Assalamualaikum & salah sejahtera...
Masih ingat dengan kisah betik muda & resepi yang MaDiHaA kongsikan dulu? Kalau tak ingat boleh klik SINI. Kan hari tu betik masih berbagi lagi sebiji selepas disayurkan dan dicelur cicah sambal belacan... & alhamdulillah yang sebiji lagi yang saiz agak besar tu rupanya dah mengkal. Jadi bolehlah MaDiHaA jadikan jeruk betik. Tapi malangnya dek kerana kelam kabut nak balik kampong.. tak sempat nak posingkan jeruk betik yang dibuat sebab jeruk tu dah selamat pun sebab MaDiHaA bawak balik kampong... jadi sekejap je selesai.. hehe... Takperlah rezeki buat orang ramai kan...
Rasa ralat juga sebab tak sempat nak ambik gambar.. Untuk mengubat rasa terkilan tu.. hari ni MaDiHaA nak kongsikan juga resepinya dengan u all semua dengan menggunakan gambar MaDiHaA yang lama. Kira aci lah kan.. Tapi ni bukan gambar curi tau..! Ini gambar sendirian berhad punya. Tak mainlah copy2 gambar orang lain. Sayang kalau tak disimpan resepi & gambar2 ni. & Jeruk ni memang sangat2 sedap & rasanya lebih sedap dari jeruk betik yang dijual dikedai kat kampong masa zaman kita budak2 dulu kalau masih ada yang ingat. Orang muda zaman sekarang terutama yang kat bandar ni rasanya tak pernah rasa kot jeruk betik dulu2 tu.. hehe.. Tapi jangan tak tau.. kat kampong masih ada jual jeruk betik tu tau. Selain jeruk betik ada macam2 jenis lagi jeruk yang terjual.. tapi rasanya dah tak sama macam yang dulu2 lah... tak tau kenapa. Haaa... kat bawah tu ada gambar kedai jeruk yang biasa MaDiHaA singgah kalau kebetulan lalu.. Kedai ni lokasinya di jalan besar Segamat - Kuantan... depan sikit dari Muadzam Shah. Macam2 jeruk ada jual kat sini antara yang ada seperti jeruk betik, mangga, sengkuang, jambu batu, anggur, kelubi/asam paya dan lain2... rambang mata dibuatnya. Selain dari jeruk..buah2an kampong, ubi2an & barangan dari kayu seperti sudip kayu & papan pemotong dari kayu juga ada terjual. Tapi masa kami singgah baru2 ni tak banyak pula buah2 & ubi2 tu.. mungkin takde stok agaknya..
Oklah jom kita tengok resepi jeruk betik homemade ni... kalau ada betik mengkal tu bolehlah cuba buat ye... insyaAllah sedap & yang penting lebih selamat dimakan sebab takde guna sebarang jenis bahan pengawet..
HOMEMADE JERUK BETIK
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
2 biji betik mengkal (anggaran berat keseluruhan 1½ kg ) ~ pastikan
masih keras isinya
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)
1 cawan cuka (boleh lebihkan ikut selera sendiri)
1 cawan air MASAK
2 sudu kecil garam
12 biji asam boi warna merah
4 ~ 5 biji cili padi ~ belah 2
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)
1 cawan cuka (boleh lebihkan ikut selera sendiri)
1 cawan air MASAK
2 sudu kecil garam
12 biji asam boi warna merah
4 ~ 5 biji cili padi ~ belah 2
Cara Menyediakan
1. Kupas betik, buang bijinya & dicuci bersih.
2. Potong betik saiz kesukaan anda. Anggaran 1 inci lebar setiap keping dan dihiris berlapis2 tetapi jangan putus!! (Hiris ala2 mcm jeruk betik terjual kat kedai tu ler)
3. Cuci lagi dan toskan betik tadi.
4. Masukkan isi betik dalam bekas yg sesuai utk menjeruk.
5. Campurkan gula, garam, cili padi, asam boi dan gaul rata.
6. Tuangkan cuka & air masak agak2 separas/setinggi setengah isi betik dlm bekas tadi. Tak perlu tenggelam betiknya kerana betik akan mengeluarkan airnya sendiri selepas sehari dijeruk.
7. Kacau2 sedikit dan tutup bekas dan bolehlah disimpan selama 2 malam sebelum boleh dimakan.
8. Untuk jeruk lebih bertahan lama.. selepas dibiarkan 2 malam (diluar) bolehlah disimpan jeruk tersebut ke dlm peti sejuk.
