Syukur dapat kita bersua lagi di hari Isnin yang indah ini. Ramai yang mengatakan hari Isnin sebagai 'Monday Blues'... mungkin betul juga sebab baru lepas bercuti selama 2 hari (orang Wilayah 3 hari tau!) & hari pertama nak bekerja tu... memang terasa malas2 sikit.. hehe... Takperlah mungkin yang 'blues' tu hanya untuk sementara saja... lepas tu semua berjalan seperti biasa..
Oklah.. takmaulah tulis panjang2 sebab MaDiHaA pun ada tugasan sekejap lagi... Jom MaDiHaA kongsikan resepi minum petang yang dibuat tak lama dulu... bila ye? MaDiHaA pun hampir lupa.. hihi... lambat masuk blog kes terlupa nak bawa catitan resepi ke ofis.. maklumla.. otak dah karat.. tak boleh nak ingat sukatan bahan2 kalau tak rujuk pada catitan. Jadi asyiklah bertangguh nak update resepi ni. Hari ni baru ingat nak bawak.. jadi bolehlah kongsikan kat sini. Menu ini sesuai sangat untuk minum pagi atau minum petang. Lebih sedap dihidang panas2 atau suam..
Jom tengok bahan2nya..
KROKET UBI KAYU BEREMPAH
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
1 ½ cawan parutan ubi kayu
½ cawan kelapa parut putih
1 ½ cawan parutan ubi kayu
½ cawan kelapa parut putih
1 sudu besar tepong jagung
1 sudu besar chicken floss
1 sudu besar udang kering* ~ direndam hingga lembut
½ sudu besar jintan manis biji*
garam secukup rasa
1 biji cili hijau ~ buang biji & cincang
½ biji bawang besar ~ didadu halus
bread crumb secukupnya
minyak masak secukupnya
Cara menyediakan
1. Tumbuk bahan bertanda* sehingga lumat.
2. Campurkan kesemua bahan serta bahan tumbuk (kecuali bread crumb & minyak) dengan sedikit garam & gaulkan rata. Rasakan garam & sekiranya ok.. ambil sedikit adunan & bentukkan menjadi bentuk lonjong & leperkan sedikit.. atau boleh juga dibentukkan seperti bergedil. Habiskan semua adunan.
3. Panaskan minyak dengan api sederhana. Sementara itu, ambil adunan yang dibentuk.. masukkan ke dalam bekas berisi bread crumb & tekan2 sambil dibalik2kan. Pastikan keseluruan kroket disaluti dengan serbuk roti. Buat sehingga habis.
4. Bila minyak dah cukup panas, bolehlah goreng kroket ubi kayu sehingga coklat keemasan. Hidang kroket ubi kayu semasa ia panas2. Sesuai untuk hidangan pagi atau minum petang.
Selamat mencuba!
Salam Kak...selalu orang guna kentang, nampak gayanya versi ni ada sedikit kelainan...Dah terbayang2 rasa ubi kayunya...Ehem..last week saya ada cuba resipi chiffon pisang dari blog akak...sedappppp....thankis utk resipi
ReplyDeletealamak tersalah taip..manalah menyelit i tu....thanks utk resipi... ^__^
ReplyDeleteselalu makan ubi kayu rebus cicah jer. tak pernah lg masak kuih berasaskan ubi kayu. terima kasih kak bg resepi, ada la pilihan nanti nak buat apa bila ada ubi kayu. :)
ReplyDeleteTerima Kasih sebab share resipi. Ni resepi baru ni.Something different.
ReplyDeleteTerima Kasih sebab share resipi. Ni resepi baru ni.Something different.
ReplyDeleteversi baru untuk ubi kayu...memang sedap......
ReplyDeletemasa kecik2 dulu mak kita sellau buat cekodok ubi kayu...tp versi yg ni canggih sikit,mesti sedap kan..byk eksesori di dalam adunannya
ReplyDeleteAslmkum Ratna
ReplyDeletemenarik resepi ubi kayu kroket ni...sesuai buat minum ptg.
re; pantai belah negara Arab ni...lautnya biru cantik tp pantainya tak putih bersih...
Salam timakaseh share the resipi semoga di murahkan rezeki
ReplyDeletethanks kongsi resepi. tak pernah rasa.. tapi nak cuba la :)
ReplyDeleteKisah Ibu Pencen Muda