Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...
Pagi2 dah tayang pencuci mulut ni kan.. Ada yang pernah tengok? Kawan2 di Malaysia pastinya tak pernah nampak pencuci mulut ni kan. Tapi kalau kawan2 di Indonesia tentu tak asing lagi dengan pencuci mulut ni sebab dengarnya... Es Pisang Ijo ni sangat femes di sana. Teringin sesangat nak merasa.. kalau ikutkan dah lama sangat teringin sejak dari bulan puasa dulu lagi. Tapi disebabkan tak berjumpa dengan si pisang raja.. maka hasrat terpaksalah dipendamkan dahulu sehinggalah ma berikan 2 sikat pisang raja tempohari & kini telah masak ranum akhirnya dapatlah juga aku mencuba resepi ni. Bak kata orang kalau tak cuba mana nak tau sedap atau tidak kan? hehe... Bila dah cuba barulah tau.. Yelah nak tunggu aku terbang ke seberang alamat tak tau bilalah... Jadi kita cuba jelah sendiri... Alhamdulillah sedaplah juga ditekak aku. Cuma... ada cuma juga tu.. hehe.. resepi yang aku cuba ni bahagian tepongnya tu agak keras sikit.. jadi kalau sapa2 nak mencuba tu silalah kurangkan sikit tepong beras tu ye... Jangan kurangkan byk sangat sebab kalau lembut sangat tak cantik pula potongannya nanti... Jadi silalah mencabar diri sendiri mencuba resepi pencuci mulut dari seberang ni ye...
Kat bawah tu resepinya yang ku ambil dari justtryandtaste. TQ ye mbak.. mohon di kongsikan resepinya di sini pula ye..
Es Pisang Ijo
Resepi diadaptasikan dari buku Kitab Masakan
Kumpulan Resep Sepanjang Masa
Oleh : justtryandtaste
Sumber :
MaDiHaA aka Ratna
Hidangan
pencuci mulut dari Makasar
Untuk 4- 5
hidangan
Bahan
pisang ijo:
4 - 5 biji
pisang raja
300 gram
tepung beras (lAIN KALI KENA KURANGKAN SIKIT SUKATAN TEPONG BERAS)
50 gram
tepung maizena (tepong jagung)
450 ml
santan sederhana pekat
50 gram gula
pasir
1/2 sudu teh
garam halus
beberapa
titis pewarna hijau
Daun pisang
untuk membungkus (MaDiHaA guna plastik tebal)
Bahan
bubur sum-sum untuk sos:
1 liter
santan cair
60 gram
tepung beras
100 gram
gula pasir
1/2 sudu teh
garam
1/2 sudu teh
vanila
Pelengkap:
sirup coco
pandan (MaDiHaA guna sirap yang dimasak manis sedikit)
Es batu yang
dihancurkan secukupnya (MaDiHaA tak gunakan)
Cara
membuat:
Membuat
pisang ijo
Sediakan
bekas untuk membancuh. Masukkan tepung beras, tepong maizena dan 100
ml santan. Kacau rata hingga tepung menjadi larut. Tambahkan baki santan,
gula, garam dan pewarna hijau. Kacau hingga rata & tapiskan. Masak bancuhan
tepung beras menggunakan api kecil sambil dikacau-kacau hingga pekat. Jika
adunan sudah mulai mengeras tapi masih basah, segera angkat dari dapur
dan teruskan mengacau hingga adonan menjadi licin dan halus. Tidak perlu
memasaknya hingga benar-benar keras, adonan akan keras bila sejuk.
Layurkan
daun pisang dengan mengukusnya sebentar. Siapkan dua lembar daun, lebar
kira-kira 20 cm. Letakkan sisi daun pisang yang berkilat diatas, sapu
permukaan daun dengan minyak supaya tidak melekat. Ambil 2 sudu makan adunan,
ratakan di permukaan daun. Letakkan 1 biji pisang di tengah-tengah adonan,
kemudian tutup pisang dengan adonan dengan cara menekuk sisi kiri dan kanan
daun sehingga adonan menutupi pisang. Ratakan hingga adunan menutupi seluruh
bahagian pisang. Gulung daun pisang, kemudian bungkus adonan seperti membuat
lontong. Semat kedua sisinya dengan tusuk gigi. Potong kedua ujungnya dengan
gunting agar rapi. Lakukan hingga semua adunan dan pisang habis.
