Uishhh.. dah pukul 3 lebih rupanya... Pagi tadi tak sempat langsung nak update blog.. Takpe takpe... yang wajib kena diutamakan... blog ini hanya sekadar mengisi masa lapang kan...
Memandangkan hari dah petang... MaDiHaA kongsikan menu minum petang kami last weekend semasa menunggu en. husband pulang dari kampong... hehe.. ringkas je menunya kan. Takper yang penting anak2 suka & menyediakannya pun sangatlah mudah. MaDiHaA jarang sangat buat cucur manis macam ni sebab bimbang anak2 tak suka. Terutama untuk sarapan pagi sebab biasanya anak2 & suami lebih gemarkan sarapan savoury. Kalau cucur ikan bilis tu memang keraplah. Cuma malas nak ambik gambar je. Tapi kali ni disebabkan menu untuk minum petang rasanya anak2 pasti suka. Alhamdulillah bila dah siap goreng memang mendapat sambutan. Apatah lagi makan Cucur Kembong ini.. ianya tersangatlah lembutnya. Manisnya pun bak kata orang manis2 buah je. Bukan setakat anak je yang makan banyak.. ibu dia pun sama naik juga.. hehe..
Walaupun ramai yang dah biasa buat cucur manis sebegini tapi mungkin caranya berbeza. Apakata kita cuba pula resepi dari Sajian Dapur Bonda ni.. MaDiHaA ternampak di blog Kak Rose.. & tiba2 rasa teringin pulak nak makan cucur manis. Minta izin ye Kak Noor Sajian Dapur Bonda & terima kasih berkongsi resepi & terima kasih juga Kak Rose yang mengwar2kan...
Jom cuba buat minum petang ni..
CUCUR KEMBONG / CUCUR MANIS
Resepi : Kak Noor@Sajian Dapur BondaSumber : Kak Rose & MaDiHaA
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) (kak rose guna tpg gandum + 2tsp baking powder ~ MaDiHaA pun ikut sama Kak Rose)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara menyediakannya:
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.

Kat bawah ni buah tangan yang en. husband bawa balik dari kampong lepas cuti Chinese New Year tempohari. Walaupun balik naik bas tapi rajin juga dia bawak balik buah duku yang berat tu.. hehehe.. Selain buah duku, ada juga petai & bunga kantan yang MaDiHaA pesan.. hehe.. Terima kasih abang! Kalau balik kampong MIL memang wajib bawak balik bunga kantan sebab kat kampong MIL memang banyak. Kalau di bandar ni harganya bukan main mahal lagi kan... kadang tu rasa macam ralat je nak beli.. hehe...
Terima kasih abang!
Mmg sedap ni kak buat mnum ptng....buatkan air kopi....perghh...mmg best lah....!
ReplyDeletesy suka sgt2 cucuq kembung nie...kalo wat mesti goreng bg garing sikit, then cicah dgn kuah kacang..memg sedap!!
ReplyDeletegebunya cucur kembong tu, kat kedah pun ada jugak cucur kembong sedappp dan yg tak tahan tengok petai yg besar tu aduh buat sambal mmg pergghhhhhh lah Madihaa
ReplyDeleteakak,sy selalu amik resepi akak..tq tau! byk yg saya belaja..klu akak sudi,follow la blog saya http://annurket.blogspot.com/.. I am a newbie..:)
ReplyDeletekalu tgk rupe dia ada mcm cucur `kuntes`, cumenyer dana gune mauripan, tepung gandum, gula, grm n air kene pukul2 skit pastu biarkan 3-4jam bile dh naik baru leh goreng... cume akak nyer pakai tepung naik sndiri...
ReplyDeleteLapor lah pulak tengok ptg hari ni cekodok kak ratna... :D
ReplyDeletesalam kak.. cam gebu je cucur tuh kalo letak mayonis memang sedap :) .. kat gambar tu x tahan tengok petai ...
ReplyDeletebaru 2-3 hari lepas buat cucur ni..
ReplyDeletesalam kenal..follow sis ek..
kalu blk kampung pagi2 sure suruh mak sy beli cucur kembung kat kedai kopi cuma kat sana besar2 dan cicah kuah kacang pula he hee memang pergggh layan habis
ReplyDeletefeberet sy masa kat kg lah kiranya
makcik tu buat memang sedappp
hilang dah rindu kat cik abang ye he heee

Bunga kantan tu memang mahal.....takut nak beli. Guna daun kesom ja laaa...
ReplyDeletesalam kak...sekarang ni fiza dah x nampak cucuq akak tu...yg fiza nampak hanyalah petai....sedapnyer kalau buat ulam atau sambal tumis...dapnyer kak....dapnyerr....
ReplyDeletexpnh jd klo wat. sdih tol
ReplyDeleteBila dah ternampak buah duku, bunga kantan & petai tu terlupa dah cucur kembung manisnya tu Madiha he he ehh...
ReplyDeleteKadang2 Amie rasa rindu seolah2 ingin kembali ke zaman dulu, memetik, mengait dan mengutip buah2an bila tiba musim... kalau boleh panjat memang nak panjat macam dulu2 he he he ehhhh
sedapnya dpt mkn cucuq kembong+kopi panas..nyumnyummm^__^..
ReplyDelete~ bestnya tgk petai tu kak..isi beso2 je hihiii
Aslmkum Ratna
ReplyDeletenengok bahan utk cucur kembong itu...kelainannya ada letak mayonis....boleh cuba nanti.
tengok petai dan bunga kantan itu ...mcm baru petik segar elok.sy baru dpt sepapan petai org bawa dr Msia itupun dah layu..tp suka sbb lama tak mkn.
re; Ratna, masak daging guna pemanggang cpt empuk.
sedapnya..
ReplyDelete