Assalamualaikum....
Selamat hari ibu buat semua ibu2.. terlewat sehari nampaknya.. hehe.. tak mengapalah kan dari tak diucapkan langsung.. Semalam tiada agenda menarik berkaitan hari ibu sebab semalam daku berada di padang kerana sekolah tadika anak bujang mengadakan Sukaneka 2012. Dari pagi hingga ke tengahari di lokasi sukaneka melihat anak2 comel beraksi. Tahniah pasukan merah kerana menjadi juara.. pasukan abang Haziq untuk kategori 6 tahun (pasukan merah dari kelas Sunflower) pun jadi Johan juga... Merasalah abang Haziq dipakaikan medal 'emas' berserta hadiah iringan berupa 1 set pensel, buku nota kecil & pensel warna.. selain itu dapat juga 1 set Mc D Happy Meal untuk mereka semua. Semasa anak2 menerima hadiah.. ibu2 pun diberikan juga goodies bag sebagai hadiah hari ibu... Thank you teacher.. hehe... Buat ma tersayang.. hanya ucapan melalui telefon saja yang mampu diberikan.. insyaAllah.. cuti sekolah nanti kaklong balik... ada hadiah untuk ma... tunggu tauu.. hehe..
Hari ni badan agak lemau.. biasalah bila usia dah bertambah ni.. dah tak macam dulu2 lagi. Badan agak manja sikit.. asal renyah banyak sikit mesti cepat rasa letih.. Walaupun gitu.. insyaAllah.. kewajipan menyediakan hidangan untuk keluarga tak pernah diabaikan...
Untuk hari ni.. sekadar berkongsi masakan beberapa hari yang lepas. Kawan2 pernah nampak pokok ini?
Gambar dari google.
Mesti ramai yang tak kenal kan? Daku sendiri pun rasa2nya inilah pertama kali nampak bila abang bawa balik tempohari. Mula2 tengok sekali imbas ku sangkakan ini sayur daun turi. Ku belek2 daunnya.. mengapa halus2 pulak & kudup bunganya pun berlainan. Sah2lah ini bukan turi.. hehehe.. Bila abang bagitau barulah ku tahu ini Kangkong Puteri. Kata abang.. pokok ini habitatnya di dalam air. Daunnya persis daun pokok semalu.. tapi dia tak berduri! Kata abang.. orang yang tinggal di bandar memang tak tau pokok ni boleh dibuat sayur melainkan mereka betul2 berasal dari kampong! Abang beli sayur tu dipasar malam & penjual tu minta abang meneka nama sayur tu.. bila abang jawab betul.. dia senyum seraya berkata tak ramai yang kenal nama sayur tu.. ramai yang sangkakan sayur tu sebagai pokok semalu... hehehehe... Memang betul pun rupanya serupa.. cuba tengok sayur yang abang ku beli kat bawah tu.. serupa pokok semalu yang dah kuncup tu kan?
Tengok kudup bunganya tu... serupa dengan gambar dari google tu kan?
Kelmarin sempat ku gogel2 nama kangkong puteri & keluarlah bermacam2 gambar & nama saintifik bagi kangkong puteri ialah Neptunia natans. Bila ku mms gambar kangkong puteri tu pada adik.. katanya pokok ni pernah tumbuh dalam kolam air masa arwah ayah berkebun dulu tapi adik tak pasti apa namanya. Ma pun pernah memasaknya. Adik kata dimasak lemak putih campur dengan keledek sedap! Ohh!! Rupanya aku je yang tak kenal sayur ni... mungkin kejadian tu waktu aku dah berhijrah ke Selangor gamaknya.. sebab tu aku tak tau hehe.. Untuk pengetahuan kawan2.. bila siap di masak si kangkong puteri tu.. baunya serupa dengan bau petai.. aduhssss... mungkin peminat2 petai sukakan sayur ni.. tapi aku agak kurang gemar. Jenis2 sayur yang hidup sendiri ni.. (maksud ku sayur/kategori rumput yang hidup sendiri tak perlu ditanam tetapi boleh dimakan) aku lebih sukakan sayur meranti walaupun pahit tapi sedap! Pucuk paku hijau atau pucuk midin pun aku suka.. hehe...
