Assalamualaikum & selamat pagi semua...
Dah sarapan semua? Jom hari ni kita sarapan menu yang mudah & sihat ni... Walaupun mudah.. tapi ianya sangat sedappp!
Idea menu breakfast ni ialah dari adik Maslina Wahab yang berkongsi di blog beliau tak lama dulu. Terus berkenan nak mencuba... walau pun menu ni mudah.. tp tak pernah pulak datang idea nak buat menu macam ni utk sarapan pagi. Kalau ada pun.. hanya buat telur hancur gitu je (takde sayur2 lain). Kalau nak tahu.. Maslina ni merupakan kakak kepada Effa sahabat baik anak daraku di sekolahnya. Malah Dini dengan Effa bukan saja sekelas.. tapi juga duduk bersebelahan. Suka sangat tengok Effa.. setiap petang bila jemput Dini kat sekolahnya.. 3 sahabat baik.. Dini, Effa & Farah mesti berjalan sama2 keluar dari sekolah. Effa mesti senyum bercampur excited bila nampak aku dan adik2 Dini. Effa suka sangat usik2 Alin.. dipicit2nya pipi Alin tiap kali bertembung... hehehe... Haziq pulak.. selain dah mesra dengan Effa.. mesra juga dengan ayah si Effa tu sebab ayahnya selalu je pimpin tangan Haziq bila nak ke kereta.. (kami parking kereta jauh sikit dari sekolah) Kata pakcik Wahab... dia takde anak lelaki.. ketiga2 anaknya semua perempuan... selalu jugaklah dia dok usik2 budak tu nak ajak pegi rumah dia.. hehe..
Kata pakcik Wahab lagi.. anak2nya suka tengok gambar anak2 aku.. selalu dorang bukak kat FB.. hehe.. dua beradik Maslina & Effa ni pun dah add aku jadi 'friend' dia kat FB... Kawan anak2 pun dah jadi kawan maknya jugak... zaman serba canggih kan.. apa pun boleh.. hehe...
Pada Maslina.. terima kasih ye berkongsi resepi ni.. Acik minta izin letak resepi kat sini... (tapi acik ikut sukatan yang acik buat) patutlah korang semua suka.. dari kecik sampai sekarang tak pernah jemu... sebabnya memang sedap! Dini pun suka juga... blehlah buat selalu nanti.. senang kerja acik pagi2.. hehe.. Kirim salam kat mama nanti ye... thanks untuk resepi ni..
Scrambled Egg With Peas
Resepi : Maslina Wahab
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
1 tin kacang peas besar
4 biji telur
garam secukup rasa
sedikit renjisan lada sulah
minyak secukupnya
Cara menyediakan
1. Pukul sedikit telur bersama sedikit garam & lada sulah.
2. Tapiskan kacang peas & ambil kacangnya sahaja.
3. Panaskan minyak lalu masukkan telur & kacang peas. Kacau sebati sehingga telur beku & menjadi telur hancur.
4. Siap & bolehlah dihidangkan begitu saja atau dengan roti atau boleh juga dimakan dengan roti, sos cili dan mayonis.
Selamat mencuba!
stuju kak... simple tp best
ReplyDeletewahhh resepi mudah tp sedap..best tu kak:)
ReplyDeletesalam Madiha,resepi sihat ni makan banyak pun ok je ni sedapp tu nampak telur dan the gang dia..
ReplyDeleteassalam k.madiha
ReplyDeletesedap ni, wat breakfast sedap, cepat dan ringkas he he
selalu telur hancur makan ngan roti je feberet anak ke2
nanti nk try letak kacang peas pulak, mesti lagi sedap kan
wah..menu simple tapi sedap ni..gue suka..nyum nyum..
ReplyDeleteAssalam ratna,
ReplyDeletemenu yang cepat & simple lagi sedap..
menu favourite akak juga ni..
Salam, Kak Ratna.. ooo.. sy selalu tak letak peas, lepas ni boleh guna idea Kak Ratna ni.. mesti lagi sedap ;-)))
ReplyDeletemenu ni memang saya suka simple dan penuh khasiat...
ReplyDeletesedapnya...
salam kak madihaa.. tun kalau peas dlm tin nih, buat meratah depan tibi.. haha.. mmg suka makan, tp jarang2 beli.
ReplyDeleteAs'salam Ratna
ReplyDeletekalau menu macam ni anak2 pasti suka. ct kalau buatkan set dia lengkap. ada hotdog, telur hancur, salad dan kacang panggang kentang goreng haa..memang tak payah makanlah tengahari tu..hehehe kenyangggg!
sedap ni kak....tapi sah2 lieya sorang jek mkn kacang peas...anak2 lieya kuat mkn tapi tang kacang peas mmg sanggup sisih ke tepi pinggan ....dulu rajin beli mix vegi tu, skrang tak beli dah sebb dieorg suke kacang peas nie...pelik tul...kacang tu kan sedap....
ReplyDeletemmg sempoi & mmg sangat sedap..
ReplyDeleteasslm Kak Madihaa...kreatiff...mmg sempoi menu bfast ni..biase jugak buat...tp xpenah pulak letak kacang peas kt telur tu...psni bleh cuba ubh gitu pulak...
ReplyDeleteSalam kak madiha..kacang peas,memang sedap kalau iza...ratah gitu je..
ReplyDeletekacang peas shj laen dgn kacang peas yg mix vegi...even mkn nasi goreng yg ada kacang2 pon sy letak tepi..tp kacang peas breakfast ni sy mkn...
ReplyDelete