Wednesday, November 14, 2012

Kacau Goreng Betik Muda



Assalamualaikum, selamat pagi & salam Maal Hijrah...

Wah minggu ni banyak betul cuti ye... cuti pulak berselang seli gitu.. nak bangun pagi untuk ke pejabat terasa liat aje kan... kalau ikutkan hati.. mau aje ambil cuti & boleh jalan ke mana2... atau paling tidak boleh melepak2kan diri kat rumah... tapi apakan daya... terpaksa jugalah datang kerja sebab kena berjimat cermat dengan cuti tahunan yang ada sebab kami perlu simpan cuti yang ada berbaki lagi ni kerana ada perkara yang lebih penting kena didahulukan.  Redha jelah bila sesekali Allah s.w.t nak menduga kita..


Oklah.. nak kongsikan lagi lauk yang sinonim dengan musim2 hujan.  Kenapa aku kata macam tu? Sebabnya.. biasa kalau musim hujan ni sayur kat pasar agak mahal.. jadi sesekali apa kata kita petik je betik muda atau betik mengkal kat belakang rumah tu & dibuat sayur.  Haa... kan dah jimat tu.. Lagi satu sebab kenapa aku katakan ini lauk musim hujan ialah kerana.. kadang2 dimusim2 hujan sekarang ni.. hujan yang bersekali dengan angin kencang kadang kala membuatkan pohon2 betik kat kawasan rumah kita ada yang tumbang.  Alangkah sayangnya kalau buah2 betik tu dibiarkan macam tu je kan.  Jadi daripada dibazirkan.. selain disedekahkan kat jiran2, dibuat jeruk... kita pelbagaikanlah sebagai menu lauk-pauk kat atas meja makan kita.   Banyak yang boleh dibuat dengan betik muda atau betik mengkal ni... 


Kali ni MaDiHaA nak berkongsi sayur Kacau Goreng Betik Muda yang amat sedap ni.. hehe.. Betik muda ni pemberian adik yang tinggal kat Klang tu... Macam yang MaDiHaA ceritakan kat atas tu.. pokok betiknya yang sedang meluyut buahnya telah tumbang dek kerana angin yang kencang semasa hujan baru2 ni... Dah puas adik kerjakan jadikan jeruk, disayur & disedekah kat jiran2.. tapi masih ada lagi beberapa biji kat rumah tu.. nak dijadikan rezeki kakaknya ni.. masa berkunjung Sabtu lepas.. dapatlah MaDiHaA bawak balik 1 balang jeruk betik & 2 biji betik muda ni... muda pun mudalah! Janji boleh ku masak... hehe.. Kalau dapat yang mengkal (yang warna ada sikit2 oren) tu pun sedap juga.. boleh dibuat somtam, rojak betik & sebagainya.. Tapi betik yang aku bawak balik ni memang betul2 muda.. masih putih biji & juga isinya.  Nanti ku tengok yang saiz besar sikit tu pulak kot2 dah mengkal.. hehe... kita tunggu dan lihatlah apa yang bakal ku buat dengan betik yang sebiji lagi tu ye...

Ok jom tengok resepinya  ya....  

Kacau Goreng Betik Muda
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
  

BAHAN2
450 gm betik muda/mengkal yang siap dikupas & disagat kasar dicuci bersih & tos
250 - 300 gm isi udang
4 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
2 biji cili merah ~ dihiris
6 biji cili padi ~ dihiris
secekak kecil suhun ~ direndam hingga lembut & tos
2 keping tahu ~ digoreng & dipotong dadu
1 keping tempe plastik/2 keping tempe daun ~ dipotong dadu & digoreng
½ kiub ikan bilis
2 sudu besar sos tiram 
1 cawan air
garam secukup rasa
secubit gula
minyak untuk menumis


 
CARA MENYEDIAKAN

1. Panaskan minyak & tumiskan bawang merah & bawang putih sehingga layu & wangi.  Masukkan isi udang & kacau rata.
2. Masukkan betik sagat, air & kiub ikan bilis. Kacau2 & biar betik agak lembut.
3. Masukkan cili merah, cili padi, tahu goreng, tempe goreng, sos tiram dan secubit gula. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan suhun yang direndam & garam secukup rasa (tak perlu banyak sebab sos tiram & kiub bilis juga ada rasa masin).  Kacau sebati & biar suhun bercampur rata dengan bahan2 yang lain.  Bila dah cukup rasa & cukup sebati bolehlah dimatikan api & hidang dengan nasi putih & lauk2 yang lain.

Sedap sangat!  Selamat mencuba!

9 comments:

QA's ~ mamapapa said...

nyum!nyum! sedapnye :)

JaSSNaNi said...

sayang gak tu.. pokok tumbang kan.. tak sempat betik nak masak.. sib baik kalau betik muda ni boleh gak wat2 sayur kerabu ke, sayur lemak or sayur bening.. kan.. nani suka bening or masak lemak betik.. lepas tu goreng ikan masin.. fulawehh..sedap kak.. :D

kakk.. mane ada nani teror masak.. kebetulan jadi je tu.. kalau yg tak jadi tak amik gambar kak.. :P kakakakakak

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Madiha..

Sohoon ke tu kak. naz ingat tadi bihoon... Tak pernah lagi masak cam ni. Nama masakan ni pun first time Naz dengar ni kak..

Fazleyatul Aini said...

tak pernah makan. somtam pon saya tak pernah makan. hihi

Sheila Shafeareen said...

salam sdpnya suka lah lauk2 mcm ni ..kalau dpt ni meratah aje kita

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer kak madiha...kalau cam ni meratah saja pun sedap...

Unknown said...

salam Madihaa..
nampak pun tau tu sedap sangat akak mmg suka masakan kampong gini, betik muda pun ada lagi rasa nya boleh try goreng2 pulak...

norhidana said...

dh mcm sambal goreng lak kak, sbb mcm2 ada... dana selalu kalu betik muda suke bt tomes je... dpt yg dh nk msk skit yg ada kaler oren2 tuh... sedap nyer kak

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

yelah dana.. akak tak guna nama sambal goreng sebab tak letak hati & pedal ayam.. lagi takde air asam jawa & santan... lenkali akak try wat sambal goreng plak.. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...