Kat bawah tu rupa sayur yang dah siap dimasak. Aku sekadar gorengkan saja dengan bawang merah, bawang putih, cili padi & ikan bilis. Kena masak lama sikit sayur ni sebab ia agak susah nak empuk terutama bahagian pelepahnya yang halus tu...
Kangkong Puteri Goreng Pedas
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
2 ikat kangkong puteri ~ diambil bahagian pelepah daunnya sahaja
1 kiub ikan bilis
garam secukup rasa
Minyak utk menumis
secukup air
Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
sejemput ikan bilis
Cara memasak
1. Sayur yang disiang direndam seketika. Sauk sayur ke dalam tapis. Lakukan hingga 3 kali untuk memastikan semua bendasing yang melekat pada sayur dapat diasingkan.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan kiub bilis & air (air biar lebih tak mengapa kerana sayur ini perlu dimasak lama sedikit untuk mengempukkannya).
3. Masukkan kangkong puteri & kacau2 hingga rata. Masak hingga sayur empuk. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat & hidang.
Selamat mencuba!
dah dimasak sedap pula nampaknya...
ReplyDeleteQhaifa.. kalau peminat petai mesti suka dengan sayur ni rasanya...
DeleteFirst time dengar nama dan tengok rupanya...
ReplyDeleteHazila.. samalah kita pun first time juga nampak & dgr namanya..
Deletepernah tengok tapi tak tahu nama.... :)
ReplyDeletecahaya pernah nampak ye? akak tak pernah nampak sebelum ni rupa2nya adik ckp dlm kolam kat kebun arwah ayah akak dulu ada rupanya pokok ni.. hehe..
DeleteTak silap orang panggil Pucuk Setangki. Buat masak lemak sedap ni. Dia hidup tetepi parit selalunya Kak Madiha. Masak ngan ikan masin pon sedap. Selalunya buat masak lemak putih. Ermm....
ReplyDeleteAbbot.. ada nama lain ye? mungkin juga kan sebab lain tempat lain panggilannya... orang2 tertentu je yg pandai masak sayur ni rasanya.. & memang adalah yg pernah makan.. kalau tak takkan abang pasar mlm tu jugal kan? hehe.. adik akak pun ckp dimasak lemak + keledek sedap!
DeleteSalam Madiha..macam daun turi ya
ReplyDeleteKak Paty.. sy mula2 tengok pun ingatkan daun turi juga.. tp bila chek kudup bunganya tu.. sah2 bukan daun turi.. hehe..
Deletemacam daun turi. rasanya belah2 sini panggil daun turi kot
ReplyDeleteLya.. daun turi atau pucuk geti lain dik.. daun turi agak lebar sikit berbanding kangkong puteri ni.. ia lebih halus mcm daun pokok semalu... selain daun.. tengok bunganya pun dah boleh dibezakan... hehe...
Deletepertama kali tahu nama pokok ni, biasa nampak di gerai-gerai yang jual sayuran kampung.. sedap tak?
ReplyDeleteSari... sayur ni baunya macam petai... hehehehe... akak bukan penggemar tegar petai jadi akak kurang suka dengan sayur ni.. hehe...
Deletefirst time dengar nama pokok tu..ingatkan pokok semalu.
ReplyDeletehijaudaun.. memang persis pokok semalu kan? cuma bunganya saja berbeza warna... & pokok ni tak berduri..
DeleteKak,Rahel pun tak pernah nampak kangkong puteri ni..tapi memang sama la dg semalu..mesti sedap bab dah kena tumis pedas...
ReplyDeletesalam..klu kat kpg saya nie dipggl pokok keman...pokok nie mmg hidup kat air & slalu byk kat parit la...klu masak plak, mak sye slalu buat masak lemak cili api.. :)
ReplyDeleteassalam madihah, oh namanya kangkong puteri, pernah nmpk kat pasar mlm, x pernah lak nk beli sbb x tau nk msk apa hehehe byk yg taknya. mesti sedap ni kalo mak2 yg msk sayur ni
ReplyDeletesalam kak madiha.. ha'ah laa.. mmg nmpk mcm pokok semalu.. saiz pun sama ngan semalu ke?