Membuat sos
buburnya
Siapkan bekas
mengadun, masukkan tepung beras dan 100 ml santan. Kacau hingga larut. Tuangkan
baki santan ke dalam bekas, gula, garam dan vanila. Kacau rata. Masak
menggunakan api kecil sambil dikacau hingga larutan menjadi adunan
yang pekat. Angkat dan sejukkan.
Penyajian
Siapkan
mangkuk hidangan, ambil 5 sudu makan sos bubur. Potong-potong pisang
ijo dan susun diatas sos. Taburkan potongan ais batu yang telah
dihancurkan dan siram dengan sirup coco pandan. Es pisang ijo sedia
dinikmati. Yummy!
Selamat mencuba!
sedapnyer... disebabkan dana nih rajin sgt... lenkali nk oder jelah kt akak... ahak2
ReplyDeletesedapnyeee
ReplyDeleteAs'salam Ratna, selalu kalau masuk blog teman2 indonesia mesti ada juadah ini, kalau guna pisang lain x boleh ker :)
ReplyDeleteW'salam CT..
Deletebetul di blog2 teman2 di sana memang byk yang kongsikan resepi ni..
CT.. pisang raja ni sangat special sebab pisang ni selepas dimasak/dikukus isinya bertambal pejal & rasanya sangat manis. Ia tak jadi lembek atau benyek seperti pisang2 yang lain. Sebab itu pisang raja yang paling sesuai digunakan. Sama juga macam kita nak buat Pulut Dakap pun perlu gunakan pisang raja. kalau guna pisang lain takut potongan kuih tak cantik sebab pisang yg lembek & benyek.. Nama pun Pisang RAJA... pisang yang terbaik antara kebanyakan pisang.. hehe..
Cantik sungguh kejadian Es Pisang Ijo tu ye :D mesti sedapkan ... saya tak rajin nak buat.. pisang raja tu selalunya makan metah ajer :D
ReplyDeleteuihh terliurnya...nak kena suntik vitamin rajin dulu baru bleh try resepi ni...hehehe...jemput singgah blog anis ye....tapi kat blog tu tak der la resepi macam akak punya ni. nanti bleh singgah sini lagi utk cari resepi...i folooo
ReplyDeletemmg kreatif...nampak pun sedap ni...
ReplyDeletefuyyo kak! pestime CW tengok dessert macam ni....ijo2 tu menarik... =)
ReplyDeletebestnye..bleh try buat ni..hihihi
ReplyDeletealamakk kakak ...
ReplyDelete1st time tgk nie
sedapp ke kak
nampak sgt2 sedappp huhu
Betul tu Madiha... masa Amie ke Pulau Jawa tahun lepas, puas jumpa / makan juadah pisang di hotel terutama waktu sarapan pagi, macam2 ada, cantik2 belaka... terutama sewaktu menginap di Bandung & Yogyakarta.
ReplyDeleteNampak sedap! Lebih kurang macam cendol/ais kacang lah yer, except that ada pisang. I think I will like it :)
ReplyDeletesedappnyer nampak desert nie...masam2 manis yerkk raser dier
ReplyDeletemenariklah, cantik kaler ijo
ReplyDeletemesti sedap jugak tu lemak2 dan ada pisang
betul k.madiha bila dah byk kali biasa lah kan..ada hikmah disebaliknya yg harus kita tahu
mengidam mau makan pisang hijau,erm pergi jak d pasar malam k.k,..huhu,..nyum2,..
ReplyDeleteMasa kt jakarta aritu...mmg menggila lah mkn es pisang ijo ni...sedap gila...hahahha....seb baik de resepi ni...leh try...hahaha
ReplyDeleteada ni di sabah
ReplyDelete