Assalamualaikum..
Bersua lagi kita hari ni... Apa khabar semua? Harap2 semoga semuanya sihat2 belaka hendaknya. Di tempat kami (Petaling Jaya) sekarang ni... keadaan berjerebu masih lagi kelihatan walaupun angka IPU (Indeks Pencemaran Udara) dah sedikit berkurangan berbanding beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah.. IPU pagi ini mencatat bacaan 60 berbanding angka tidak sihat 2, 3 hari sebelum ini yang agak tinggi hingga mencecah ke angka 130!. Harap2 cepat2lah jerebu ni berakhir.. Sekarang ni kena kurangkan aktiviti luar & kena banyakkan minum air kosong...
Oklah... hari ni berkongsi resepi Sambal Ikan Tongkol atau Ikan Aye yang di masak seminggu yang lalu.. Ikan tongkol ni.. masak apa pun memang aku suka! Resepi kali ni ambil dari blog Cikgu Amie yang sangat rajin memasak! Biasanya kalau nak buat sambal ikan aye merah gini.. aku suka ikut resepi sambal cara orang Terengganu (biasa dimakan dengan nasi lemak kat Terengganu tu..) dengan merebus dahulu ikannya dengan asam keping & garam... tapi kali ni tukar selera sikit.. kita ikut cara Cikgu Amie pulak.. hehe... Terima kasih Amie berkongsi resepi ni ye... mintak halal kita ambil resepi ni.. Rasa sambal ni nampaknya tak banyak bezanya dengan sambal yang biasa aku masak. Cuma tekstur & rasa ikan saja yang agak berbeza.. tapi sambalnya sama sedap! Yang penting mesti secukup rasa pedas, masin & manisnya & ikan tongkol pulak.. mesti pandai pilih ikan tongkol jenis yang lembut tu... barulah best!
Minta izin ye Amie kita letak resepi kat sini.... terima kasih!
Sambal
Ikan Tongkol
Resepi : Cikgu Amie
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan:
6 keping
ikan tongkol (MaDiHaA guna 4 kpg je.. so dpt sambalnya lebih sikit)
garam
secukupnya
gula
secukupnya
1 sudu teh
kunyit
2 batang
serai - diketuk
minyak
1sudu teh
pati asam jawa
3/4 cawan
air
Bahan kisar:
15 biji cili
kering
5 biji
bawang putih
7 biji
bawang merah
1.5cm
belacan
Cara:
1. Lumurkan
ikan tongkol dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan
sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan
air, pati asam jawa dan serai.
4. Masukkan
ikan tongkol yang telah digoreng. Biar masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan
garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api
dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
bagus ni, ada dua tiga ketui ikan goreng semalamm bolehlah disambalkan gini kan...sambal tu begitu menyelerakan..iskkk lapar suda
ReplyDeleteBolehlah cuba resepi ni nanti,selalunya ikan tongkol masak gulai aje.Nampak sungguh menyelerakan.
ReplyDeleteTe4rima kasih Madiha kerana sudi cuba resepi kami... memang di tempat Amie terkenal dengan sambal ikan tongkol tapi mungkin cara masaknya pun lain-lain. Amie pun belajar kenal ikan tongkol yng keras dan lembut dari entri Madiha juga he he he hh, jadi sekarang ni kalau nak beli ikan tongkol pilih yang lembut aje.
ReplyDeletelady suka andai ikan ayer tu digoreng separa msk dahulu baru ditumis.. sedap.. ikan akan jadi lebih keras..
ReplyDeleteDh cuba...best...tank u tuan rumah kongsi ilmu..👍
ReplyDelete