Assalamualaikum & salam Jumaat buat semua....
Jumaat datang lagi... hari ini merupakan hari Jumaat terakhir dalam bulan Februari.. cepat betul masa berlalu pergi.. kadang2 tu tak sedar masa berlalu dek kesibukan dengan pelbagai macam perkara yang perlu diuruskan. Semoga apa juga yang kita lakukan akan sentiasa diberkati ilahi & jauhilah dari melakukan perkara2 tidak mendatangkan faedah serta menyakiti hati insan yang lain... Sesungguhnya hidup didunia ini hanyalah sementara sahaja...
Semasa MaDiHaA tinggal 3 beranak waktu en. suami pulang ke kampong menghantar anak sulung ke asrama & juga menghabiskan cuti raya Cina nya tempohari.. tekak ni tiba2 terasa nak makan ayam bakar tanpa nasi. Sebenarnya dah beberapa hari juga berangan2 nak bakar ayam. Sementelah pemanggang ajaib saiz XL yang MaDiHaA order pun dah lama MaDiHaA terima tapi tak sempat juga nak mencuba. Hanya ketika baru2 dapat dulu MaDiHaA ada cuba bakar terung menggunakan pemanggang tu untuk dibuat pecal. Tapi tak sempat pula nak ambil gambar masa tu sebab MaDiHaA buat tu masa mak & adik2 datang bertandang. Tak sedap pula nak ambik2 gambar.. Jadi ini merupakan kali kedua menggunakannya & ternyata sangat menjimatkan masa berbanding bakar menggunakan oven. Patulah ramai yang beli pemanggang tu. MaDiHaA je yang ketinggalan sebab belum cukup modal.. hehee... Tapi alhamdulillah ada hikmah juga MaDiHaA tunggu sebab bila MaDiHaA dah bersedia nak membeli ternampak Atie iklankan pemanggang ajaib saiz yang lebih besar (warna hitam) jadi teruslah order satu dengan Atie. hehe... Sapa2 yang nak order bolehlah order dari Atie @ Azatiesayang ye... berbaloi2..
Oklah untuk resepi Ayam Bakar Blackpepper kali ni MaDiHaA cuba resepi dari Dapurmamasya iaitu Puan Azila yang mana semua anak2nya sangat gemarkan ayam panggang. Memang tak rugi mencuba resepi ini sebab tersangatlah sedap. MaDiHaA perap ayam hampir 24 jam di dalam peti sejuk (bahagian rak tengah) & selepas dibakar.. isi ayam sangat mesra & terasa dengan rempah ratusnya. Terima kasih Zila berkongsi resepi sedap ni ye.. MaDiHaA bakar juga beberapa biji kentang untuk menggantikan nasi sebagai hidangan kami 3 beranak selain sampingannya coleslaw, daun salad & kacang panggang.
Jom cuba! rugi tak cuba tau... terima kasih Zila.. mintak izin letak resepi kat blog MaDiHaA ye..
Ayam
Bakar Blackpepper
Resepi : Azilla@Dapur Mamasya
Resepi : Azilla@Dapur Mamasya
Dicuba oleh : MaDiHaA
Bahan
1 ekor ayam - potong 4/ 4 chicken leg- ayam jgn potong kecil (bahagian dada ayam MaDiHaA potong 2 bahagian isinya supaya nipis & cepat masak)
5 ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
1 sb sos lada hitam
1 sb sos tiram
1 1/2 sb madu
1 sb gula
1 1/2 sb garam atau secukup rasa (MaDiHaA guna 1 sudu besar saja sebab perap 24jam)
butter / minyak zaiton
note; sudu makan = sudu besar
Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk dlm satu bekas, kacau rata.
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 2 jam.
3.Bakar ayam selama 1-1 jam 20 min atau hingga masak dlm oven 200'C api atas bawah (bergantung kpd oven masing2). Bila ayam separuh masak, sapu dg butter/minyak zaitun
4.Balikkan ayam semasa membakar. (MaDiHaA bakar dalam pemanggang ajaib total 45 minit sahaja menggunakan api sederhana kecil.. sesekali dibalik2kan ayam dan sambung bakar lagi sehingga ayam masak.. 15 minit terakhir MaDiHaA masukkan kentang yang dipotong wedges & dibakar bersama2.)