ReplyDeleteSelamat HAri ibu buat kak long gak
ReplyDeletekita ada lebih sikit sbb anak2 panggil kita ibu jd tak janggal utk dia org sebut hari ibu walaupun tak paham sebenarnya.
kembar duk ingt besday ibu ha..ha..belasah ajelah
pasal citer2 sensasi tu..
mgkin kak long kenal kot org tu sbb kak long kan slalu dtg bila kita org buat mkn2 dan rasanya ada gak sembang2 kot tp biarlah menjadi rahsia siapa org nya tp klu nak tau citernya bila2 ada masa blh lah sy citer kejadianya
sayur tu rasanya tobat ingt pokok rok aje klu sy.memang ada gok jupe klu blk p.serai
nasi briani siam tu mcm berkenan aje.lagi pun stok beras basmathi ada lagi + stock rendang tok byk lagi blh lah wat
mkn besar sekali sekala kak long,ikut mood bos dah lama dia ajak sy yg malas nak gi rasa membazir lak.smlm punya mkn pun blh byr duit rumah 2 bln.
hari ibu thn ni mesti best kan iyelah dpt durian gugur
kat n9 panggil pucuk tangki.. kalo tgok kat kolam dia macam ada span kat batangnya.. biasanya org n9 akan campurkan sayur ni dengan ikan sembilang salai masak lemak cili api ^_^
ReplyDeleteassalamualaikum k.madihah
ReplyDeletekami org n9 pggl sayur ni pucuk tangkih...sayur ni ada pelampungnya sendiri dan mmg hidup kat air...sedap wat masak lemak kuning...wat pedas2 campur sikit ikan bilis.
azlina
ohooo namanyer kangkung puteri yek kak, dana tak ingt nama syr ni tp dulu2 pnh nmpak, mak bgtau sbb dia mmg bau akan2 petai n tumbuh kt dlm kolam@parit, boleh dibt ubat...
ReplyDeleteSaya pertama kali tengok sayur ni.
ReplyDeletemenarik mesti banyak khasiat.
ayu mmg first time tauuu
ReplyDelete\
rasanya pasti sedap
selamat hari ibu bt kka ratna
Dulu masa sy kecik2 byk sgt kangkung ni tumbuh kat parit tepi rumah saya,SElalu bonda sy tumis buh air sikit..Dah lama tak makan sayur ni.
ReplyDeletesalam kak madiha
ReplyDeletex pernah jumpa lg kak..camnie upanya..mesti sedap goreng2 camtu..klu kita dpt sayur suka ratah2 jer..:)
sayur ni byk tumbuh kt parit kt kpg suami sy kak ratna..dia penah gak tanya sy kenei k kangkung puteri..mmg le sy tak penah dengo..katanya sedap...sy ni tak tau plak baunya cam bau petai...tak nk le mkn kalo baunya cam gitu..hehehe
ReplyDeletecantik nya kangkung puteri tu... betol tu macam daun turi...
ReplyDeleteaha la Kak Madiha..cantik bunga kangkung puteri tu...hehe...QH mcm xpenah tgk kot...mcm jakun aje kan...hehe...mkn pon rasanya mmg cfirm xpenah...bleh dptkan kt mne yer...nk cuba rasa la...mcm sedap aje tgk akak masak mcmtu...
ReplyDeleteSalam Kak Ratna cayang.. sha tak pernah makan sayur ni dan tak pernah jumpa.. tapi nampak betul-betul luar biasa..
ReplyDeletemana nak cari yaa?? kat pasar ada tak?? teringin jugak nak mencuba ehehee
assalam kak, selamat hari ibu yer.sedapnya tgk kangkong tu tapi saya tak pernah mkn lagi.
ReplyDeleteassalam
ReplyDeletetak penah makan dan firstime dengar nama kangkung puteri ni he he
sedap tak kak, macam kangkung biasa tu ke?
Assalam kak..sy pernah mkn sayur ni..rasa2 petai sikit..kalu masak lemak cili padi ngan ikan sepat or puyu lg sedap... sy mkn ni masa kan kg ayah sy kat tanjung karang,selangor... Org sana panggil daun sesupan...
ReplyDelete