Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua...
Pejam celik pejam celik.. dah pun masuk 7 hari kita berpuasa. Alhamdulillah daku sangat bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik & dapat menjalani puasa dengan mudah. Abang Haziq pun nampaknya setakat ni belum lagi ponteng puasa walaupun kadang kala ada juga cubaan untuk berbuka tu... Tapi bila dipujuk2 akhirnya berjaya juga habiskan puasa hingga sampai waktu berbuka. Berpuasa tahun ni nampaknya tak seperti tahun2 yang lepas. Hati ni sentiasa terasa sayu & sedih mengenangkan dugaan yang sedang kami lalui... Nak menyambut raya pun seakan2 tiada semangat. Ya Allah kau permudahkanlah urusan kami ya Allah... Amin ya rabbal alamin...
Oklah.. kita lupakan sejenak akan kesedihan yang sedang MaDiHaA lalui.. Kita teruskan dengan resepi yang nak dikongsikan hari ni ye... Seperti resepi yang lepas2.. resepi kali ini juga resepi yang dah lama MaDiHaA cuba. Maaflah ye... nampaknya sepanjang puasa kali ini.. MaDiHaA belum berkesempatan nak memasak yang special untuk juadah berbuka. Permulaan puasa tempohari Sabtu & Ahad MaDiHaA pula kurang sihat. Itupun nasib baiklah encik abang rajin masak.. Hari kerja pun... lepas ambik anak2 di rumah pengasuh & di sekolah.. sampai rumah pun dah lewat. Bila sampai rumah setiap hari pun nampak encik abang dah ketung ketang kat dapur.. hehe.. Jadi MaDiHaA tolonglah mana2 yang patut.. Sambung masak mana2 yang dia belum sempat masak & tolong bancuhkan air & hidang. Siap segala tau2 dah dengar orang azan.. hee... Minggu depan encik abang dah tukar kerja shift siang pula... dia sampai rumah pun paling awal pukul 8.30 malam. Nampaknya dah takde orang yang akan tolong memasak... & rasanya minggu depan terpaksalah MaDiHaA tinjau2 juga ke bazar Ramadan untuk beli kuih muih utk berbuka sementara siap memasak juadah2 yang lain.. Dah memang tiap2 tahun rutinnya macam tu... redho ajelah. Nak buat macamana.. jarak rumah dari ofis agak jauh.. tapi nasiblah juga sempat berbuka kat rumah. Ada juga di kalangan teman2 yang lain hari2 berbuka dalam kereta sebab jarak rumah dengan tempat kerja mereka lebih jauh lagi... nak buat macamanakan.. nak cari rezeki macam tulah...
Ok resepi kat bawah ni MaDiHaA buat ikut bahan2 apa yang ada kat rumah... tak ikut 100% resepi asalnya... Sesekali ubah selera... takdelah jemu asyik mengadap benda yang sama aje kan.. sedap Yee Mee Kantonis ni... lagi2 kalau ada cili jeruk tu... lagi ummphh!
