Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...
Alhamdulillah hari ni dapat masuk kerja seperti biasa walaupun badan agak kepenatan dek kerana perjalanan yang jauh dari petang hingga ke malam. Hampir jam 11 malam baru sampai rumah. Biasalah.. orang yang jarang2 outstation / berjalan jauh memanglah macam ni... berjalan jauh sikit badan dah memar padahal bukan kita yang memandu pun.. hehe..
Oklah.. tanpa buang masa.. hari ni nak kongsi resepi yang agak lama dah teringin nak mencuba. Teringat masa zaman sekolah rendah dulu ma rajin juga buat Apam Dewa atau bahulu kukus ni. Tapi masa tu tak ambik peduli pun macamana resepi atau cara nak membuatnya.. maklumlah masih budak-budak2. Tapi yang pasti nama resepi Apam Dewa tu masih terngiang2 dalam kepala bila ma dok sebut-sebut sebab agak unik namanya tu. Dari mana asal namanya diperolehi MaDiHaA kurang pastilah pulak. Tapi masa nak buat tempohari fikiran dok teringat agaknya ini apam yang biasa masyarakat China letakkan di tempat2 sembahyang bersama2 dengan buah2 oren tu kot. Kalau kita berjalan ke bandar2 yang sederhana besar (yang biasa aku nampak masa jalan2 dalam bandar Segamat lah!) biasa dalam kedai2 orang China selalu ternampak kat tempat2 sembahyang mereka diletakkan dengan makanan atau buah & salah satu hidangannya ialah kuih apam. Tapi MaDiHaA pun tak pastilah kuih apamnya tu sama atau tidak dengan Apam Dewa yang ini... tapi kalau nak difikirkan asal usul nama dewa tu.. mungkin disebabkan apam ni yang biasa dihidangkan untuk dewa2 lah yang apam ni dapat nama sebegitu... hehe.. Apa2pun.. ini cuma pendapat peribadi MaDiHaA je. Tak semestinya betul.. Nak tergelak pulak masa anak dara hantarkan sepiring Apam Dewa ni ke rumah jiran.. bila anak cakap ni bukan kek, tapi kuih apam dewa.. lantas suami jiran pun berkata.. ooo.. ni kuih untuk dewa2 lah ye... saja nak bergurau ngan anak dara ku la tu... hehehe..
Panjang pulak ye berceloteh.. ok jom tengok resepinya. MaDiHaA buat kuih ni baru2 ni untuk bekalan ke Kuala Terengganu.. alhamdulillah dapatlah adik2 & ma merasa juga selain bagi pada jiran & pengasuh anak2 juga. Terpikat bila ternampak di blog Ina@Pesona tempohari.. terus salin resepinya (padahal sebelum ni dah pernah simpan resepinya.. tapi dah lupa kat mana). Terima kasih Ina & tuan punya resepi iaitu Missayu@MyR. Mohon izin salin resepi di blog MaDiHaA pula ye..
Apam Dewa
/ Bahulu Kukus
Resepi : Missayu@MyR
Resepi : Missayu@MyR
Sumber 1 : Ina@Pesona
- 6 biji telur
- 1 1/2 cawan gula (MaDiHaA letak 1 1/4 cawan gula kastor)
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar sunquick (utk hilangkan bau hanyir telur)
- Pewarna
- 1 sudu kecil ovelette (Ina tambah ~ MaDiHaA tambah juga)
assistant ibu yang sangat setia sedang membantu ibu tuang batter dalam loyang...redho jelah corak apa yang jadi pada kuih ibu tu....
Cara-cara
1. Pukul telur bersama gula dan
sunquick dan ovelette hingga kembang (putih).
2. Setelah kembang, masukan tepung
sedikit demi sedikit dan kacau rata
3. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3
bahagian dan masukan pewarna yang disukai. Alaskan loyang dengan plastik, kemudian
masukan adunan ke dalam loyang berselang seli.
4. Kemudian kacaukan sedikit adunan
yang di dalam loyang dan lorekkan corak di atas.
5. Kukus selama 45 minit atau
sehingga masak. (MaDiHaA kukus 1 jam dengan menutup loyang saiz 7" x 7" dengan aluminium foil)
Selamat mencuba!
