Assalamualaikum....
Alhamdulillah.. dah petang ni barulah ada sedikit ruang untuk update hari ni.
Takyah mengomel panjang lebar ye... masa pun tak begitu mengizinkan. Jadi terus je nak kongsi resepi Nasi Komok aka Khao Mok Gai yang sangat sangat sangat sedap ni... hehehe...
Sebenarnya dah lama simpan resepi bila nampak Kak Ayu buat tayangan tempohari. Tapi belum ada kerajinan nak membuatnya. Tapi bila nampak ramai kawan2 yang buat dan semuanya puji sedap... haiii... tak boleh tahan juga dengan godaan demi godaan.. jadi.. buat jugalah walaupun kat rumah takde stok beras basmathi masa tu.. huhuhu.. Jadi hanya berbekalkan beras biasa.. alhamdulillah.. menjadi juga Nasi Komok ni... cuma rupa nasi tu tak menarik sangat ler sebab berasnya tak nampak panjang2 macam nasi dari beras basmathi... lenkali boleh buat lagi sebab sangat sedap & kena dengan selera ku & anak2. Mr. Hubby macam biasa kalau nasi berperisa ni.. dia sekadar makan jer.. sebab dia bukan peminat nasi berperisa.. hehehe.. Bagi aku.. walaupun nasi ni kering & tak berkuah.. tapi ianya cukup sedap bila digandingkan dengan sambal. Tambahan acar mentah sahaja dah buatkan sajian ini lengkap & berselera bila menikmatinya. Cuba ye pada yang belum mencuba tu.. insyaAllah.. mesti semua suka..
Terima kasih kepada penyumbang awal resepi iaitu Azian. Manakala resepi ini aku ambil dari blog Kak Ayu di Singapore. Thanks kepada semua! Dah ramai juga kawan2 yang dah mencuba... alhamdulillah.. dapat juga merasa Nasi Komok bila ada alternatif campuran rempah yang boleh dibuat sendiri... ku kongsikan resepi kat bawah ni yer...
- 2 sk serbuk kari ayam/daging
- 1 sk serbuk kunyit
- 1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih - 1/2 sk serbuk jintan manis
- 1/2 sk serbuk kayu manis
- 1 sk garam
- 1sk gula
Bahan2
Nasi
- 5 cawan beras basmathi - MaDiHaA guna beras biasa je
- 4 sudu minyak sapi
- 4-5 ulas bawang merah*
- 1 Inci halia*
- 4 Ulas bawang putih*
- 3 batang akar ketumbar
- 2-3 Sudu rempah komok
- 200 ml susu cair
- 1 ekor ayam -
- 8 cawan air
- garam secukup rasa
- Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
- (*Hiris benda bertanda*)
Cara2
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, MaDiHaA lumur dgn lebihan rempah komok, garam & serbuk kunyit). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, MaDiHaA lumur dgn lebihan rempah komok, garam & serbuk kunyit). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.
Bahan Sos
Cili
- 1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
- 6 biji cili merah*
- segenggam cili padi*-(Ayu tambah MaDiHaA tambah juga)
- 4 ulas bawang merah-(Ayu tambah MaDiHaA tak letak ni)
- 2 Ulas bawang putih*
- 4 tangkai daun ketumbar*
- gula, garam, cuka - secukup rasa
Cara2:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.
Selamat mencuba!
akk dtg bwk piring nie..nk cubit peha ayam tue..mabless..kita simpan resepinya jgk..nnt2 mmg nk buat..:)
ReplyDeletetgk gaya cam nasi ayam kan kak... huhuhui cume takde sup je
ReplyDeleteasslm kak Madihaa...QH dh sedikan bekas tepen dh ni 3 tgkt lg...asing2 ehhh...hihihi...sedapny...remuk hati tgk...kecur sesgt...nk hujan tetiba pulak perut jd lapo...
ReplyDeletenasi ni memang sedap walaupun masa buat tu x cukup setnya. baru tadi bagi lebihan rempah komok tu kat member, dia pun teringin nak rasa gak... ^^
ReplyDeletekak madihaa..mieza pun dah cuba nasi ni..sedap sgt..insyaAllah nak wat lagi dan lagi :)
ReplyDeletesalam kak madihaa.. mmg sedap nasi komok ni.. tak puas makan aritu..
ReplyDeletebila laaa saya nak cuba ni kak... Insyaallah 2-3 hari ni mesti nak buat jugak nasi beriyani siam nih...tq 4 sharing...dtg cni nak amek resepi snow pudding...dah naik kecut buah stoberi saya dlm esbok...halal resepi nye ye kak ;)
ReplyDeleteya salammm... perot ku tgh berkeroncong lagu ala dondang sayang kakak cayang oiiii... lapoooooo...
ReplyDeleteSalam Kak Ratna..sedap nasi komok ni kan..xpuas mkn :-)
ReplyDeleteMemang plan nak buat lg..nak try resepi ijah siam tu pulak kot..tp yg resepi ni mmg mantop yer kak.. nmpk sedap sgt kak!
ReplyDeletesalam kenal...macam sedap jea tgk nasi ni...boleh cuba nanti
ReplyDeletecamne rasa nasi komok ni kak ratna? cam nasi ayam le kot...isy...tak bole jadi ni..bila la nk join komok-komok ni..
ReplyDeleteha aahh.. macam nasi ayam tapi mesti rasa lain kot.. sedapppppp ni..
ReplyDeletesalam kak... nak tnye, rempah komok tu nak beli kat mne ek?
ReplyDeleteW'salam Adamluvajah...
DeleteResepi campuran rempah komok telah disertakan bersama2 resepi Nasi Komok di atas... semua rempah2 yang dituliskan tu mudah didapati di pasaraya..
Salam Madihaa...
ReplyDeletemesti sedap kan sbb ramai yg dh mencuba nyer...
nasik ni sedap gakla..lg sedap kalo ada org tlg masakkan..kikikiii
ReplyDelete