Assalamualaikum & salam sejahtera...
Jumaat kelmarin kita dah sampai di Negeri Cik Siti Wan Kembang dengan menu Nasi Kerabu Kelantan kan? Alang-alang dah sampai situ.... apa kata kita lajak terus sampai ke Siam pulak. Tau ke Siam? Bukan siamang ye... heheee.. Sekarang dah dikenali dengan nama rasmi Thailand. Sawaddikappp...
Walaupun resepi ini hanya 'Ala Thai'... tapi takperlah.. kira jadilah tu sebab resepi ni menggunakan pes tomyam & cili padi. Kita nak cakap sikit ni bukan nak bodek Mat Gebu ke apa tauu... tapi memang ikhlas. Resepi ni sangat sangat sangat sedap di tekak MaDiHaA... Sebenarnya ada beberapa resepi yang MaDiHaA dah cuba yang dok Q semuanya sedap2 belaka... tapi MaDiHaA bagi pelepasan kat resepi ni dululah untuk masuk entry memandangkan dah lama tak masukkan resepi daging. Memang betul2 sedaplah! Rugi kalau tak cuba.. hehe.. Terima kasih Mat Gebu untuk perkongsian resepi yang sedap ni. Walaupun bahan2nya seakan2 resepi Daging Goreng Ala Kaprau... tapi seriusssss... ada kelainannya & memang sedap dengan gandingan bunga kucai tu! Tak caya cubalah sendiri ye...
Mat.. akak mintak izin letak resepi kat blog akak pula ye...terima kasih..
BUNGA
KUCAI BERDAGING ALA THAI
Resepi : Mat Gebu
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
BAHAN-BAHANNYA
:-)
1 ikat bunga kuchai
300 gram daging batang pinang (MaDiHaA lebihkan sikit)
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan (MaDiHaA tak letak tauhu tapi lebihkan kuantiti daging)
1/2 biji capsicum merah ~ dipotong memanjang (MaDiHaA tambah ini)
1 ikat bunga kuchai
300 gram daging batang pinang (MaDiHaA lebihkan sikit)
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan (MaDiHaA tak letak tauhu tapi lebihkan kuantiti daging)
1/2 biji capsicum merah ~ dipotong memanjang (MaDiHaA tambah ini)
1 inci halia muda, hiris nipis (MaDiHaA guna halia tua je)
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, hiris
8 biji cili padi, dititik
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar pes tomyam
Sedikit gula
Sedikit air
Sedikit sos ikan jika perlu (mat tak letak ~ MaDiHaA pun tak letak sbb dah cukup masin)
CARA MEMBUATNYA :-)
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, hiris
8 biji cili padi, dititik
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar pes tomyam
Sedikit gula
Sedikit air
Sedikit sos ikan jika perlu (mat tak letak ~ MaDiHaA pun tak letak sbb dah cukup masin)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bunga kuchai, dicuci dan toskan hingga kering. Kemudian kerat pendek kurang lebih 1 1/2 inci. Daging batang pinang dihiris nipis, cuci dan tos. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili padi hingga harum, masukkan sos tiram dan pes tomyam, kacau rata dan masukkan daging, kacau dan biar daging kecut sedikit. Tuang sedikit air.
- Masukkan tauhu dan gaul rata. Tambah hirisan bawang besar, bunga kuchai dan sedikit gula, kacau rata dan masak sekejap hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit sos ikan. Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi hangat.
Selamat mencuba!
sblum msuk tdi tgk kat blog list kmaz ada nsi krabu..bersmngat kmaz nk mtak spngan..tpi smpai je dpur ni rupenya dh brtukar mnuuu..tkpe la dging pun jdi jgk...npak sdpp sngat..basah2 gituw...rupenya nsi kerabu ada kat bwah tuuuu..meriahhh snguhh...kmaz pun dh lama xbuat sdri..xbb anak2 xmkn..stkat mkn sorang bli je...
ReplyDeletesedapnya kak...mmg dh dlm list asz juga Q memanjang...hehe..:)
ReplyDeletemmg nmpak best dgg tu, nnt nk try jugak la..
ReplyDeletesedapnyer... dana suke yg campur2 daun kucai nih... nk cube lah nnti
ReplyDeletenmpk sdp dging nih kak,klo akk kta sdp tuh,sure mmg sdp kan..daging da lam esbok,duk cari2 rcp gak nih,tapi bunga kuchai xde,daun kuchai da la,kira oklah kut kak kan,janji kuchai gak,hihi..
ReplyDeletesedap nya kalau makan ngan nasi panas
ReplyDeleteWah jauhnya perjalanan dari Kelantan ke Siam. Takpe, jauh perjalanan, byk makanan boleh dicuba...
ReplyDeleteNampak pun dah mnylerakan kak...sedap pulak..
ReplyDeletesedapnya kak...
ReplyDeleteterliur tengok nih...
ReplyDeletesedapnya....
Assalamualaikum..emmmm sedap plak tgk resipi ni apathah lagi klu yang menerainya pun siang2 dah cakap sedappppp...masuk q juga nii...
ReplyDeletesedapnyaaa...kak madiha, sy wajib tau buka blog akak ni...nak inspirasi memasak...
ReplyDeletefollow sy blk ye kak Mama Aqil
menarik jgk..lama dh sy tak makan daging selepas asek makan daginggggg jer masa raya haji ari tu, hehe..
ReplyDelete