Wednesday, March 13, 2013

Ikan Sumbat Bunga Kantan



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Masih lagi nak berkongsi resepi lauk hari ye.  Apa nak buat.. sejak2 anak dara sulung ku dah tinggal di asrama... mood nak menggodek kuih dah agak kurang.  Sebab utamanya... takut tak mampu nak dihabiskan maklum sajalah.. kat rumah tu, penggemar kuih muih manis tak ramai.  Kalau ada pun.. mereka makan setakat sepotong dua lepas tu bakinya... si tukang buat la yang kena perabis.. hehe...  Yang sedihnya.. anak dara ku itu tiap kali telefon ibunya... mesti cakap rindu nak makan kuih yang ibu buat.  Yang paling sedih.. sampai mintak ibu poskan kuih ke asramanya kalau2 ibu buat kuih... huhuhu... Sabarlah ye kakak.. cuti sekolah dah tak lama lagi.. bila kakak ada kat rumah nanti ibu buatkan kuih & bolehlah kita makan sama-sama.

Kalau dapat ikan cencaru saiz besar lagi best.  
MaDiHaA punya kali ni hanya yg bersaiz sedang..


Ok sambung pasal lauk untuk hari ni... masih juga dengan resepi lauk berasaskan ikan.  Sejak dua menjak abang Haziq dah mula bersekolah tahun 1 ni.. dia seakan dah jemu dengan lauk ayam.  Kalau dulu lauk ayamlah yang dia paling suka.  Pada hemat MaDiHaA... kemungkinan dia rasa jemu dengan ayam tu disebabkan di rumah transit yang dia singgah lepas balik sekolah tu hari2 sediakan lauk ayam kot.  Yelah.. lauk untuk budak2 sekolah ni memang lebih mudah masak ayam berbanding ikan.  Sebab kadang2 ada budak2 yang tak suka ikan (macam Haziq lah!) atau tak pandai nak makan ikan yang ada tulang2 tu kan.  Jadi ekoran dah kerap sangat Haziq makan lauk ayam kat rumah transitnya tu... bila ibu dia masak lauk ikan kat rumah.. dia dah tak banyak komplen lagi macam dulu2.. malah berselera pula dia makan.. hihi...  Sebab tulah sekarang ni dah tak kisah sangat nak masak ikan kerap-kerap kat rumah ni.. ibulah yang paling seronok sebab ibu penggemar ikan!

Ok jom kita tengok resepi kali ni.  Resepi kali ni MaDiHaA kategorikan sebagai super sedap! Setandinglah dengan resepi2 yang pernah ku puja puji sebelum ni.. hehe.. Kalau tak percaya silalah cuba sendiri ye.  Resepi yang sedap2 macam ni ambil dari siapa lagi kalau bukan di blog CT Zaliedana kita yang rajin memasak itu.  Memang banyak dah resepi yang dikongsi beliau yang MaDiHaA cuba semuanya sedap2.  Pandai betul CT memilih resepi yang sedap2 buat hidangan suami & anak2 tersayang.  Ada juga resepi darinya sendiri. Pun sedap2 semuanya.  Terima kasih banyak2 ye CT.  Lauk ni sebenarnya dah lama juga di masak... maklumlah kan.. en. husband bawak balik banyak bunga kantan dari kampong tempohari.. jadi apalagi... ekperimen pun jalan lah... memang ku tunggu2 bunga kantan free dari kampong... muahaha... dasar kedekut!

TQ to Singgahsana Kitchen & CT untuk perkongsian resepi ini ye..


Ikan Sumbat Bunga Kantan
Resepi :  Singgahsana Kitchen@Seleraputeri

 Sumber : CT Zaliedana@Ummiesya


Bahan2:-

Bhn A:-
1 sudu besar Cili Kisar
4 biji Cili Merah*
4 biji Cili Padi*
3 biji bawang Merah*
2 ulas Bawang Putih*
2 cm Belacan Bakar*
1 sudu besar Kelapa parut * resepi asal 5 sudu besar (Bhn bertanda* dikisar/tumbuk halus)
 
Beberapa ekor ikan Cencaru @ ape2 ikan yg sesuai utk dibelah belakang..
Air Asam Jawa secukupnya
1 sudu besar Sos Tiram
1 kuntum Bunga Kantan(Dihiris Halus)
1 biji Bawang Besar(Dihiris Nipis)
Daun Ketumbar@ pon Daun Bawang (Utk ditabur diatas ikan) MaDiHaA takde
Garam n Gula Secukupnya.
Minyak Bijan

Cara2
Tumis bhn bertanda* & cili kisar hingga naik bau dan garing.  Masukkan bawang besar, bunga kantan, air asam jawa dan sos tiram.  Masukkan juga gula dan garam  secukup rasa.  Siap..

Ambil ikan yg siap dibelah belakang, sumbat sesudu@ lebih sambal, pastu gorengkan ikan dgn api sederhana sehingga ikan garing dan masak..

Lebihan sambal dicampur sedikit air dan msk kejab lagi diatas api,  selepas itu boleh lah dituang keatas ikan yg siap digoreng tadi.  Taburkan Daun bawang@Daun ketumbar ketika menghidang.  

Selamat mencuba!

12 comments:

  1. tak pernah buat resepi ni,..nnt leh cuba

    ReplyDelete
  2. Salam, Kak Madiha... sungguh2 ku kecur melihat ikan bermandikan sambal... dapat ngan nasi panas2 tak sedar dah bertambah2, hehehe.

    Alahai, sedihnya teringat anak dara kat Raub, tu. Cuti sekolah nanti mesti meriah dapur Kak Madiha, kan..

    p/s Lolipop tu sy tolak satu RM2, sis

    ReplyDelete
  3. As salam. Tengahari tengok lauk mcm ni, pasti menggoda habis

    ReplyDelete
  4. as salam kak madiha...waaaa sedapnya..peberet sy ni!

    ReplyDelete
  5. pojaan hati akak dan family jugak ni kalau ikan cam gini mmg sedapppp

    ReplyDelete
  6. mmg x best nk masak2 kalau xde yg tukang makan..tun hasben outstation nk masak nasik pon malas. hihi..
    suka mkn ikan cencaru sbb x hanyir..

    ReplyDelete
  7. ermmm...wanginya aroma bunga kantan... sedapnyaaa

    ReplyDelete
  8. suka bau bunga kantan
    ayah kt kg suka buat asam rebus ikan sungai letak biji buah kantan ;)
    akak penah tgok tak buah tu?

    ReplyDelete
  9. Mesti sedap ni! Bunga kantan kat supermarket mahal betul. PH baru aje tanam pokok bunga kantan tapi masih kecik lagi.

    ReplyDelete
  10. mmmmm.... harum baunya kan Madiha... bila ada aroma kantan, makin berselaralah nak makan, lagilah kalau sumbat ikan cencaru!!!!

    ReplyDelete
  11. saya suker bunga kantan

    dan pastinya resepi ini membangkit selera







    yummmyyyy!!!!

    ReplyDelete