Assalamualaikum.. cantek kak.. dia naik sekata je.. tak de rupa bulan.. nani penah wat rupa bulan kak.. berlobang sana sini.. lepas tu tinggi rendah plak tu permukaan dia.. hmmm ape pun apam mmg best.. :)
ReplyDeleteMemang cantik apam ni kak..sesuai untuk sya terai...
ReplyDeletesalam dari oman,
ReplyDeletefollower ke 2102. cantiknya warna apam ..
cantiknyer.... nk bt mmg tak reti lah, tp nk mkn mmg reti heheheh
ReplyDeleteAs'salam Ratna
ReplyDeletecantik combinasi kaler apam dewa tu. betul gak kan agaknya dewa2 dulu makan apam ni kot hehehe. alahai ada2 aje jiran tu ya hihi
Salam Ratna....
ReplyDeletekalau dah namanye apam...tak kisah lah dewa dewi ke..semua ucu rembat kasi licin..suka makan apam dgn kopi o panas..siap celup2 lagi gitu...
tengok apam dewa ratna ni jiwa dah kacau rasa mcm nak buat jer....cantik..
wah kakak ... sedapp dan cantikkkkk tau ! ....
ReplyDeletekonpermmm sedap lahhh
konpermmm !!! ;)
Salam kak madihaa.. mmg nmpk gebus betul apam ni. tun suka buat apam2 ni.. senang dan cepat.
ReplyDeletegua niah tu, dlm laluan dia ada tmpt yg sgt gelap gelita sampai xnmpl apa kak. gmbr amik kt tmpt2 yg ada cahaya la, kt pintu gua dan dlm gua tmpt yg ada lubang kat atas gua, cahaya matahari masuk.
sdpnye, dah macam ais krim plangi paddle pop je! terliur tgknye, madiha
ReplyDeleteAssalam Madiha.
ReplyDeleteAkak dah tergoda dengan color apam dewa ni....sedap nama apam ni ye.Dah lama teringin nak buat apam ni tapi tak terbuat-buat lagi,tunggu time rajin tiba hehehe.
namnya apam dewa ye kak..nampak sedap la kak..kalau org indon panggil bhalu kukus kan..zila x pernah cuba buat lg..tp pernah makan..mmg sedap:)
ReplyDeletewaaaa cantik dan cantk dan cantik..itu je yg mampu diperkatakan..sungguh cantik..mieza tak pernah makan ni..tp bila kalau ramai yg kata sedp tu mmg mieza kompom la sedap!
ReplyDeleteSalam Kak...waduhhh cunnya warna apam dewa nie..mmg sekata naiknya.suka..suka.
ReplyDeletecantik kak!!! sweet sgt kaler die...dah le kale rainbow2 ni mmg menarik hati....jgn kata budak2...mak budak pun suke ni ...
ReplyDeleteNampak sedap n cantik tu ratna... akak pun nak cubalah.. mohon copy resepi ye
ReplyDeletepandai budak comei tuu hehe..kalah cik ilah ni..
ReplyDeletebest isp - Google Search. [url=http://www.ukdresshop.co.uk]Formal Dresses uk[/url]
ReplyDelete[url=http://www.expeditionparkaca.com]canada goose toronto[/url] He's also extremely enthusiastic about his job and his rare album collection - provided, again, that his heart isn't crushed.
You da Booddhah!. [url=http://www.londongenuinepandora.com]thomas sabo charms[/url] As your toes will be as naked as your bikini laden bodies, it is imperative that they should look good. Go to a bike retailer and see what's available. If you are worried about them getting scuffed, however, the suede complete can also glimpse incredibly dressy.
Zithromax In Pregnancy, assay. [url=http://www.femmescanadagoose.com]canada goose[/url] Likewise, those women who walk out of the room backwards are also hiding something (their butts) for fear of being judged by your peering eyes.
you have months lol. Think about the ramifications regarding the message we are sendingto society.. Drugs or binge drinkers can upset the stomachs balance, exercising on an empty stomach or sleeping straight after eating upset the digestion process may also be factors which can be easily changed.. [url=http://www.promkleidde.com/]kleider abendkleider[/url]