1. Kupas betik, buang bijinya & dicuci bersih.
2. Potong betik saiz kesukaan anda. Anggaran 1 inci lebar setiap keping dan dihiris berlapis2 tetapi jangan putus!! (Hiris ala2 mcm jeruk betik terjual kat kedai tu ler)
3. Cuci lagi dan toskan betik tadi.
4. Masukkan isi betik dalam bekas yg sesuai utk menjeruk.
5. Campurkan gula, garam, cili padi, asam boi dan gaul rata.
6. Tuangkan cuka & air masak agak2 separas/setinggi setengah isi betik dlm bekas tadi. Tak perlu tenggelam betiknya kerana betik akan mengeluarkan airnya sendiri selepas sehari dijeruk.
7. Kacau2 sedikit dan tutup bekas dan bolehlah disimpan selama 2 malam sebelum boleh dimakan.
8. Untuk jeruk lebih bertahan lama.. selepas dibiarkan 2 malam (diluar) bolehlah disimpan jeruk tersebut ke dlm peti sejuk.
Selamat mencuba!
kecur plak tgk jeruk ni....tak penah sy buat jeruk...nmpk cam senang..kalo ada betik sesat nnti nk juga try! thanks kongsi resepi!
ReplyDeleteakak pun jarang buat jeruk.. kalau kebetulan ada buah yang sesuai & agak banyak barulah rajin buat.. nanti cubalah ye..
Deletebetik mengkal tu macam mana??? muda ke?
ReplyDeletebetik mengkal tu betik muda tapi ada warna oren2 sikit macam dalam gambar kat atas tu.. tapi buahnya masih keras.. kalau dah lembut tak sesuai dibuat jeruk..
Deletemcm senang je kan kak... dulu2 arwah nyai selalu gk bt jeruk cume nyer dia tak letak asam boi merah ngn cuka... dia gune gula ngn garam je... ttp sedap... lg2 bile dia bt jeruk jambu bol
ReplyDeleteSangat menarik jeruk betik ni, akk mmg tak pernah jeruk sendiri, tq madiha kongsi resipi. Akk suka jeruk betik, mmg zaman2 kecil dulu suka ngan jeruk2 mcm ni, harga baru 10 sen 1 plastik kecil, nak tarik je kan, sungguh nostalgia
ReplyDeletenampak sedap ye. Teringat mak sy dulu selalu jugak buat jeruk @ halwa sendiri..antaranya buah cermai, jambu air, buah kabung
ReplyDeleteSuka jeruk betik yang letak cili padi ni. Ermmm dah rasa meleleh air liur.
ReplyDeletememang kecur kak oiiii
ReplyDeletesalam kak madiha...
ReplyDeletesib baik x preggy skrg kak..kalu x ..mau blk nie srh husben crk betik..hehe..bestnya kak:))
Uiihhh sedapnya jeruk betik. Kecur air liur tau. Thank's kongsi resepi. Balik kg carik betik, boleh la buat sendiri. :)
ReplyDeleteSalam perkenalan Madiha. Sedapnya jeruk betik. Dah lama tak makan jeruk ni. Dah ada resepinya, nanti bolehlah saya cuba ya.
ReplyDeletedlm byk2 jeruk..suka jeruk betik lagi...terliur tgk he..he..
ReplyDeleteWaaaa... teringat masa kecik2 ayah jual di kedai... terlior la pulak...
ReplyDeleteMaaf Madiha...kakpb sibuk sgt ke sana sini. Terima kasih sudi komen blog kakpb. Nanti kakpb dtg lagi ye.
ReplyDeletesedapnye....klu mkn jeruk yg kilang + ade bhn pngawet tu, wktu mkn mmg sdp tp pastu mesti tekak rasa perit smcm kan....
ReplyDeletefuhhh.. meleleh air liur nengoknyer.. huhu
ReplyDeleteAku ingin membuatnya di rumah, izin untuk menyalin resep !!
ReplyDeletehttp://obatgondoktradisional.jellygamatluxor.biz/pengobatan-terbaik-untuk-sinusitis/
boleh saya brtanya..tp soalan lari tjuk cikit..
ReplyDeletebetik ni dikupas secara menual or mesin??
kalau secara manual sebiji buah yg sederhana memakan masa brapa lama ya??
Jika tak letak asam boi dan cili adakah ia berhasil jadi jeruk?
ReplyDelete