Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bersua lagi hari ni... syukur hari ni sempat MaDiHaA nak berkongsi dengan semua satu resepi ikan yang boleh tahan juga sedapnya. Menurut Yatie... beliau kerap memasak cara begini semasa di awal perkahwinan dulu.. Walaupun katanya masakan yang ringkas tapi sedap juga rasanya bila ada rasa masam, masin & pedas tu.. Berselera dibuatnya.. Terima kasih ye Yatie berkongsi resepi ini.. nak masak pun mudah sebab menggunakan bahan2 yang mudah di cari..
Sebenarnya dah lama sangat MaDiHaA masak lauk ni iaitu semasa suami pulang ke kampong waktu cuti raya Cina tempohari. Oleh kerana hanya tinggal 3 beranak saja.. MaDiHaA hanya menggunakan 2 ekor ikan kembong saiz besar untuk sekali masak. Hmm.. ingatkan boleh kami habiskan.. rupa2nya.. hanya luak seekor saja.. hihi... Yelah sebab saiz ikan tu agak besar... jadi cukup seekor sekali makan untuk kami 3 beranak..
Oklah terima kasih sekali lagi ye Yatie.. akak kongsi pula resepi kat blog akak ni.. mana tau ada yang nak mencuba.. sebab resepi ni memang sedap ditekak akak.. Yatie gunakan ikan bawal.. MaDiHaA tukar ke ikan kembong.. rasanya boleh aje nak tukar ke ikan kegemaran masing2 kan Yatie?
IKAN
TUMIS ASAM LADA HITAM
Resepi : Yatiememories
Sumber : MaDiHaA
Bahan-Bahan
- 4 ekor ikan bawal- sederhana besar- (MaDiHaA guna 2 ekor ikan kembong saiz besar)
- 1 btng serai- di titik
- Daun saderi/sup- dihiris halus
- 1 sudu besar lada hitam-tumbuk, saya guna yg dah kisar kasar
- 2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cwn air
- 2 sudu besar kicap jalen manis
- Garam dan sedikit gula
- Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan
- Minyak secukupnya
- 1 cawan air atau secukupnya
Bahan di
hiris
- 2 tangkai cili merah
- 2 tangkai cili hijau
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia
Cara-Cara
- Siang ikan, kelar permukaannya, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan bawal bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
- Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di hiris tadi, masukkan juga serai yg diketuk tadi. Tumis hingga naik bau.
- Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.(ikut selera masing2 ya nak kuah bnyk atau sikit)
- Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan.Taburkan bersama daun sup yg dihiris halus.
- Sedap di makan bersama nasi putih panas.
Selamat mencuba!
Sedap ni ...siap ada kuah lagi...laju makan...
ReplyDeletebaca senarai bahannya saja dah tahu kesedapannya tapi sayangnya saya cuma mampu baca jer sebab rakyat dalam rumah tak pandai makan masakn macam ni... huhuhu..
ReplyDeleteAssalamualaikum....sedap, ringkas dan saya sukalah lauk masak ala2 macam ni
ReplyDeletewaduhhh...tngk je pun dah buat terliur dan lapar sbb Yatie mmng suka sangat lauk mcm ni selain asam pedas...mekasih ya K.Madihah sudi cuba resepi mudah ni...ari minggu yatie masak daging palembang tu...mmng sedap hingga menjilat jari..ratah2 je pun sedap...nnti free baru n3 kat blog...
ReplyDeletesamalah macam hubby suka pelbagaikan masakan...sedapnya
ReplyDeleteSalam kak Madihaa.. tun kalau ikan goreng pastu nmpk rupa mcm masak kicap sket, lajuu je makannyer.. yg penting ikan kene fresh ^^
ReplyDeleteSalam kak Madihaa.. tun kalau ikan goreng pastu nmpk rupa mcm masak kicap sket, lajuu je makannyer.. yg penting ikan kene fresh ^^
ReplyDeletenyum2 terliur ni...my hubby suka masakan lada hitam cam ni mesti menambah-nambah kalo masak cam ni...boleh la try nanti...
ReplyDeleteKuat betul daya penarik ikan kembong tu..Hehehehe..Ikan paberet ni..
ReplyDeleteShedapnyee....kuah dia mesti best kan? PH suka kalau ada kuah berkicap.
ReplyDeleteSaya selalu buat guna daging. Boleh cuba tukar guna ikan pulak.
ReplyDeleteWaaah....terlior la pulak lauk kicap begini...
ReplyDeleteSaya ada ikan bawal dok terbongkang tu...boleh lah trai ptg ni. TQ kak.
ReplyDeleteSedapnya...mkn plak dgn ns panas.. perghh....
ReplyDeleteina pn suka masak cam gini kak :)
ReplyDeletemasakan yg simple camni lah yg membuka selera kan? sama la kt rmh ni pon kak Ratna..kalo ikan tu mmg harap kami berdua je mkn..anak2 mkn kuahnya je...
ReplyDelete** dh sunyi skrang kt rmh ye...mcm sy ni celik mata sampai nk tido asik bertekak je dgn anak dara tu..terpikir juga bila dia beso cam kak dini..kena berpisah..ms tu br tau sayang anak..huk..huk..
Sedapnya je nampak...hehe
ReplyDelete