Yee Mee Kantonis
(hidangan 4 orang)
Sumber : Majalah Wanita
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan
4 keping yee mee (pastikan yg halal )
200 gm udang basah ~ kopek kulit (MaDiHaA letak lebih sebab ayam takde)
250 gm isi ayam ~ dihiris (takde stok.. so tak bubuh)
3 keping fish cake ~ hiris
5 ulas bwg putih ~ diketuk lalu dicincang halus
1 cm halia muda ~ hiris halus memanjang
2 pokok sawi ~ (MaDiHaA ganti dgn sayur kangkung, kobis & jagung muda )
½ cawan tepung jagung ~ bancuh dengan air
4 biji telur
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
minyak utk goreng yee mee
garam secukup rasa
lada sulah secukupnya
1 cawan air rebusan ayam (MaDiHaA ganti dengan 1 sudu kecil serbuk pati ayam)
2 biji cili hijau / cili jeruk secukupnya
air secukupnya untuk mendapatkan kuahnya. (agak2 je ni.. tak sukat pun.. tengok pekat kuah yg kita nak)
4 keping yee mee (pastikan yg halal )
200 gm udang basah ~ kopek kulit (MaDiHaA letak lebih sebab ayam takde)
250 gm isi ayam ~ dihiris (takde stok.. so tak bubuh)
3 keping fish cake ~ hiris
5 ulas bwg putih ~ diketuk lalu dicincang halus
1 cm halia muda ~ hiris halus memanjang
2 pokok sawi ~ (MaDiHaA ganti dgn sayur kangkung, kobis & jagung muda )
½ cawan tepung jagung ~ bancuh dengan air
4 biji telur
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
minyak utk goreng yee mee
garam secukup rasa
lada sulah secukupnya
1 cawan air rebusan ayam (MaDiHaA ganti dengan 1 sudu kecil serbuk pati ayam)
2 biji cili hijau / cili jeruk secukupnya
air secukupnya untuk mendapatkan kuahnya. (agak2 je ni.. tak sukat pun.. tengok pekat kuah yg kita nak)
Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dalam kuali (sederhana byk) dan gorengkan yee mee hingga garing kedua2 belah lalu ditos & angkat. Goreng ke semua 4 keping tadi satu persatu. Ketepikan.
2. Panaskan 2 sudu minyak biasa & 2 sudu minyak bijan dlm kuali yg lain. Tumiskan bawang putih & halia hingga agak garing (jgn sampai jd coklat tua) lalu masukkan isi ayam, udang & fish cake. Masukkan air rebusan ayam (MaDiHaA masukkan air biasa & serbuk pati ayam).
3. Masukkan air tepung jagung, lada sulah dan garam secukup rasa sambil dikacau2 agar tepung tak bergentel. Biarkan mendidih.
4. Masukkan sayuran2 tadi dan biar seketika hingga sayur layu. Kalau rasa kuah terlalu pekat boleh tambah air lagi. Biar mendidih.
5. Akhir sekali masukkan telur dlm seminit tutupkan api lalu dikacau2 sedikit.
6. Tuang kuah ke atas yee mee yg digoreng tadi lalu taburkan dengan cili jeruk atau cili hijau dan nikmati hidangan ini panas2.
Letak cili hijau hiris atau cili jeruk... masa makan tu kunyah sekali... yummy!
Selamat mencuba!
sedapnyer..~
ReplyDeleteAssalam madihah...sedapnya yee mee kantonis ni, susah nak dpt yee mee yg ada halalkan. Kalo kat kedai pun jrg2 nak dpt yeemee ni. Terliur n sungguh mengoda kalbu
ReplyDeletekalau menu mee masa berbuka puasa mmng laris je..menyelerakan yee mee kantonis K.Madihah ni...
ReplyDeleteAssalamualaikum Ratna;
ReplyDeleteMesti sedap ni...tgk pun dah tahu...kalau dekat Kak Lin dah hulur mangkuk...hik3 x malu..
meriah dgn putik jagung...
ReplyDeletesedapnya....
Kak Ratna, samalah dgn sy.. beli sikit2 kuih tapi tetap masak utk berbuka. Kalu tak alamat karang berbuka takde apa.. sedapnya yee me..
ReplyDeleteAsslmkum Kak Madihah..
ReplyDeleteYee mee tu mmg sedap. Sue salah seorng penggemar..Kak!..Mana nak carik yee mee brand INA tu...
Asslm kak ratna... sekali sekala berbuka ngn mee mmg best. Terima kasih ye kak share resepi apam keledek yang best...
ReplyDeleteSalam kak Madihaa.. nape kak? semoga diberi kekuatan menghadapi ujian, insyaAllah. alhamdulillah, rajin hasben akak nolong. tun xpernah masak yee mee ni. x berapa minat pulak mee keras2. tp kuah dia nmpk sedap.
ReplyDelete