1 ekor ayam - potong 4/ 4 chicken leg- ayam jgn potong kecil (bahagian dada ayam MaDiHaA potong 2 bahagian isinya supaya nipis & cepat masak)
5 ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
1 sb sos lada hitam
1 sb sos tiram
1 1/2 sb madu
1 sb gula
1 1/2 sb garam atau secukup rasa (MaDiHaA guna 1 sudu besar saja sebab perap 24jam)
butter / minyak zaiton
note; sudu makan = sudu besar
Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk dlm satu bekas, kacau rata.
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 2 jam.
3.Bakar ayam selama 1-1 jam 20 min atau hingga masak dlm oven 200'C api atas bawah (bergantung kpd oven masing2). Bila ayam separuh masak, sapu dg butter/minyak zaitun
4.Balikkan ayam semasa membakar. (MaDiHaA bakar dalam pemanggang ajaib total 45 minit sahaja menggunakan api sederhana kecil.. sesekali dibalik2kan ayam dan sambung bakar lagi sehingga ayam masak.. 15 minit terakhir MaDiHaA masukkan kentang yang dipotong wedges & dibakar bersama2.)
Selamat mencuba!
sdpnye...
ReplyDeleteterliur la tengok..
ReplyDeleteAssalamualaikum Ratna :D
ReplyDeleteTerima kasih sudi buat Kek Santan yg tk seperti mana tu.
Sedap nampaknya Ayam Bakar Blackpepper ni...
Nampaknya Amie memang selalu tertinggal keretapi... kawan2 dah lama guna pemanggang ajaib, kita belum lagi tergerak hati nak memilikinya he hehhh...
ReplyDeletesalam Madihaa, akak pun dah try resepi mamasya ni mmg sedap dah berkali2 buat guna pemanggang ajaib jugak tapi perap taklah sampai 24 jam pun tak sabar nak membako heee terliur lah pulak tengok malam2 ni
ReplyDeletesalam k.madiha....mcm blh bayang tengah makan ayam bakar ni. mmg ajaib betul la pemangggang tu buat ayam yg menyelerakan ni.heh ')
ReplyDeleteSlm kak msdihaa
ReplyDeleteZila klu perap x leh lelama jgk..x sbar dh nk bakar..he hee yummy nie kak..
sedapkan kak ayam bakar lada hitam ni...he he he...fiza dah cuba...sbb black paper ni fiza punya peberet....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAskmum Ratna
ReplyDeletetkasih mencuba ayam blackpepper. mmg anak2 suka ayam panggang,kalau tak da idea nak masak apa...bakar je...pasti licin..hi..hi.
Alinpun suka tlg2 kat dapur..boleh geng dg Syakirah....elokkan anak pompuan rajin ke dapur...hi.hi. sy seronok bila Syakirah suka tlg kat dapur...maklumlah abg2 berempat mana nak kerja di dapur kecuali abg no4 sesekali adalah.
Waaa sedapnyerr..boleh cuba nie...:-)
ReplyDeletetakleh tahan kak...sedap ni errr
ReplyDeletemudahkan bakar dlm pemanggang ajaib ni he hee, kakak ipar rajin memabakar ayam dlm ni utk anak2 sy makan sbelm si abang ke sekolah sebelah petang tu. anak2 pun suker. yg best kata kakak masa tak lama kan dah siapp
ReplyDeleteBila singgah sini , baru makan pun boleh rasa lapar balik.
ReplyDeletewow dah mcm kat kenny rogers dah nie kak....sedapp niehh...yummmehhh
ReplyDeletefav ni.. pemanggang ajaib dah ada.. resepi pun dah ada.. bolehlah may cuba.. tq 4 the recipe kak..
ReplyDeletefuiiyo...ngan blackpepper tu...sedap tul..
ReplyDeletewoaaahhhh... sangat yummeehhh ni...
ReplyDeletewallaweiii..mantop..fav sgt stail masak gini..mesti sedap..pulak tu ade blkppper...ngecesss
ReplyDeleteadui sedapnya....making me hungry!! the chick looks perfect
ReplyDelete