
  5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
PENYEDIAAN MEE REBUS :-
  1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
  2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
  3. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera....


Selamat mencuba

25 comments:

  1. sy pernah buat ni! folo dr chef wan sendri..dia masak kat channel best wan =)

    ReplyDelete
  2. sedapnyer.. kalau resepi dr chef wan mmg sedap2.. baru nk mintak tumpang makan, buat 2minggu lepas ye.

    ReplyDelete
  3. nmpk sedap mee rebus...teruja pulak nk mcuba...teliur dh ni...

    ReplyDelete
  4. Wow..sedaptu mee rebus..rindu nak makan sup2 la pulak..ehehe..

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak..dah lama x makan mee rebus:)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Madihah,
    waduhhhhhh2 buat Yatie terliur je tngk mee rebus ni, lama tak buat mee2 mcm ni...kalau buat mmng tak makan nasi punyerrrr..sedap makan ulang2..kan...

    ReplyDelete
  7. baru tgk gambar dh rasa terliur... msti nk cube nih

    ReplyDelete
  8. SAlam Kak MAdihah... wah lama tak jengah dapur akak... ada mee rebus laa.. sedapnya!!!!!

    kecur dah ni... ada daging pulak tu.. hadoiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  9. adoiiii..tiba2 plak teringin nk makan mee rebus...takpe, petang ni ada pasar tani...bleh cari kat sana...hehehe...

    ReplyDelete
  10. Memang satu dua hari ni ada teringin mee rebus. Nampak gaya kena buat jugak ni:)

    ReplyDelete
  11. Amie suka sangat kuah mee rebus... entah mengapa! Tak tahu apa sebab, tapi kalau jumpa mee rebus memang habis tertutup segala bahannya dengan kuahnya!

    ReplyDelete
  12. Assalam kak, saya pun dah buat mee rebus chef wan ni memang sedapla tapi belum n3 lagi...tgk akak n3 ni baru teringat pic tak edit lagi...hehe

    ReplyDelete
  13. Erkk....teringin plak dahh...tapi saya pun suka kak mi rebus nih...

    ReplyDelete
  14. mee rebus ni memang antara terbaik...
    mas sukaaaaaaaa........

    ReplyDelete
  15. Saya memang tak pandai masak...hehe... izin copy resepi akak ni yer,nak try buat TQ ;)

    ReplyDelete
  16. Nak kena bookmark resepi awak ni.
    Nanti bila gali keledek teringin nak buat mee rebus:).
    Meleleh tengok.

    ReplyDelete
  17. Hari ini nak buat mee rebus tengok resepi Kebetulan bawa balik keledek dan kacang tanah dari Sabah.

    ReplyDelete
  18. klau tak letak tauco blh tak?rasenye sedap tak?klau tauco tak ada blh ganti dgn ape?tauco blh dpt dkt mne?

    ReplyDelete
  19. Sedapnye mee rebus cik ani.. terus rs nak buat.. nyum nyum..

    ReplyDelete
  20. Sedapnye mee rebus cik ani.. terus rs nak buat.. nyum nyum..

    ReplyDelete
  21. Tq akk share resepi..da cb buat mmng terangkat..☺

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. resepi ni sama ngn resepi mee jawa mak saya.. mkn dgn cili jeruk.. lg sedaaapp

    ReplyDelete