Friday, March 1, 2013

Sambal Mackerel Berpetai

Assalamualaikum & salam sejahtera...


MaDiHaA masih dalam kerisauan kerana Alin masih tak sihat.  Demamnya dah kebah sejak semalam semasa tinggal di rumah pengasuh.  Sebelah malam pun dah tak panas lagi.. maknanya.. hanya 5 hari dia betul2 demam.  Tapi yang merunsingkan kami... dia masih tak berselera untuk makan.  Kadang2 makan hanya sesuap dah taknak lagi.  Paling banyak makan pun hanya 3 suap bubur je.  Malam semalam langsung taknak makan apa2.  Bagi susu pun taknak, bagi 100plus (yang dah dibuang gas) pun taknak.  Tanya kalau2 dia nak ribena.. pun menggeleng kepala, hulurkan vitagen pun takmau juga.. hinggakan calciyum yang paling dia suka pun dia menolak juga.. dia cuma nak minum air kosong je.  Itupun muntah semula. Malam tadi semasa tidor pun beberapa kali juga dia terjaga muntah.  Memang kena sediakan bekas khas kat sebelahnya.  Tapi yang keluar hanyalah lendir & air liur saja. Takde apa2 pun dalam perutnya.  Sejak beberapa hari lepas memang dia ada mengadu sakit perut. Mungkin sebab perut dah masuk angin kerana takmau makan.  Petang semalam.. suap ubat pun dia dah taknak telan lagi... hati ni risau yang teramat.  Harap2 hari ni seleranya kembali pulih.  Pagi ni buatkan dia susu.. dia hanya minum seteguk dua.  Kalau masih tak berselera & tak bermaya mungkin MaDiHaA akan bawa sekali lagi ke hospital.  Selasa kelmarin dah beritahu doktor anak taknak makan.. tapi doktor kata at least dia nak minum & ada buang air itu tak mengapa.  Hmmm... tapi kalau dah sampai perut masuk angin & asyik mengadu sakit perut pun risau juga.  Tambah pula sekarang dia langsung taknak telan ubat dah.. antibiotik pun masih banyak lagi tak dihabiskan.  Semalam nak suapkan dia ubat angin/sakit perut... bila suap diluahkan semula.. Kadang2 rasa hilang pula kesabaranku... yelah.. kita bimbangkan kesihatan dia.. tapi dia pula taknak beri kerjasama... kemudian mengadu sakit... Ya Allah.. tabahkanlah hati hambaMu yang lemah ini ya Allah... sembuhkanlah anakku dari kesakitan yang dialaminya... amin..


Oklah.. hari ni sekadar berkongsi resepi yang biasa2 saja.  Kelainannya hanya dengan kehadiran petai dalam masakan ni.  Biasanya MaDiHaA campurkan dengan kentang atau sayur2 lain seperti buncis atau bendi.  Tapi kali ni letak petai & potongan bawang besar kasar2 pula. Sesekali bila dah lama tak makan 'ikan kurung' ni rasa teringin.. Petai tu adalah petai yang abang bawa balik dari kampong tempohari... memang ini menu yang dah lama dimasak.. masih banyak resepi tertunggak tak sempat nak dipublishkan lagi...  Maaf ye kawan2 sebab sekarang tak sempat sangat nak blog walking..

Sambal Mackerel Berpetai
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 tin besar ikan mackerel bersos tomato dlm tin (nak guna sardin pun ok)
2 ~ 3 papan petai ~ dikupas, ambil isinya & dibelah 2
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
8 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
cili padi tambahan jika suka
1 biji bawang besar ~ dipotong 4
1 - 2 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
aji jika suka
sedikit air
Minyak masak secukupnya

Cara2 memasak
1. Tumbuk bahan2 yang bertanda * hingga lumat.
2. Panaskan minyak & tumiskan bahan2 tumbuk & serai hingga wangi & garing.  Masukkan sedikit air untuk kuah. (terpulang nak kuah cair atau pekat ikut selera masing2). Masukkan ikan mackerel berserta sosnya & juga isi petai. Biarkan mendidih.
3. Masukkan bawang besar yang dibelah 4, cili padi tambahan (kalau suka), asam gelugur, garam & aji secukup rasa. Biarkan kuah agak pekat & secukup rasa.  Buangkan asam gelugur sebelum ditutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

9 comments:

  1. rasanya resepi ni memang tak lepas nak masuk dapur Alam sari, bolehlah tumpang saja makan di rumah Kak Madiha?? hihihi.. nampak sedap sangat tu..

    ReplyDelete
  2. Sian Alin..kak kalau berlanjutan kak bawa g hosp la..takut cam zahin dan najah dulu kena virus rota.Lynn doakan yg baik2..semoga alin cepat sembuh..insyaallah..

    Hubby suka petai dan suka juga ikan sardin..hmm menarik resepi kak..nanti lyn nak try..tq..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak..Semoga Alin cepat sembuh.Resipi2 macam ni antara yang teringkas tapi sedaaaappppp

    ReplyDelete
  4. aduh petai ! memang betol2 tergoda ni

    ReplyDelete
  5. wow! hari ni sy bwk ulam petai rebus dtg opis. nasib lah kalau berbau..hahahahaha

    ReplyDelete
  6. anak saya pun dulu ada mengadu sakit perut. pegi PPUM, scan perut. taik dia keras. berkumpul kat situ

    pastu doc bagi ubat lembutkan najis

    ReplyDelete
  7. wow mackarel pon leh buat sambal petai...nampak sedapp...

    ReplyDelete
  8. aduh.. lapa lea plak bila tgk petai 2.. nyum2..

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete