Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...
Lagi entry tertunggak yang nak dikongsikan hari ni... Minta maafla ye sebab Dapur MaDiHaA ni kerap sangat tayang menu2 tertunggak. Rajin sangat ke memasak? Ishh.. takdelah rajin sangat.. paling-paling banyak pun sehari ada 2 menu atau resepi baru yang dicuba. Yang biasanya... sehari hanya 1 resepi baru je yang dicuba. Kadang2 ada jugak masak tak ambil gambar... takkan sayur tumis air dengan ayam goreng pun nak tayang..hehe.. Jadi bila sehari MaDiHaA hanya mampu update 1 resepi je... sebab tu terjadinya menu yang tertunggak tu.. kes 2 menu sehari lah yg jadi macam tu.. Lagipun.. hari Sabtu & Ahad memang jarang2 update... Takpelah eik.. janji update.. lagipun gambar tak basi.. tak kisah lambat pun..
Buat Kek Chiffon Oren ni sebab ada sebiji oren dalam petisejuk yang tergolek2 takde sapa nak usik... kulit pun dah hampir kecut... kesian dia.. hihi.. Dari membazir lebih baik ku selamatkan. Bila dah jadi kek... lagi2 kek chiffon yang gebuss gebas ni.. alhamdulillah laku...
Terima kasih pada Gert untuk resepi ini. Resepi disalin dari Mat Gebu. Thanks to both of you.. Minta izin kongsi resepi kat sini ye..
CHIFFON OREN
Resepi : mykitchensnippets
Sumber : Mat Gebu@tiffinbiru & MaDiHaA aka Ratna
BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren (jus oren tak cukup so MaDiHaA tambah 2 sudu besar sunquick tropika)
1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren (jus oren tak cukup so MaDiHaA tambah 2 sudu besar sunquick tropika)
1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
1.
Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas,
pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan
kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
2.
Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar
putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus
memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
3.
Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no.
1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung
dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN
lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test
dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
4.
Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 -
2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh
dihidangkan...
Selamat mencuba!
terliur lak tengk kek cipon akak tu..
ReplyDeletelama dah mas tak buat...
Nak bawa lari 3 keping kek chiffon oren tu Madiha... hmmm terbau harumnya! Sedapnya kalau tolak ke tekak dengan secawan teh 0 panas kurang manis!
ReplyDeleteADUH KAK....tgk kek akak ni tapi idung lieya dah terbau2 orennye...mesti semerbak jek bau kan kak bile dah kuar oven nie...
ReplyDeletedulu mak lieya rajin buat kek ni ...
Gebussss nyaaaa... nk secubit!
ReplyDeleteKak Madiha, sy paling suka kek chiffon oren ni, lagilah kalau dapat celup dalam teh 0, nyaman!!
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeleteOh wow, this looks so good.., sounds a delicious recipe too.
lembut bila dimakan...cicah dengan air kopi best ni...
ReplyDeleteassalam, salam kenal..
ReplyDeletewaaa...gebunya kek cipon...sedapnya
ReplyDeleteKek cipon sure laku. Kat rumah PH kek ni akan habis dalam 1 hari. Takde chance nak simpan-simpan :)
ReplyDeletesalammmm tuan rumah,atie singgah nk numpang mkn kek cipon tu :D
ReplyDeleteAmboi gebunya cipon akak....oren plak tu....mmg sedap sngt nie...!b
ReplyDeleterajin masak eh?
ReplyDeletekita dah follow tau
Salam Kak...Chiffon kek memang kegemaran ni..tak kira apa perasa pun janji chiffon..makan banyak mana pun tak muak...
ReplyDeletegebu berongga chiffon ni..dah compem sedap kan..
ReplyDeletesedapnyer kak...petang2 makan kek chiffon oren ngan teh panas2...alahai...sedapnyerrr....
ReplyDeletekalau tak memikiorkan telur yg salambak tu dah lama dah saya buat kek ni.
ReplyDeleteSalam akak..nk tanya kena pukul kuning telur dgn gula sampai kembang jd pucat atau sebatikan saje..
ReplyDeleteSITI SABRI : pukul & kacau sebati je.. xperlu smpai pucat. akak kacau dgn whisker je.. agak2 gula dah larut & dh tak berbunyi tu kira ok dh tu..
ReplyDeleteassalamualaikum dan slmt sejahtera. saya ingin tumpang iklan sebentar. anda ingin buat kerja part time? kerja yg tidak perlu kluar dr rumah. sesuai utk pelajar dan surirumah. dengan bermodalkan RM30 sahaja, anda dpt pulangan RM400-RM800 seminggu.
ReplyDeletehttp://onlinejobmalaysia.blogspot.com/